Pages

Tuesday, October 26, 2010

sayangkah kita pada beliau ?

salam

ramai mgatakan kita ni umat akhir zaman. Dalam sebuah riwayat hadis digisahkan. ketika itu baginda sedang duduk bersama para sahabat berkumpul di antara sahabat2 beliau termasuk lah Saidina Abu Bakar,Umar, Ali, Uthman dan lain2. namun demikian baginda bertanya dengan penuh lembut dan hormat kepada sahabatnya.

"Wahai sahabatku..tahukah kalian.siapakah hamba Allah SWT yang mulia disisi Allah SWT ?"

para sahabat terdiam... lalu kemudian ada seorang sahabat bersuara " Para Malaikat ya Rasulullah !"

baginda berkata " ya..para malaikat itu mulia.mereka dekat dengan Allah SWT.dan mereka sentiasa bertasbih dan beribadah kepada Allah SWT.temtulah mereka mulia wahai sahabat.tp bukan itu yang ku maksudkan..

lalu kemudian para sahabat kembali terdiam..

tiba2 salah seorang sahabat kembali bersuara. "ya Rasullullah...tentulah para nabi..merekalah yang mulia itu ya rasulullah..

Rasulullah SAW tersenyum...baginda berkata "ya..para nabi itu mulia...mereka adalah utusan Allah SWT di muka bumi ini..bagaimana mungkin mereke itu tidak mulia..mereka mulia..tetapi ada yg lain..

para sahabat terdiam....

tertanya sesama sendiri..siapakah beliau yg Rasulullah maksudkn ???

sehinggakan salah seorang sahabat berkata..."ya Rasulullah..adakah kami ini sahabat mu ya Rasullulah. adakah kami yang mulia itu ya Rasul?"

lalu baginda Rasulluh memandang wajah para sahabat satu per satu dengan penuh lembut dan kasih sayang..dan baginda tersenyum melihat para sahabat..

baginda Rasulullah SAW berkata "tentulah kalian mulia..kalian dekat dengan ku,kalian mnyokong perjuangan ku.bagaimana mungkin kalian tidak mulia...tentulah kalian mulia..tapi ade lg yg lain yang mulia..."

para sahabat kembali terdiam...

mereka tidak mampu berkata apa2 lg...

Rasulullah SAW kemudianya menundukkn wajah baginda...kemudian manusia mulia itu menangis di hadapan sahabat2 beliau..

para sahabat tertanya " mengapa kau menangis ya Rasulullah ?? "


lalu baginda mngangkat wajah beliau....dan terlihatlah air mata mngalir di pipi dan janggut baginda...

baginda berkata dengan perlahan..." wahai saudaraku, sahabatku..tahukah kah kalian siapakah yg mulia itu ?? mereka adalah manusia2..mereka akan lahir jauh setelah wafatku nanti...mereka begitu mencintai Allah SWT..dan tahukah kalian ? mereka tidak pernah mamandangku,mereka tidak pernah menatap wajahku, mereka hidup tidak dekat dengan ku seperti kalian , tetapi mereka begitu merinduiku.....dan saksikanlah wahai sahabatku semua...aku juga rindu kepada mereka..mereka yang mulia itu..mereka adalah umat ku wahai sahabat...

Rasulullah SAW..menitiskan air mata dan semua sahabat menangis melihat kekasih Allah itu menangis....

tlg ckpkn pada saya wahai pembaca sekalian...siapakah yg amat dirindui oleh Rasulullah itu ??

siapa yang sering di doakan oleh baginda Nabi Muhamad setiap waktu ??

demi Allah seudara saudari sekalian..cuba kita pejamkan mata. da renungkan dalam hati kita masing2..

sudahkah kita semua mncintai baginda Nabi Muhamad SAW....

tolong bayangkan siapa ikon kita semua selama ini ??

siapa ikon sahabat2 kita ??

siapa ikon adik kita ??

siapa ikon diri kita sendiri ???

lihatlah bertapa ramai anak2,sahabat2,adik2, dan diri kita saat ini yg sudah melupakan Baginda saudara saudari sekalian..

kita lalai kepada baginda...

mengapa mereka sudah tiada rasa cinta kepada baginda Nabi Muhamad SAW ??

kita bangga dengan ikon artis2 hollywood...

mereka bangga dengan pemain bolsa sepak....

tolong katakan kepada saya wahai saudara saudari sekalian....

sudah berapa lama kita semua hidup di dunia ini ??

sudah berapa lama kita tidak menegur perbuatan sahabat2 kita ini ??

untuk mereke mencintai baginda Nabi Muhamad SAW..

kalau kita mengaku sebagai umat Rasulullah SAW..tolong tanya diri kita..

sudahkah kita mencintai baginda Nabi Muhamad SAW ????

sudahkah ada air mata yg berlinang kerana rindu kita kepada insan agung ini saudara saudari ???

sudah berapa lama kita lalai ??

sudah berapa lama kita hidup leka di dunia ini ??

sudah berapa lama kita melupakan baginda Nabi Muhamad SAW ???

mari kita hidupkan rasa cinta dan sayang kepada baginda...semoga kelak di padang masyar..kita akan berkumpul..bersama insan agung ini,bersama Rasulullah SAW..

No comments:

Post a Comment