Pages

Tuesday, November 30, 2010

alaah..xkan kene kat saye la..mesti kene kat org lain..

salam

kesihatan amat penting untuk kita semua..mcm yg kita semua tahu..kesihatan xmampu di beli.walau anda sekaya bill gates..kesihatan yg hakiki tidak mampu anda kecapi..mula lah timbul peribahasa mencegah lebih baik dari mngubati.zaman sekarang ni banyak betul penyakit2 yg berbahaya terjadi tanpa batasan usia. jgn ckp la xde remaja yg mati sebab pelbagai penyakit kronik.




try bace kisah ini..sudah berbulan bulan lamanya lelaki ini batuk. dahulu nya dia batuk berhari2 shj. kemudian batuknya akan hilang. tp skrng berbulan-bulan lamanye dia batuk. sudah puas dia berubat di byk tempat namun penyakit beliau masih tidak berubah. malah semakin teruk.nafas nya kini berbau amat busuk, lebih busuk dari bau bangkai. manakala gigi dia kuning dan berkarat. apabila dia membuka mulut gusi amat hitam dan berkarat. lalu lelaki ini menjilat bibirnya..merekah bagai terbakar dan kering bibirnya.

dan dia memandang ke arah kakinya.jari kakinya telah di jangkiti gangren. hitam dan busuk. hampir setiap hari kene berulang ke hospital. selain dari gangren dia juga di sahkan mnhidapi barah paru2. oleh sbb itulah nafas berbau amat busuk seperti bangkai dan kerap batuk.



doktor mengesahkan satu dr paru2nya sudah pun rosak dan perlu dibuang..selepas itu beberapa jari turut dipotong kalau tak di potong kuman akan merebak ke seluruh badan. nyawa pula yg akan bahaya. setelah di buang sebelah paru2 dan jarinya di potong .nyawa nya masih boleh bertahan. batuk sudah mula kurang tapi berita buruk lain pulak yg dtg. jantung dia pula tersumbat.

dia tidak mempunyai pilihan dan terpaksa operation dijlnkn keats jantungnya .selepas keluar dari hospital berkerusi roda. dia menangis. selama ini dia merasakan penyakit yg dihidapinya sekarang hanya akan terjadi kepada org lain.bukan perokok sepertinya.anak lelakinya terpaksa menolak beliau. dia merintih kepada anknya "jgn jadi seperti abah,tgk apa dah jadi pada abah.

Monday, November 29, 2010

supportive sket please...



salam

sebelum agak terlewat sy congratz untk kontinjen Malaysia yg telah berjaya merangkul 9 pingat emas seperti yg telah di sasarkan dalam Sukan Asia kali ini. dan ape yg kita dengar dari pakcik2 kat kedai mkn or kedai mamak ketika menonton siaran langsung sukan ini kadang kala menyakitkan hati. segala cemuhan di berikan kepada kontinjen negara kita sekiranya gagal merangkul emas.






sy ada terfikir. di mana2 pun sama. marah betul sekiranya Dato Lee Chong Wei gagal mngalahkn Lin Dan.memaki hamun pasukan bola sepak negara. cmon la Malaysian. supportive la sket..mereka kat sane bukan pergi berbulan madu atau pun vacation. kalau di perhatikan secara lebih terperinci prestasi Kontinjen Malaysia semakin meningkat. kita tak boleh mengharapkn peningkatan terlalu drastik.

kenapa agak2 rakyat Malaysia lebih suka mngkritik dari memberi cadangan dlm mmbangunkan dan meningkatkn prestasi sukan Malaysia..sy harap kita semua harus mngubah sikap negatif dlm diri dgn cara bersama2 memikirkan cara supaya atlet kita gemilang di atas

sultan


salam

ape khabar semua.selepas membaca paper smlm tergerak nk mnulis tentang isu ni..tjuk paper smlm Sultan Selangor dukacita. dan isi kandungan berita tersebut menyentuh ttg masyarakat kini yg telah mula myuarakan pendapat. dan pendapat mereka bg saya tidak perlu di suarakan dan tidak relevan.

