Pages

Tuesday, April 17, 2012

ibuku seorang pembohong !!


Memang sukar untuk orang lain percaya, tapi itulah yang berlaku.ibu saya memang seorang pembohong ! Sepanjang ingatan saya, sekurang-kurangnya lapan kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk menjadi renungan anda sekalian

Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Ada kalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan seekor ikan masin untuk dikongsi satu keluarga.

Sebagai anak yang masih kecil. Saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak.tapi ibu cepat memujuk.ketika makan, ibu sering memberikan bahagian nasiknya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak lapar" PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA

Ketika saya mulai besar, ibu sering meluangkan waktu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk pembesaran kami adik beradik. Pulang memancing , ibu memasak gulai ikan yang segar & mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu, ibu duduk di samping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu. Hati saya tersentuh, lalu dengan menggunakan sudu, saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata "makanlah nak,ibu tak suka makan ikan." - PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA

Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih muih untuk menyara persekolahan saya, abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi, saya terjaga daripada tidur. Saya melihat ibu sedang membuat kuih dengan bertemankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya lihat kepala ibu terhangguk kerana terlalu mengantuk. Saya berkata ; "ibu,tidurlah, esok pagi ibu kene pergi kebun pula. " Ibu tersenyum dan berkata; "cepatlah tidur nak,ibu belum mengantuk lagi." - PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA

Dihujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting.ketika hari sudah siang, terik panas matahari mula menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu sering kali tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus peperiksaan ini dengan cemerlang

ketika loceng berbunyi menandakan peperiksaan telah selesai. ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yabg dibawanya. kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. melihat tubuh ibu dibasahi peluh. saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata "minumlah nak,ibu tak haus." -PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT

setelah pemergian ayah kerana sakit. iaitu beberapa bulan saya dilahirkan. ibu yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. ibu bekerja mengambil upah di kebun. membuat penyapu lidi dan berjual kueh muih agar kami tidak kelaparan. tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. kehidupan kami sekeluarga semakin susah dan susah. melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu.Anehnya ibu menolak bantuan itu. jiran-jiran seringkali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga ibu dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. tetapi ibu memang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. ibu berkata ; "saya tak perlukan cinta,saya tak perlukan lelaki". PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA


setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja,ibu sudah pun tua. kadang abang dan kakak menyuruh ibu berehat saja di rumah.tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit tetapi

ibu tidak mahu. ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya.
kakak dan abang yang bekerja jauh dikota besar sering mengirimkan wang untuk menbantu memenuhi keperluan hidup ibu,pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. malah ibu mengirim balik wang tersebut dan ibu berkata ;" jangan susah-susah,ibu ada duit" PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM

setelah tamat pengajian diuniversiti. saya melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana di luar negara. pengajian saya dibiayai sepenuhnya oleh syarikat besar. sarjana ini saya sudahi dengan cemerlang, kemudian saya pun bekerja dengan syarikat tersebut,juga diluar negara. dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat ingin membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya diluar negara. pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari hari tuanya ini ibu habiskan dengan ceria dan keindahan pula. tetapi ibu yang baik hati. menolak ajakan saya.ibu tidak mahu menyusahkan anak ini dengan berkata; "tak payahlah,ibu tak biasa tinggal di negara orang PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH

beberapa tahun berlalu ibu semakin tua.suatu malam saya menerima berita ibu menghidapi penyakit kanser.ibu mesti dibedah secepat mungkin.saya yang ketika itu berada diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibu tercinta. saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan.ibu kelihatan tua, menatap wajah saya deban penuh kerinduan.ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun kaku kerana terpaksa manahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya. saya dapat lihat dengan jelas bertapa penyakit itu memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus.
saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata.saya cium tangan ibu,kemudian saya kecup pipi dan dahinya.disaat itu hati saya terlalu pedih,sakit sekali melihat keadaan ibu seperti itu. tetapi ibu tetap senyum dan berkata ;"jangan nangis nak,ibu tak sakit." PEMBOHONGAN IBU YANG TERAKHIR

setelah mengcapkan pembohonan kelapan itu ibunda tercinta menutup matanya untuk yang terakhir kalinya. Kalian masih beruntung kerana masih memiliki ibu pada saat ini..masih mampu untuk memeluk beliau mahupun mengucapkan anda sayangkan dia..hargailah beliau selagi beliau masih hidup..

daripada seorang anak

Ref: Mastika Dec 2006

Sunday, January 1, 2012

selamat menduduki peperiksaan akhir kawan2 !!


assalamualaikum

ape khabor sume..lame betul xupdate blog ni heee...semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera.. pada pelajar2 IPTA terutama pelajar2 UiTM..

Monday, August 22, 2011

kisah bayi tahun tersebut..


