Pages

Sunday, October 31, 2010

salam

cuba hayati apa yang saya ingin sampaikan...kita sudah di ajar sejak dari kecil yang dajal akan muncul suatu hari nanti dan memerintah selama 40hari di atas muka bumi ini..

siapakah dia dajal ?

dajal adalah seorang manusia dari keturunan yahudi. dia bukan jin atau apa jua makhluk lain selain ia adalah manusia yang di tangguhkan ajalnya, "Minal Munzharin"seperti halnya Nabi Isa AS yg diangkat oleh Allah SWT ke atas langit dan di tangguhkan kematian sehingga beliau nanti diturukan semula ke atas muka bumi ini lalu beliau mati dan du kuburkan di Madinah Al - Munawwarah..

ayahnya seorang yang tinggi dan gemuk. hidungnya seperti paruh burung. dan ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak daging.

menurut imam Al-Barzanji, ada pendapat mengtakan bahawa asal keturunan bapanya ialah seorang Dukun Yahudi yg dikenali dgn nama "syaq"manakala ibunya adalah dari bangsa jin.

ia hidup di zaman Nabi Sulaiman AS dan mempunyai hubungan dengan makhluk halus. lalu oleh Nabi Sulaiman AS ia akhirnya di tangkap dan di masukkan ke dalam penjara. walaubagaimana pun kisah dan kelahiran semasa ia kecil tidak di ketahui.

bagaimana pula dengan bentuk fizikal dajjal ??

hadis Huzaifah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: "Dajjal ialah org yg buta matanya sebelah kiri, lebat panjang rambutnya serta dia mempunyai syurga dan neraka. syurga ia adalah neraka yg sebenar dan neraka ia adalah syurga yg sebenar.

ada beberapa ciri perwatakan Dajjal yg di sebutkan Rasulullah SAW, di antaranya adalah

  • seorang yg kelihatan masih muda.
  • berbadan besar dan agak kemerah merahan.
  • rambutnya kerinting dan tebal
  • kelihatan dari belakang seolah - olah dahan kayu yg rimbun.
  • dan tandany yg paling ketara sekali adalah = buta mata sebelah kiri dan kelihatan seperti buah kismis yg kecut, manakala mata kananya tertonjol keluar kehijau - hijauan berkelip2 laksana bintang.

kedua2 matanya adalah cacat dan tertulis di dahinya tulisan "kafir (kaf-fa-ra)" . tulisan ini dapat dibaca oleh semua umat islam, sama ada ia pandai membaca atau pun tidak.

mengikut hadis riwayat At - Thabrani, kedua - dua tanda ini menjelma dalam diri dajjal setelah ia mngaku sebagai tuhan. adapun sebelum itu, kedua - dua tanda yg terakhir ini belum ada pada dirinya.

tempat tinggal dajjal skarang ??

menurut riwayat "shahih Muslim". dajjal itu sudah wujud sejak bebrapa lama. ia di rantai di sebuah pulau dan di tunggu oleh seekor binatang yg bernama "al-Jassasah"

drpd Hadis ini menjelaskan bg kita bahawa Dajjal itu telah ada dan ia menuggu masa yg di izinkn oleh Allah SWT untuk keluar menjelajah ke permukaan bumi ini dan tempat "transitnya" itu ialah sebelah Timur bukan di Barat !!

berapa lamakah ia akan hidup setelah kemunculannya ??

dajjal akan hidup selama 40 hari shj. namun begitu, hari pertama adalah sama seperti 1 tahun dan hari kedua sama seperti sebulan dan ke 3 sama seperti seminggu dan hari2 yang selebihnya adalah sama seperti hari2 biasa.

jadi kesuluruhan masa Dajjal membuat kerosakan dan fitnah di bumi ialah 14bulan dan 14 hari..

dalam Hadis riwayat Muslim di sebutkan : kami bertanya , "wahai Rasulullah ! berapa lamakah ia tinggal di muka bumi ini ? " Rasulullah SAW menjawab " ia akan tinggal selama 40 hari...hari yg pertama seperti setahun dan hari berikutnya adalah seperti sebulan dan hari ketiga seperti seminggu dan kemudian hari yang tinggak adalah 37 hari sama seperti hari kamu yg biasa"

lalu kami bertanya lagi" wahai Rasulullah SAW ! di hari yg pjg seperti setahun itu, apakah cukup bg kami sembah yg sehari sahajaiaitu 5wajtu sahaja "

Rasulullah SAW menjawap "tidak cukup, kamu mesti mengira hari itu dgn menentukan kadar yg bersesuaian bg setiao sembahyang."

maksud Rasulullah saw ini ialah kita mengira jam yag berlalu pada hari itu. bukan mengikut perjalanan matahari seperti biasa kita lakukan saban hari.