pendapat mereka adalah berkaitan sistem raja-raja yg telah ada di Malaysia sejak berkurun lamanya. pandapat dan matlamat mereka adalah agar sistem Raja Berperlembagaan ini disemak dan dikaji semula atas alasan negara telah menjalani arus pemodenan dan sistem yang diamalkan sekarang ini sudah tidak bersesuaian adalah amat tidak bertepatan.

dan tambah menyedihkan lg adalah mereka yg bersuara ini termasuk orag Melayu sendiri.Sultan Selangor , Sultan Sharafuddin bertitah, terdapat juga suara lantang di kalangan orang Melayu sendiri yang meminta perkataan ‘Melayu’ dihapuskan daripada ungkapan Raja-Raja Melayu. Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah baginda sedih dan dukacita kerana ada segelintir individu yang berhijrah ke negeri itu, terutama orang Melayu, sanggup mempersoalkan peranan institusi Raja Melayu serta kedudukan dan hak keistimewaan bangsa Melayu.

kita haruslah sedar bahawa Sultan lambang bangsa Melayu dan melindungi hak2 org Melayu itu sendiri. jadi pada saya jgn lah terlalu mementingkn diri sendiri mahupun kepentingan politik sehingga sanggup menggadai bangsa sendiri..

Sunday, November 14, 2010

keindahan mekah


salam

Neil Amstrong telah membuktikan bahwa kota Mekah adalah pusat dari planet Bumi. Fakta ini telah di diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah. Ketika Neil Amstrong untuk pertama kalinya melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, di berkata : “Planet Bumi ternyata menggantung di area yang sangat gelap, siapa yang menggantungnya ?.”
Para astronot telah menemukan bahwa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi, secara resmi mereka mengumumkannya di Internet, tetapi sayang nya 21 hari kemudian website tersebut raib yang sepertinya ada asalan tersembunyi dibalik penghapusan website tersebut.

Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyata radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Ka’Bah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite ( tidak berujung ), hal ini terbuktikan ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut masih berlanjut terus. Para peneliti Muslim mempercayai bahwa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Ka’Bah di di planet Bumi dengan Ka’bah di alam akhirat.

Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, ada suatu area yang bernama ‘Zero Magnetism Area’, artinya adalah apabila kita mengeluarkan kompas di area tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali karena daya tarik yang sama besarnya antara kedua kutub.

Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka ia akan hidup lebih lama, lebih sehat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan gravitasi. Oleh sebab itu lah ketika kita mengelilingi Ka’Bah, maka seakan-akan diri kita di-charged ulang oleh suatu energi misterius dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah.

Penelitian lainnya mengungkapkan bahwa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga bisa mengambang di air. Di sebuah musium di negara Inggris, ada tiga buah potongan batu tersebut ( dari Ka’Bah ) dan pihak musium juga mengatakan bahwa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem tata surya kita.
Dalam salah satu sabdanya, Rasulullah SAW bersabda, “Hajar Aswad itu diturunkan dari surga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam. ( Jami al-Tirmidzi al-Hajj (877)

musim Haji dtg lg =)

salam


musim Haji dtg lg..best betul kalau dpt pegi wat Haji..agak2 bile la dapat pegi.nk g reunion kat jengka pon sy xde duit.ni kn nk g Haji.tp pepatah Melayu "nak seribu daya,xnk seribu dalih" insyaallah..

tgk pic mekah n madinah je dapat pahala,ni kan pulak kalau dapat pg sane..mmg giler2 best.nak bawak parents g wat Haji ni adalah top list hidup sy.jgn setakat angan2 jek.so kene la usaha kn.simpan duit dr skng.mcm pepatah melayu gak "sikit2 lame2 jadi bukit"





g tempat bersejarah dalam pembangunan Islam..tempat para anbia, dan semestinye tempat Nabi kesayangan kita Muhamad SAW.Al-Fatihah buat baginda dan para sahabat beliau..bile fikir kan balik.boleh menangis kalau kat depan Kaabah tu.beribu2 manusia dtg hanya dengan satu tujuan iaitu utk mendapat beribadah kepada yg maha esa.tanpa mengira warna kulit,bangsa,kita adalah sama di sisi Allah SWT.

tp tulah kn..kene usaha kn lah.my parents ni org susah.so that why nk belajar tinggi2 n dapat tolong family..n antar my lovely ibu ayah g haji..insyallah =)

10 pintu syaitan !!

salam

dari artikel yg di share di facebook ade saomething yg menarik perhatian sy..try bace


ALLAH SWT berfirman yang bermaksud: “Syaitan memberikan janji yang membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka. Walhal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka kecuali tipu daya belaka. Tempat mereka itu ialah neraka jahanam dan mereka tidak memperoleh tempat untuk lari daripadanya.”(an-Nisa’: 120-121).