Assalamualaikum...

baru2 ni ade terbace satu status sahabat di facebook..dalam bace tu terase ade kebenaran dan teersenyum la bile terkenangkan kenangan di time sekolah rendah dulu..

"budak2 yg lahir pd thn 70/80/90an mesti ingat mase skola rendah dulu: -
kat skola ade salesman jual buku cerita. ari ni bg list, esok mintak duit beli walaupun cerita buku tu dah tau. salesman susu pon camtu gak. kat library, budak2 mmg baca buku tp just tengok gamba je. bile ade program Nilam, sebok semua nak pinjam buku. RMT kat skola mkn x best, tp yg berduit pon join RMT, x phm, pakai pensel box
yg bole bukak dpn blkg, pastu ade sharpener kat tgh2 die. main lwn pemadam, syg nak guna utk padam. padahal itu fungsi sbnr, utk padam! pakai pembaris yg bergerigi, kat dlm ade air pastu ade bende berkilat dlm air tu. cikgu pakai pembaris kuning pjg. Ade pemegang kat tgh2 tp x penah nmpk cikgu pgg pon kat situ. bulu ayam jd ramping krn sering dijadikan rotan. time pendidikan seni, lukis sume boleh tp bile time kaler sume hampeh. ade gak buat anyaman pakai kertas warna, kolaj la, ape la, main game 2D. super contra, super mario, street fighter, sume pakai tape. jam tgn Boy London jd idaman, sbb bole tuka2 kaler ikut suhu n cuaca. takut BCG tp lepas inject poyo la pulak, balik skola beli JoJo xpon Dendang. Tora pon best gak. Beli se mata2 nak mainan, coklat die x mkn pon. Kasut berlampu kat tapak, yg iklan die kat tV bole tembak alien tu, Siri kartun; power rangers, ultraman, transformers, ninja turtles, Thundercats, maskman, Gaban dan mcm lg. jgn lupe sume ni sbb zaman skrg budak2 x smpt lyn bende2 ni..asyik ngadap tv n ps.. kite akan sentiasa berubah, cume asal-usul kite yg permanent. huhu~ ni la baru zaman kita kawan2 pas r kt member2 korang mesti diorg tersengeh2 bace mende
nih. ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ "̮ ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ "̮.sy pon copy teks niii dri kwn sy........

Friday, August 19, 2011

Sisa Ramadhan tahun ini



Assalamualaikum...

selamat memasuki 10 mlm terakhir Ramadhan..semalam dgr imam bace doa sayu jer.. sedih jer mengenangkan dosa2 yang pernah dilakukan sepanjang 23thn tinggal di muka bumi ni.. semoga kita semua mengejar Lailatul Qadar dan menikmati manafaat daripada malam itu dengan mempertingkatkan ibadah..saye ni pon bukan lah pandai sgt dalam bab agama..sekadar menyampaikn jer.

mari kita ambil pengajaran daripada hadis baginda SAW ini:

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Apabila datangnya bulan Ramadhan, pintu-pintu syurga dibuka, manakala pintu-pintu neraka ditutup, syaitan dirantaikan.”

Riwayat Bukhari & Muslim


wajib ker x ni hehe


Assalamualaikum..

kelakar la facebook user ni hehe..nak masuk uitm pon ade org buat page to attend..yela myb juz for fun kn..agak2 la kn..kalau xtekan attend leh x start kuliah mcm bse next sem :P

Wednesday, August 17, 2011

kelakar pon ade !


Assalamualaikum...

kelakar plak kan..betul lah saye ade terdengar satu ceramah ustaz di surau berhampiran rumah saye yg mana beliau mengatakan bahawa kalau search ape2 kat internet ni kadang2 senang dapat advertisement kelakar2..kadang2 perkara yg kite search tu xde pon kene mngena dgn advertisement tu..hehehe..dunia2..

Thursday, August 11, 2011

kejam kejam..


Assalamualaikum...

ade seminggu dah kes wanita yg dikerat 15 ni..kesian betul la..wanita ni warga Indonesia kalau tak silap n anak die dibunuh kejam dan dipotong 15..bahagian anggota badan wanita itu disumbat dalam mangkuk jamban..

n dua 3 ari lepas polis telah menjumpai senjata yg digunakn untuk potong mayat perempuan tu kat rumah yang dihuni oleh 8 orang Bangla..mmg hangin jer dgn bangla ni..mcm xsangka plak kan.. kite tgk dorg ni balik keje pgg2 tgn sesame lelaki tp rupenye2 pembunuh kejam..

ni la salah satu sebab kenape saye mmg sgt2 xsetuju dgn kehadiran warga asing kat Malaysia ni..for sure la kita xcukup tenaga buruh utk memajukn Malaysia ni tp rase xpuas hati dgn kewujudan mereka ni tetap ade..

dengan peningkatan kadar jenayah, pegi KL dan mcm Jakarta da..lg2 area Pudu.. penuh mamat Indon..