Pages

Monday, August 30, 2010

al - quran vs blackberry ???

salam

Ramadhan kian melabuhkan tirainya. sedar mahu pun tidak kita semua sudah hampir meninggalkan kita. namun apakah amalan kita setimpal dengan bulan yang mulia ini. saya merasakan diri ini amat kerdil dengan amalan yang amat sedikit. sungguh rugi..masyallah..

pagi tadi di kelas Fiqh Muamalat, pensyarah saya ada menunjukan satu daripada email yang beliau terima. ianya bebunyi begini.



vs





email yang puan tunjukkan berbunyi begini.bandingkan antara Al Quran.pernahkah anda melakukan perkara yang sama anda lakukan terhadap phone anda terhadap Al Quran

pernahkah kita semua membawa Al Quran kemana-mana sahaja kita pergi ?

pernahkah kita semua memberikan hadiah al-quran kepada anak anda sepertimana anda menghadiahkan phone untuk mereka ?

pernahkah kita semua merujuk Al Quran ketika anda sesat ?

mampukah kita semua hidup tanpa phone walaupun sehari berbanding al Quran ?

pernahkah kita semua merujuk Al Quran ketika di dalam kesusahan ?

kita lebih mengutamakan handphone dalam hidup kita..semoga kita berubah dan lakukan dalam kadar sederhana.perubahan bukan bermaksud tindakan serta merta..selamat beramal..






Sunday, August 29, 2010

KELEBIHAN AYAT KURSI

salam
Dari Anas bin Malik r.a. berkata, "Rasulullah s.a.w. bersabda : "Apabila seseorang dari umatku membaca ayat Kursi 12 kali, kemudian dia berwuduk dan mengerjakan solat subuh, nescaya Allah akan menjaganya dari kejahatan syaitan dan darjatnya sama dengan orang yang membaca seluruh al-Quran sebanyak tiga kali, dan pada hari kiamat ia akan diberi mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni dunia."
Berkata Anas bin Malik, "Ya Rasulullah, apakah hendak dibaca setiap hari?"




Sabda Rasulullah s.a.w., " Tidak, cukuplah membacanya pada setiap hari Jumaat."
Umat-umat dahulu hanya sedikit sahaja yang mempercayai rasul-rasul mereka dan itu pun apabila mereka melihat mukjizat secara langsung. Kita sebagai umat Islam tidak boleh ragu-ragu tentang apa yang diterangkan oleh Allah s.w.t. dan Rasul. Janganlah kita ragu-ragu tentang al-Quran, hadis dan sunnah Rasul kita. Janganlah kita menjadi seperti umat yang terdahulu yang mana mereka itu lebih suka banyak bertanya dan hendak melihat bukti-bukti terlebih dahulu sebelum mereka beriman.




Setiap satu yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w. kepada kita adalah untuk kebaikan kita sendiri. Rasulullah s.a.w. menyuruh kita mengamalkan membaca surah Kursi. Kehebatan ayat ini telah diterangkan dalam banyak hadis. Kehebatan ayat Kursi ini adalah untuk kita juga, yakni untuk menangkis gangguan syaitan dan kuncu-kuncunya di samping itu kita diberi pahala. Begitu juga dengan surah al-Falaq, surah Yasin dan banyak lagi ayat-ayat al-Quran yang mempunyai keistimewaannya. Setiap isi al-Qur'an itu mempunyai kelebihan yang tersendiri. Oleh itu kita umat Islam, janganlah ada sedikit pun keraguan tentang ayat-ayat al-Quran, hadis Rasulullah s.a.w. dan sunnah Baginda s.a.w. Keraguan dan was-was itu datangnya dari syaitan laknatullah.