Keterbukaan manusia mengundang kehadiran syaitan ke dalam diri masing-masing sebenarnya ada kaitannya dengan sifat mazmumah yang diamalkan dalam kehidupan seharian.Melalui pelbagai jenis sifat mazmumah itulah sama ada dalam kita sedar atau tidak, kita sebenarnya sudah menyediakan ruang kepada syaitan menapak dalam diri.

Antaranya :


Pertama:

Melalui sifat sombong dan angkuh. Dua sifat inilah yang amat mudah tersemai dan menyubur dalam diri manusia. Ia berpunca daripada keegoan manusia sendiri yang lazimnya akan mudah hanyut ketika dilimpahi kemewahan dan kesenangan.


Kedua:

Melalui sifat bakhil dan kedekut. Setiap harta benda dan kemewahan yang diperoleh adalah kurniaan ALLAH yang seharusnya dibelanjakan ke jalan kebenaran. Ia boleh digunakan untuk membantu kesempitan hidup orang yang memerlukan sama ada melalui kewajipan berzakat atau bersedekah.


Ketiga:

Melalui sifat takbur dan bongkak. Sifat ini selalunya bertapak dalam diri seseorang manusia yang merasakan dia sudah memiliki segala-galanya dalam hidup. Mereka terlupa bahawa kesenangan dan kenikmatan yang dikurniakan itu boleh ditarik ALLAH bila-bila masa. ALLAH berfirman yang bermaksud:“Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang takbur.” (an-Nahl:23)


Keempat:

Sifat khianat. Khianat yang dimaksudkan bukan sahaja melalui perbuatan merosakkan sesuatu yang menjadi milik orang lain, tetapi juga mengkhianati hidup orang lain dengan tidak mematuhi apa-apa bentuk perjanjian, perkongsian dan sebagainya.


Kelima:

Sifat tidak suka menerima ilmu dan nasihat. Rasulullah selalu menasihati sahabat agar menjauhkan diri daripada menjadi golongan keempat di kalangan manusia yang dibenci ALLAH iaitu golongan yang tidak suka diri mereka dinasihati atau mendengar nasihat orang lain.


Keenam:

Melalui sifat hasad. Perasaan hasad dengki selalunya akan diikuti dengan rasa benci dan dendam yang berpanjangan.


Ketujuh:

Melalui sifat suka meremehkan orang lain. Sifat ego manusia selalunya akan lahir apabila seseorang individu merasakan dirinya sudah sempurna berbanding orang lain. Orang lain dilihat terlalu kecil dan kerdil jika dibandingkan dengan apa yang dia miliki. Abu Umamah pernah meriwayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: “Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik ialah orang tua Muslim, orang yang berilmu dan imam yang adil.” (Riwayat Muslim).


Kelapan:

Melalui sifat bangga diri. Menurut Imam Ahmad, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Jangan kamu bersenang-lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba ALLAH itu bukan orang yang bersenang-senang sahaja.”(Riwayat Abu Naim daripada Muaz bin Jabal)


Kesembilan:

Melalui sifat suka berangan-angan. Islam anti kemalasan. Orang yang berat tulang untuk berusaha bagi mencapai kecemerlangan dalam hidup akan dipandang hina oleh ALLAH dan manusia. Mereka lebih gemar berpeluk tubuh dan menyimpan impian yang tinggi tetapi amat malas berusaha untuk memperolehinya .


