Pages

Saturday, August 21, 2010

kasih ibu...

salam

tiba-tiba bangun dari tidur tadi saya terkenang ibu di rumah. apakah agaknya keadaan ibu saya.tulisan saya hari ini mungkin agak membosankan bagi sesetengah orang namun apa yang penting adalah isi kandungannya. baru-baru ni jugak saya rancangan tv9 tanyalah ustaz ada menyiarkan tentang tajuk "taat kepada ibu bapa" isu ini amat menyentuh perasaan.



lepas tonton tu.saya mula terfikir bagaimana seorang anak sanggup meniggalkan ibu bapa mereka di rumah orang-orang tua. betul lah apa yang kita dengar selama ni yang "seorang ibu mampu menjaga 10 orang dengan penih kasih sayang tapi seorang anak belum tentu menjaga seorang ibu"




selain tu jugak sekarang semakin banyak kes bunuh ibu bapa dan ini mununjukan bahawa manusia semakin hilang sifat kemanusiaan..masyallah...kepala bapa di potong dan di tanam..

satu lagi pengajaran yang saya dapat dari tanyalah ustaz..ustaz tersebut menyebut tentang "suap ibu"....pernah tak anda menyuap ibu anda.saya sendiri pun belum pernah.besar sungguh pahala orang yang menyuap ibu mereka dengan makanan.ni tidak..keadaan tebalik.hanya ibu yang menyuap kita ketika kita kecil.



Jika kita diberi kesempatan untuk mengendong ibu kita di belakang bahu, lalu mengelilingi kaabah bersamanya sebanyak tujuh kali, belum tentu kita dapat membalas setitik air susu yang diminum kita sewaktu bayi. Masya-ALLAH! Kata-kata ini saya pinjam daripada Dr Haji Fadhillah Kamsah. Lihatlah wahai para sahabat ku, betapa hebatnya cinta seorang ibu terhadap diri kita. Betapa hebatnya setiap kasih dan sayang yang telah diberikan oleh beliau! Namun, masih ramai di antara kalian semua yang tidak pernah mahu menghargai setiap kebaikan dan keikhlasan mereka itu. Malah kalian masih bisa mengguris dan membekaskan lagi luka di hati mereka.



oleh itu marilah rakan - rakan semua.hormatilah mereka..terutama ibu kita.sedarlah nahawa syurga di bawah telapak kaki ibu kita..peringatan ini juga untuk diri saya sendir.salam

1 comment:

  1. as salam.. teringat umi kat rumah bila bce ni..semoga jadi anak yang baik ..ameen.

    ReplyDelete