Dajjal telah di beri peluang oleh Allah SWT utk mnguji umat Islam ini. Oleh kerana itu , Allah SWT memberikan memberikan kemampuan luar biasa kpd dajjal. di anatara kemampuan dajjal adalah:

  • segala kesenangan hidup ada bersamanya. benda- benda beku akan mematuhinya. sebelum kedtgn Dajjal, dunia Islam akan di uji oleh Allah SWT dgn kemarau pjg selama 3tahun berturut-turut.
  • pada tahun pertama hujan akan kurang sepertiga dari biase n pada tahun kedua akn kurang 2/3 dari biase dan tahun ketiga hujan tidak turun langsung. umat akan di landa kebuluran dan kekeringan. di saat itu Dajjal akn muncul membawa ujian.
  • maka daerah mana yg percaya dajjal itu tuhan , ia akan berkata kpd awan "hujanlah kamu di daerah ini!" lalu hujan pun turun la dan bumi mnjadi subur.
  • begitu juga ekonomi dan perdagangan akan mnejadi makmur dan stabil pada org yg bersekutu dgn Dajjal. manakala penduduk yg tak mahu bersekutu dgn dajjal, mereja tetap berada dlm kebuluran dan kesusahan.
  • ada diriwayatkn penyokong Dajjal akn memiliki segunung roti (makanan) sedangkn org yg tidak percaya dgny berada dlm kelaparan dan kebuluran. umat Islam yg tidak mngikuti Dajjal tidak hanya merasa kenyang dgn bertasbih, bertakbir dan bertaubat. jadi zikir-zikir itu yg mggantikn mkanan.

  • ada bersamanya seumpama syurga dan neraka
  • di antara ujian Dajjal ialah kelihatan bersama dgnya seumpama syurga dan neraka dan juga sungai air dan sungai api. dajjal akn mngunakan kedua-duanya untuk mnguji umat Islam.kerana hakikatny yg benar adalah sebalik dari yg kelihatan. pa yg dikatakn syurga itu sebenarnya neraka dan sebalikny.

  • kepantasan perjalanan dan negeri-negeri yang tidak dapat di masukiny.
  • kepantasan yg di maksudkan ini tidak ada oada kenderaan org dahulu. kalau hari ini maka bolehlah kita mngatakan kepantasan itu seperti kapantasan jet-jet tempur.yg digunakn oleh tentera udara atau lebih pantas yg digunakan oleh tentera udara atau lebih pantas lagi drpd kenderaan tersebur sehinggakan beribu2 kilometer dapat di tempuh dlm sejam.
  • kami bertanye " wahai Rasulullah..bagaimana kepantasan perjalananya di ats muka bumi ini? " Rasulullah menjawap "kepantasan perjalanan adalah seperti kapantasan "Al-Ghaist" (hujan atau awan) yg di pukul oleh angin yg kencang" - HR Muslim
  • namun demikian Dajjal tetap tidak dapat memasuki 2 Bandar suci umat Islam. iaitu Makkah Al-mukarramah dan Madinah Al-Munawwarah.

  • bantuan syaitan2 utk mmperkukuhkn kedudukanny... syaitan juga akan bertungkus lumus mmbantu Dajjal. bagi syaitan, inilah masa yg trbaik utk mnyesatkn lbh ramai lg ank cucu Adam AS.

Wallaualam, sudah bersediakah kita sbg umat Islam mnghadapi Dajjal ?? sedar atau tidak , kita semakin hampir dgn akhir zaman..persiapkan lah diri kita..

No comments:

Post a Comment