Pages

Sunday, July 11, 2010

sotong vs khurafat

salam

Semuanya gara-gara sotong yang bernama Paul itu menjadi ahli nujum untuk kejohanan bola sepak Piala Dunia yang sedang berlangsung dan menakjubkan apabila kesemua ramalannya menjadi kenyataan.Walaupun ramalannya hanya melibatkan perlawanan yang dilalui Jerman, negara tempat ia dibesarkan, namun ramalannya telah menjadi fenomena saat ini.

Haiwan berusia dua tahun itu benar apabila meramalkan Jerman akan menang ke atas Australia dan Ghana serta tewas kepada Serbia pada perlawanan peringkat kumpulan.Haiwan itu juga betul apabila mengkhianati negara kelahirannya, England lalu memilih Jerman untuk menang dalam peringkat kalah mati.

Ramalan Paul juga tepat dengan memilih Jerman menewaskan Argentina di pusingan suku akhir dan ‘berani mati’ apabila memilih Sepanyol berbanding Jerman untuk memenangi separuh akhir.

Prosedur ramalan bermula dengan dua buah bekas plastik berisi makanannya iaitu isi kepah, diturunkan ke dalam tempat tinggalnya di Sea Life Aquarium, Oberhausen, Jerman.Pada satu bekas ditampalkan bendera Jerman dan satu bekas yang lain ditampalkan bendera penentang Jerman.

Bekas atau bendera yang dipilih oleh Paul dengan membuka dan mengambil makanannya ialah pilihan pemenangnya.“Ia (lazimnya) terus berenang ke arah bendera yang dipilihnya, duduk di atasnya dan buka. Keadaan ini sangat gila,” kata jurucakap akuarium tempat tinggalnya, Tanja Munzig.

Apabila Paul bertindak memilih Sepanyol tempoh hari, ramai penyokong Jerman termasuk penjaganya enggan percaya.

Mereka mengaitkan dengan kesilapan tunggal dalam sejarah ramalannya yang pernah dilakukan pada Euro 2008.Ternyata, Paul memang digunakan untuk meramalkan bola sepak yang disertai Jerman sejak tahun ia dilahirkan lagi


ramalan yg tepat


Paul pernah tersilap sekali apabila meramalkan Jerman akan menang pada perlawanan akhir Euro 2008 ke atas Sepanyol namun ramalannya meleset.Penyokong-penyokong Jerman menyifatkan Paul mungkin melakukan kesilapan lagi apabila pertarungan melibatkan Jerman dan Sepanyol di Piala Dunia.

“Bukan manusia sahaja melakukan kesilapan, haiwan juga. Harap tekaan Paul yang ini salah,” kata Tanja.

“Sehingga kini di Piala Dunia, ramalannya 100 peratus tepat, tetapi tidak yang ini,” kata penjaganya, Oliver Walenciak apabila Paul memilih Sepanyol untuk menang pusingan separuh akhir sehari sebelum perlawanan berlangsung.Apa yang pasti, ramalan Paul itu menjadi kenyataan. Ia kini menjadi fenomena, bergelar bintang, ahli psikik bahkan dikatakan selebriti paling terkenal Oberhausen.

Ada yang mengecamnya dan ada juga yang cuba membelanya seperti kerajaan Sepanyol.

Tetapi, mereka mungkin boleh berubah fikiran jika Paul ditakdirkan meramal dan memilih Belanda untuk menang pada perlawanan akhir nanti walau hakikatnya Paul belum pernah meramal perlawanan tanpa Jerman.

Berbicara tentang sotong kurita, haiwan itu disifatkan sebagai haiwan yang bijak. Ia mempunyai sembilan otak di mana satu otak utama di kepala dan lapan otak lagi di lapan lengannya.Fiona Smith dari Sea Life Park, Weymouth, England, tempat kelahiran Paul berkata, kurita biasa seperti Paul amat cerdas. Smith menyamakan kecerdasannya seperti anjing. Ia suka masalah dan suka menyelesaikannya

Walenciak menyifatkan Paul haiwan yang comel dan aktif.“Kami agak banyak main bersama. Saya makin sukakannya.

“Memang sentiasa ada ramai orang yang mahu memakannya, tetapi ia tidak gentar dan kami akan sentiasa memeliharanya. Ia akan selamat,” kata Walenciak kepada akhbar Telegraph.

Mengenai tugasnya sebagai peramal, penulis tidak mendapat jawapan mengapa idea untuk menjadikannya ahli nujum sukan tercetus.

Cuma, penggunaan haiwan untuk meramal keputusan sukan bukan perkara baru di Jerman.Mungkin tidak ramai yang tahu, bukan Paul sahaja satu-satunya haiwan yang meramal untuk Piala Dunia ini di Jerman. Namun, ‘mereka’ tidak sebijak Paul.


itu semua hanya lah ramalan sahaja. semua yang di ramal oleh sotong tersebut hanya lah kebetulan sahaja.biarlah berapa banyak sekali pun sebetulan tersebut ianya tetap kebetulan.kita sebagai umat islam yang geramkan bola sepak hanya memandang isu ini sebagai permainan rekaan orang kafir untuk menyesatkan umat islam. semuanya datang dari Allah swt.

No comments:

Post a Comment