Pages

Monday, September 27, 2010

tips elak mengantuk dalam kelas.

salam

kelakar gak pagi td..maklum lah "black Monday" kelas pulak pukul 8.30.. memang muka mmg ramai yg mamai lg..so ni ade beberape tips nk elak mengantuk hehe

Berikut adalah sedikit tips untuk mengelakkan mengantuk:




1. Sila BELI GULA2 GETAH dengan kuantiti yang mencukupi. bila lecture start jer,makansekaligus 2 biji gula getah serentak. Apabila mulut aktif mengunyah, kita akan susah nak ngantuk.Amalan ini saya telah praktikkan kepada seorang kawan saya yang mudah sangat mengantuk.Lecturer baru start mengajar kat depan,dia dah menguap. Saya fikir punya fikir, lantas untuk kelas seterusnya sy pun beli chewing gum yang bewarna warni khas untuk dia,memang berkesan usaha ni. Dia dah tak ngantuk malah lebih bersemangat lagi.Betul atau tidak anda kena cuba sendiri..hehe




2. bawaklah SEBOTOL air masak. otak kita ni 80% air. Kita rasa ngantuk sebab oksigen kurang ke otak, walaupun hidung kita tak berhenti henti bernafas. bila minum air,bandalir badan kembali seimbang. Ini akan mengurangkan rasa mengantuk. Berapa ramai yang sanggup buat tips no 2 ni sila angkat tangan? tengok orang cina, rajinbawak air.orang melayu ni susah sangat. bajet macho/cantik la. dah..dah..jangan malu. Beli botol air yang cantik,letak dalam beg. OK?

3. Bila ngantuk dalam kelas, selepas cuba menahannya tapi ternyata gagal, maka sila keluar dari bilik kuliah dengan serta merta!!bukan untuk balik umah atau tido, tapi untuk ke tandas dan basuh muka. InsyaAllah tak ngantuk dah lepas ni.

4. kalau ngantuk lagi setelah melakukan ketiga-tiga perkara di atas,suruh kawan sebelah urutkan bahu dan belakang. Tapi ingat,jangan sekali-kali urut leher atau belakang kepala kerana ini akan menyebabkan kawan anda tido lebih lena.cukuplah 4 TIPS. simple, bawak chewing gum, ataupun bawak air, or basuh je muka bila ngantuk or kalau dah miskin dan papa kedana sangat, mintalah kawan urutkan.


Friday, September 24, 2010

mentaliti orang kita !

salam

time zaman skolah dulu ade sorg kawan saya yang mana ibu beliau seorang tukang jahit.buka business kecil-kecilan kat area Rawang. satu hari ni kawan saya ade bercerita tentang satu cerita yang saya rase isu ni da lame. kawan saya ni org panggil cepot.mak die ibu tunggal n berniaga plak. nak di pendekkan cerita la.. isu yg saya nk cite ni myb da lame kot..

boleh la nk di katakan yg kedai jahitan jawan saya ni laku la..memang time ari raya susah nk tempah da.tp bukan tu yg saya nk ceritakn, di sebabkn oleh terlalu laku, kedai2 jahit yg lain xdapat perhatian oleh customer. sampai satu hari ni. mak die xberape sihat. pg klinik doktor ckp xde pape...da byk kali da..so ade org suggest kat mak die g jumpe bomoh..

then sampai jumpe bomoh.xtau la bomoh yg cmne..bomoh tu suh bukak tempat penutup longkang depan kedai.. so mak kwn saya ni pon bukak la..die terjumpe satu objek yg bentukny mcm POCONG tp bersaiz kecil..bomoh tu mendakwa yg objek tu merupakan alat untuk membuatkn kedai mak kwn saya ni xkelihatan n customer xkn perasan pon kedai mak kawan saya ni bukak.

start dr time tu..baru famili kwn saya ni terigt yg ramai customer ngadu ckp yg dah lame kedai jahit tu xbukak.. dan pelaku kpd kes ini adalah org melayu sendiri...mcm ni ke org melayu ??
mugkin xsemua org melayu mcm ni..tp ini bukan cara org zaman sekarang..saya harap..org melayu dapat bersatu...dan yg plg penting membantu sesama melayu...


Thursday, September 23, 2010

jangan pentingkan diri sendiri

salam

saya rase ramai yang tak sedar tentang satu perkara.

pernah x kita semua fikir ke mana duit kita akan disalurkan selepas kita berbelanja ?






adakah ianya pergi ke tempat yang halal atau haram ?

mmg la. lepas pembayaran di buat dan kita telah pun mendapat kn makanan atau produk tersebut.kita tiada tanggungjawap terhadap anf tersebut namun...

dah terang2 banyak kempen kesedaran "BOIKOT BARANGAN YANG MENYUMBANG KEPADA DANA ISRAEL" tapi masih ramai yang membuta tuli beli barang tu..kenapa kita semua tak gunakan akal yang Allah SWT beri pada kita ?

sanggup kah anda menyumbang wang untuk sebutir peluru yang bakal menusuk tubuh saudara anda sendiri ??

kadang2 rasa terkilan tengak ramai umat Nabi Muhamad ni beratur beli fast food kat kedai merah kuning ni..




sedar lah wahai saudara ku. bahawa restoran fast food merah kuning beserta seorang badut sebagai ikon restoran mereka adalah menyumbang utama dana ISRAEL..







saya pasti yang ramai yang sudah tahu mengenai hal ini.

cuma atas sikap sambil lewa kita ini menjurus kepada kesengsaraan saudara kita..





sanggup kah sekiranya ibu bapa kita semua di seksa ?



abang kita di tembak mati ?

adik perempuan kita di perkosa ?



adik lelaki kita di bunuh ?