Saturday, August 21, 2010

kasih ibu...

salam

tiba-tiba bangun dari tidur tadi saya terkenang ibu di rumah. apakah agaknya keadaan ibu saya.tulisan saya hari ini mungkin agak membosankan bagi sesetengah orang namun apa yang penting adalah isi kandungannya. baru-baru ni jugak saya rancangan tv9 tanyalah ustaz ada menyiarkan tentang tajuk "taat kepada ibu bapa" isu ini amat menyentuh perasaan.



lepas tonton tu.saya mula terfikir bagaimana seorang anak sanggup meniggalkan ibu bapa mereka di rumah orang-orang tua. betul lah apa yang kita dengar selama ni yang "seorang ibu mampu menjaga 10 orang dengan penih kasih sayang tapi seorang anak belum tentu menjaga seorang ibu"




selain tu jugak sekarang semakin banyak kes bunuh ibu bapa dan ini mununjukan bahawa manusia semakin hilang sifat kemanusiaan..masyallah...kepala bapa di potong dan di tanam..

satu lagi pengajaran yang saya dapat dari tanyalah ustaz..ustaz tersebut menyebut tentang "suap ibu"....pernah tak anda menyuap ibu anda.saya sendiri pun belum pernah.besar sungguh pahala orang yang menyuap ibu mereka dengan makanan.ni tidak..keadaan tebalik.hanya ibu yang menyuap kita ketika kita kecil.



Jika kita diberi kesempatan untuk mengendong ibu kita di belakang bahu, lalu mengelilingi kaabah bersamanya sebanyak tujuh kali, belum tentu kita dapat membalas setitik air susu yang diminum kita sewaktu bayi. Masya-ALLAH! Kata-kata ini saya pinjam daripada Dr Haji Fadhillah Kamsah. Lihatlah wahai para sahabat ku, betapa hebatnya cinta seorang ibu terhadap diri kita. Betapa hebatnya setiap kasih dan sayang yang telah diberikan oleh beliau! Namun, masih ramai di antara kalian semua yang tidak pernah mahu menghargai setiap kebaikan dan keikhlasan mereka itu. Malah kalian masih bisa mengguris dan membekaskan lagi luka di hati mereka.



oleh itu marilah rakan - rakan semua.hormatilah mereka..terutama ibu kita.sedarlah nahawa syurga di bawah telapak kaki ibu kita..peringatan ini juga untuk diri saya sendir.salam

Tuesday, August 17, 2010

kes buang bayi kian melampau !!!

Salam

selamat menyambut bulan ramadhan yang mulia kepada semua kaum muslimin dan muslimat.ape yang saya mahu kongsikan disini adalah perkara yang amat membimbangkan kita sejak akhir-akhir ini.. iaitu kes buang bayi. Masyallah sungguh teruk fenomena ini. bayangkan hampir setiap hari kita dapat lihat di berita yang bayi di buang di dalam sungai, dihanyutkan di sungai ( da mcm filem p.ramlee da) ingat Sultan jumpe ke tak tahu lah. malang sungguh nasib kanak - kanak ini.

salam

>berzina sudah menjadi satu dosa besar inikan pula di tambah dengan dosa membunuh bayi itu pula. saya amat menyokong usaha kerajaan yang mana pesalah di hukum bunuh sekiranya di dapati bayi yang di buang itu mati. Ini kan bulan rahmat. Bulan Ramadhan boleh di buang di dalam tong pembentungan..masyallah..





buang bayi dalam lubang jamban pon boleh ke ?



kesia sungguh. sedangkan haiwan pon sayangkan anak-anak mereka. itu secara tidak langsung menunjukkan yang manusia lebih teruk daripada haiwan..subhanallah







punca- punca ini berlaku ??















maksiat yang berleluasa..ini juga peringatan untuk diri saya sendiri dan semua pembaca..semoga kita di beri hidayah dari Allah SWT.dan telindung dari perkara yang di murkai..aminnnn









Friday, August 13, 2010

sampai bila kekejaman ini berterusan ???



salam..

kalau kita renungkan balik..terlalu banyak kekejaman israel yang xmampu kita terima. saya pernah tengok satu video rakaman rintihan seorang ibu di Palestin. beliau berkata " dunia ini penuh dengan umat islam. hanya negara islam sahaja sudah melebihi agama lain. tapi bila negara kami di serang, di jajah, suami kami di bunuh, anak lelaki kami dibunuh, anak perempuan kami di bunuh dan diperkosa, saudara mara kami mati kerana mempertahankan Islam...tetapi DI MANAKAH ANDA..???? umat Islam yang lain.. berbaloi kah anda dengan hanya menyaksikan saudara Islam anda di bunuh keranan mempertahan kan agama anda ???? bantu lah kami di sini...







budak pun menjadi mangsa.apakah alasan mereka untuk tindakan ini ?? adakah mereka fikir ini budak kecil ini egen atau pengganas ??