Kesepuluh:

Melalui sifat berburuk sangka. Seseorang yang suka menuduh orang lain melakukan sesuatu kejahatan tanpa diselidiki terlebih dulu amat dicela oleh Islam.



hikmah Bismillah !!


ade kisah cerita di zaman kesultanan Melayu terdapat pasangan suami isteri tinggal di hujung kampung. si isteri ini begitu warak dan beriman kepada Allah SWT dan taat kepada suaminya. setiap pekerjaan yg di lakukan oleh nya akan dimulai dengan lafaz Bismillah. setiap perbuatan yang beliau lakukan akan di mulakan dengan Bismillah. membasuh baju,memasak,mengemas rumah, bercucuk tanam, semua perbuatan nya itu akan di mulakan dengan lafaz Bismillah. dan si suami berasa rimas kerana perbuatan isteri nya. dan dia ingin melakukan sesuatu agar isterinya tidak lagi melakukan sedemikian lagi.lantas dia pun meletakkan ular kedalam bikar air, tempat isterinya akan mengambil air untuk di masak.

lalu si isteri pun seperti biasa mngambil air untuk di masak. dan seperti biasa beliau akan membaca Bismillah. sebaik sahaja si isteri menyeluk tangannya kedalam bekas air tersebut.die menjerit.

si suami sudah tersenyum riang di halaman rumah.dan berlari mendapatkan isterinya. namun apabila tiba di dapur suami itu mnjadi hairan apabila mendapati ular yg di letakkan kedalam bekas air itu bertukar menjadi emas.masyallah..lalu si suami berterus terang dan meminta maaf dari isterinya.sejak itu si suami mnjadi lelaki yg takut dan taat kepada perintah Allah SWT.

moral of the story:bebanyak kn lah baca Bismillah. =)

dosa wanita ketika solat jumaat


salam

mesti ramai yg heran dgn tajuk kali ni..yela mane xnye..wanita mne ade solat jumaat kn.. ape yg sy try tulis di sini da lame dah jadi kat sekeliling kita. isu nye adalah solat jumaat.. semua muslim tahu yg solat jumaat ni wajib kepada kaum lelaki. yg selagi dia berakal, baligh, islam,merdeka,bermastautin dan sihat. sy mnulis bkn kerana sy hendak mmberi tahu bahawa sy pergi solat...sy tulis kerana ingin mngigatkn saudara2 sy kat luar sane tu termasuk lah diri saya sendiri..bahawa bertapa pentingny solat jumaat.

dari ape yg sy lihat..lelaki yg selalu ponteng solat jumaat ni mmg dari dulu ramai..mmg xdapat di nafikn..tp yg menjadi pelik bila lelaki yg ponteng ni keluar rumah time solat jumaat. dorg g makan,mnum kat luar time saudara2 dorg yg lain tgh solat..

kes ni byk terjadi. n dari ape yg sy lihat sendiri di medan makan sek2 shah alam..time nk pg solat tu sy lalu medan tu..bukan main ramai lg lelaki kat sane wat2 rileks je..xkan la sume tu kaum bumiputra sabah serawak plak kn.dah mmg muke pure Melayu..

so kat mane silap nye wanita sampai dapat dosa ??

dosanya mase mereka bersama lelaki ini ketika solat jumaat, mereka yg tidak menasihati teman lelaki mereka, mereka yg lebih suke melihat taman lelaki mereka di samping mereka lebih dari di samping Allah swt.

tak rase malu ke org tgk korg berdua2 time solat jumaat. yang mnjadi persoalan.ke manakah hilangnya maruah ?? wat dosa tunjuk2 , xmalukah anda ??

wanita yg rela menemani lelaki yg tidak solat ini perlu sedar bahawa mereka sedang melakukan kesalahan yg berat. bersubahat dgn mereka yg tidak solat..nasihat lah sikit.agar mereka sedar tanggungjawap mereka.

sedih kan bila usia zaman semakin mnghampiri kiamat dan kita masih lalai dalam keindahan sementara dunia ni.sy bukan lah insan sempurna cuma ingin menasihati...selamat beramal



Saturday, November 13, 2010

arak da jadi sebati dgn org Melayu


salam

rasenye isu ni da lame kot..saya saje bangkit kn isu ini sebab da melampau sgt da org kita ni.. bagi golongan atasan arak ni adalah sejenis mnuman harian. pg,tgh hari, ptg teguk air haram ni.
golongan sederhana pon sama. xdapat wine beer murah tu pon dorg belasah.