SANGGUP KAH ANDA ??

saya yakin anda semua tidak sanggup..begitu juga saya sendiri..

sebelum kita berbelanja fikir masak2 ke mana arah wang kita di salurkan...


daripada maklumat yang saya dapat. restoran KFC tidak menyumbang kepada ISRAEL. alhamdulillah masih ada makanan yang boleh menjadi pilihan kedua umat islam selepas menolak makanan dari restoran merah kuning td.

kadang2 ada jugak yang buat kita semua terfikir..selama Palestin di jajah oleh Israel..apa sumbangan kita dalam usaha membantu mereka ??

kita mungkin bukan




seorang tentera untuk bertempur !!





atau seorang pemimpin negara untuk mengubah apa2 dasar kerajaan !!



atau seorang jutawan untuk menderma wang kepada rakyat Palestin !!

sebaik-baiknya gunakan wang anda di jalan yang benar..lumpuhkan ekonomi ISRAEL ini..boikot barangan mereka..susah dan besar sangat kah taggjwb ini ???

mari bersama kita fikirkan adakah anda penguna dan pembeli barangan ini ??



fikirkan lah bersama...assalamualaikum

manusia semakin kejam

salam

skng ni tengah kecoh psl pembunuhan kejam jutawan kosmetik.sebelum ape2 mari kita ramai2 sedekah kn Al-fatihah pada arwah Dato Sosilawati Lawiya..



tak sampai logik akal ssorg sanggup wat mcm ni..sekarang kita dapat satu conclusion yg dendam adalah alasan paling kuat untuk seseorang itu membunuh. arwah di seksa sebelum mati dengan di ketuk dgn objek keras. kemudian di tikam perut dengan batang besi. sanggupkah anda melakukan sedemikian ? masyallah. sungguh tersiksa semua mangsa tu.

bahagian yang paling menyedihkan adalah mayat mereka di bakar dan di buang kedalam sungai (abu). semoga roh mereka di cucuri rahmat Allah SWT.




Al - Fatihah

Thursday, September 2, 2010

Gadis Penggoda

Sulaiman bin Yasir adalah seorang lelaki gagah dan tampan. Suatu hari, ia bersama seorang kawannya berniat pergi ke Makkah untuk menunaikan ibadah haji. Di suatu tempat, singgahlah mereka untuk berehat dengan mendirikan khemah. Dia tinggal di khemah sementara kawannya pergi berbelanja.








Dalam keadaan dia bersendirian di khemah, tiba-tiba muncul di hadapan Sulaiman seorang wanita cantik, seraya berkata: “Beri saya....”

Segera Sulaiman berganjak mengambil makanan, lalu diberikannya kepada wanita itu. Tetapi alangkah terkejutnya Sulaiman atas jawaban wanita itu: “Saya tidak menginginkan makanan. Saya inginkan bahagian dari lelaki yang biasa ia berikan kepada isterinya.”

Mendengar itu Sulaiman tersentak. Lalu ia berkata, “Engkau telah dipersiapkan iblis untuk menggodaku.”
Betapa gelisahnya hati Sulaiman. Ia menunduk dan meletakkan kepalanya antara dua lutut sambil menangis. Melihat keadaan demikian, gadis penggoda itu segera beredar meninggalkan Sulaiman. Tak lama kemudian terdengar langkah temannya datang. Mata sembab Sulaiman belum sempat terhapus.

“Ada apakah gerangan wahai Sulaiman?” tanyanya.

“Aku teringat puteriku,” kata Sulaiman cuba berbohong.







“Tidak mungkin. Demi Allah, engkau pasti menyembunyikan sesuatu,” bujuk si teman. Kerana didesak terus, akhirnya Sulaiman menceritakan kejadian yang baru saja berlaku. Aneh, temannya yang mendengar cerita itu malah menangis terisak-isak. Sulaiman hairan dan tertanya-tanya.

“Mengapa engkau pula yang menangis?” tanya Sulaiman.

“Saya lebih layak menangis daripada engkau. Saya berfikir bahawa seandainya sayalah yang mendapat cubaan itu, seandainya sayalah yang berada di khemah ketika itu, entah apa yang terjadi,” ucapnya.

Kemudian sampailah Sulaiman di kota Makkah, bertawaf dan bersa’i di Kaabah. Ketika telah letih dan lelah, ia berbaring di sudut ruangan berselimutkan pakaiannya sendiri. Dalam tidurnya ia bermimpi bertemu lelaki tampan, wangi pula baunya. Ia berkata kepada lelaki itu: “Siapakah Tuan? Semoga tuan mendapat curahan rahmat.”

“Aku Nabi Yusuf As-Siddiq,” jawabnya.

“Sungguh, engkau mengagumkan wahai Nabi.... Engkau menang melawan godaan isteri Tuanmu,” kata



Sulaiman.

“Sesungguhnya keteguhan engkau terhadap rayuan gadis itu mengagumkan pula!” Jawab Yusuf dalam mimpi itu.

Mimpinya itu menandakan bahawa Sulaiman akan dikumpulkan bersama-sama Nabi Yusuf yang berjaya menolak godaan wanita cantik.



p/s = gambar adalah hiasan semata.tiada kaitan dgn sesiapa pun...