bayangkan suami,bapa atau saudara kita yang menegakkan islam diperlakukan sebini ??



beribadah walau dalam apa jua keadaan...Allahuakbar...



kanak-kanak ini di bunuh hanya kerana beliau seorang Muslim...!!!1



KEKEJAMAN DEMI KEKEJAMAN !!!!!!








apa yang saya cuba sampaikan adalah, biar pun kita hanya orang biasa yang tak punya apa-apa jawatan untuk bersuara, tapi sedarlah yang Allah SWT maha pendengar. pohon lah pada nya demi kesejahteraan saudara kita yang berada di sana, peringatan ini juga buat diri saya sendiri..semoga Allah SWT mempermudahkan kehidupan saudara Islam kita di Palestine dan memperoleh kemenangan...Amin.......

Thursday, August 12, 2010

kubur para nabi di musnah

salam

dalam mengerjakan amalan berpuasa pada tahun ini. saya amat terkejut melihat salah satu berita dalam blog yang saya lawati. sungguh malang nasib umat islam sedangkan kubur - kubur para anbia di musnahkan begitu sahaja atas sikap hasat dengki yahudi




kerajan Zionis telah melancarkan program menghapuskan kubur- kubur para nabi yang terletak berhampiran dengan Masjid Al -Aqsar yang menjadi tumpuan umat - umat islam dan penduduk Palestin sendiri yang datang melawati Baitul Muqaddis








Monday, August 9, 2010

banjir terburuk di china



salam

sejak kebelakangan ni banyak banjir berlaku di seluruh dunia. ini amat membimbangkan kebanyakan negara terutama di Benua Asia yang sebelum ini di gemparkan oleh banjir di Pakistan.



di Beijing Banjir lumpur yang melanda sebuah kawasan terpencil di barat laut China semalam menyebabkan separuh dari bandar di daerah Zhouqu di Wilayah Autonomi Gannan Tibet di Gansu tenggelam manakala 2,000 orang dilaporkan hilang.Banjir itu yang berlaku akibat hujan lebat kelmarin turut menyebabkan 127 orang disahkan telah meninggal dunia.



ramai penduduk yang dapat mnyelamatkan diri dengan melarikan diei ke tempat tinggi seperti gunung dan tanah tinggi berhampiran dan ada juga yang mnyelamat kan diri ke bumbung apartment - apartment sekitar beijing selepas air Sungai Bailong melimpah disebabkan sekatan pelbagai benda.

keadaan bertambah buruk dengan kehadiran lumpur tebal yang mnyukarkan lagi usaha menyelamat mangsa banjir dilakukan.Banyak rumah musnah manakala jalan-jalan diliputi dengan lumpur dan air pada waktu pagi.

sebagai rakyat Malaysia kita seharusnya bersyukur di atas nikmt yang dikurniakan oleh Allah swt yang mana kita bernasib baik dari malapetaka sebesar itu..

Saturday, August 7, 2010

banjir di pakistan kian meruncing

salam
Pihak berkuasa Pakistan menganggarkan 13 juta penduduk negara itu terpaksa dipindahkan setelah rumah mereka musnah berikutan banjir terburuk dalam tempoh 80 tahun di seluruh negara tersebut lebih seminggu lalu.

Angka itu lebih tinggi berbanding unjuran awal Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menjangka hanya empat juta terlibat, namun kesan bencana itu menyamai gempa bumi Kashmir pada 2005 yang mengorbankan 73,000 penduduk.




Seorang pegawai Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan, Amal Masud berkata, 12 juta orang di wilayah barat laut dan Punjab diarah untuk berpindah manakala di wilayah Sindh, sejuta penduduk terpaksa dipindahkan ke kawasan selamat.

Banjir terbesar dalam sejarah itu turut menyaksikan tentera Amerika Syarikat (AS) di Afghanistan menunda operasi menentang militan Taliban bagi membantu memindahkan jutaan penduduk Pakistan dengan menggunakan 10 buah helikopter pengangkut.

Malangnya, ketika lebih 1,500 rakyat Pakistan maut akibat banjir itu, Presiden Asif Ali Zardari pula mencetuskan kritikan ramai apabila masih membuat lawatan rasmi ke Perancis dan Britain daripada memberi tumpuan kepada masalah negara sendiri