last year ex-classmate time skolah dulu ajak g karok..so pg la karok mlm tu..then ade 2 bdk laki lain yg jarang karok dgn kami tp still kenal lg..masuk n karok sekali..sy juz senyap jela..da kwn kn.xkn nk halau.time best2 karok dorg kuar n masuk balik bwk botol minuman.dlm hati best gak rase..coz dpt la nk tumpang air dorg haha.maklum lah dahaga jgk..xsure air ape mule2 coz gelap dalam bilik karok tu..lps dorg mnum bru la perasan ade tulisan "carlsberg"

bengang giler rase..yela dr kecik mmbesar same2..time besar ni nk jadi mcm ni..xtau la mne maruah dorg hilang sampai boleh simply mnum arak depan mmber2 lain.

kau dah wat salah xpayah la nk tunjuk2 kat orang..ape la nk jadi kat anak bangsa kita ni.
g tasik ade je botol2 arak bersepah.bawah jambatan ade botol2 jgk.

yg mnjadi persoalan skng ni..mane maruah dorg ??

tolong la jgn nk salah kn parents...bg sy jwpan yg paling simple adalah diri sendiri. if kita xdapat control diri kita dari terprngaruh mmg kita akan terjerumus ke arah maksiat..semoga Allah SWT selamatkn kita semua dari perkara sia2 seperti ni..

bile jumpa dgn kwn2 yg dah lame xjumpe mula la dorg bukak pekung dorg..skng ni dah jadi kaki club..dah mnum arak..masyallah..takut betul dgr cite budak2 zaman skng ni..n jadi peringatan buat diri sy sendiri..yela kita ni semua makhluk biasa..semoga Allah SWT jauh kn kita dari perbuatan yg amat di murkai olehnya...isyallah =)


Monday, November 8, 2010

baby mati dalam washing machine


salam

dr paper berita harian yg saya bace arini..kisah ajal maut kat tgn Allah swt kn..dalam mesin basuh pun boleh mati skng ni..dkt Bartlesville (Oklahoma) sorg baby yang baru 10tahun mati dalam mesin basuh lepas di masukkan oleh ibu die bersama-sama dengan baju kotor.

baby tu berada dalam mesin basuh tu kira2 40minit. salah sorg aggota family yang datang ke rumah tu mendapati ibu baby tu tidak sedar kan diri and dengar ade bunyi ganjil dari mesin basuh tu.

bila mesin basuh di buka mayat baby tu sudah pun penyek bersama2 baju yg tekah di basuh.
Polis yg tiba di tmpt kejadian mnangis kesedihan..yela mane tak nye..baby umur 10 tahun kene mcm tu..xsure la ibu baby tu sengaja or xsngje..

p/s : sekadar gambar hiasan.tiada kaitan dgn kejadian..

Gunung Merapi


salam

hopefully hari ni gunung Merapi kat indon tu da reda..coz Gunung Merapi masih mengeluarkan bunyi gemuruh semalam manakala awan, gas dan serpihan dihamburkan setinggi satu kilometer ke udara..kesian plak tgk saudara seislam kita kat sane, pelajar Malaysia yg terperangkap kat sane. asap and habuk sampai ke Jakarta. and kita jgn lah terlalu negatif. klu bencana berlaku jek salahkn penduduk sekeliling yg myb xberiman atau ape..buang sikap sebegini dalam minda org kita.anggap ianya juz bencana alam yg melanda coz Indonesia terlatak dalam laluan linkaran api..so dgn ape yg ada. kita derma la sedikit sebyank kat tabung derma yg disedia kn and sedekahkn AL-Fatihah untuk mangsa2 yg terkorban....AL-FATIHAH

pelik tapi benar


salam

lepas fikir and dari pemerhatian ke atas grand parents kite,parents kite and pasangan yg baru kawin kite boleh nmpk sume ni haha..try bace

Sebelum Tido:

6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah ya, mmmuahhhhh.

6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.

6 tahun: Sana sikit lah... Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!

Pakai Toilet:

6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh

6 bulan: Lama lagi ke ke kt dalam nih?

6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pi lah gunung ledang sana !!!

Balas SMS:

6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang...

6 bulan: Trafik jam aah

6 tahun: K..

Dating process:

6 minggu: I love U, I love U, I love U.

6 bulan: Of course I love U.

6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???

Pulang Kerja:

6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih...

6 bulan : I'm BACK!!

6 tahun: Masak apa hari ini??

Hadiah (ulang tahun):

6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni

6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah.

6 tahun: pakai duit u sendirilah apa yg U nak.. i takde duit.

Telefon:

6 minggu: Baby, ada org call u nih..

6 bulan: Eh... Your call...

6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH.... ANGKAT AAAAAHHH!!!

Masakan:

6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak.Rasa pun sedappp...!!!

6 bulan: Kita makan apa malam ini??

6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?

Memaafkan:

6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh?

6 bulan: Hati-hati la, nanti jatuh tuh..

6 tahun: Orang dah ckp byk kali pon tak paham!!

Baju baru:

6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu..

6 bulan: Lah... Beli baju baru lagi?

6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???

Merancang Holiday:

6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg U nak honey?

6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler... Senang sikit tak perlu naik flight...

6 tahun: JALAN-JALAN??? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!

TV:

6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini?

6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.

6 tahun: JANGAN TUKAR-TUKAR BOLE TAK..??

coke oh coke !!


salam

campur tgn israel dalam ekonomi Malaysia.dan org Malaysia support pembinaan kilang Coke kat Negeri Sembilan..

fikir lah bersama...

Saturday, November 6, 2010

jangan sekodeng sgt la haha


Raba
Dalam sebuah lif yang penuh sesak, Ita geram melihat suaminya kamil yang nampak riang kerana dihimpit oleh seorang wanita cantik dan seksi. Ketika lif sampai dibawah dan pintu terbuka, wanita seksi itu tiba-tiba menampar kamil. Sambil berjalan keluar dia berkata, "Jantan tak tahu malu, berani kau raba punggung aku. Rasakan!" kamil tercenggang melihat keadaan itu segera berkata kepada isterinya.
kamil: Sumpah yang.... abang tak raba pun punggung perempuan tu, percayalah...
Ita: Ya, saya percaya.
kamil: Terima kasih kerana percayakan abang. Tak pasal-pasal abang dapat penampar free. Tapi macamana sayang percaya abang tak lakukan?
Ita: Sebab saya yang raba punggung wanita tu!..

Wednesday, November 3, 2010

macam haram hahaha !!!


salam

try bace cite ni...ade kisah ni terjadi kat satu kampung..ade sorg budak ni name Karim. die ni anak yatim piatu..di sebabkn xde sesiapa nk jage die.so die tggl kat umah uncle die "Pak Abu" . even Karim ni da berumur 25 tahun. tapi die xreti2 bekerje..duk menganggur je kat umah uncle die..di sebabkn bapak Karim ni adik Pak Abu so tpkse la die mnangung budak Karim sorg ni..satu hari Pak Abu da xtahan sgt dgn Karim yg x bekerje ni..so die igt nk perli Karim dgn ajak bermain "Dam Haji"

Karim plak hebat bermain Dam Haji..so satu demi satu buah dam Pak Abu dimakan..
sampaikn Pak Abu bengang...

Pak Abu: kau ni Karim..main dam keje makan je..sket2 makan.sket makan. keje malas.mane xgemuk..

Karim terasa seolah2 dirinya diperli..dan sakit hati...so die pon ajak lawan sekali lagi..
kali ni die biarkn Pak abu makan buah2 damnye..

sengaje di biarkan saje pak abu makan satu demi satu buah dam nye..sampai la pak abu naik haji..

dengan bangga nya pak abu berkata "yes..tu la.kau tu lembap..tgk ak da naik haji..hahahahaha"

lantas karim terus bersuara

Karim: aik !!!! org xpnh sembahyang mcm Pak Abu pon boleh naik haji ka ????

wtf...hahaha..so yg terasa xsmbhyang tu paham2 jela k..salam

Monday, November 1, 2010

exam oh exam !!


salam

sekarang ni banyak betul kwn2 saya yg post kat blog die psl exam..biase la exam month kn. saya pon ade 3 paper berturut2 ni..adoyaii..pape pon kite try belajar dengan cara yg efektif. selepas exam.kita juz mampu berdoa n bertawakal je..semoga Allah SWT mmberkati usaha gigih kita selam ini..aminnnn....Gud Luck kengkawan =)