Pages

Thursday, December 23, 2010

senyum seindah suria


SALAM

Pagi tadi lepas subuh siap nk hantar ibu pg keje.sebelum sampai tmpt keje ibu singgah beli kuih n nasik lemak utk adik kat umah yg tgh lena tido..sampai kt gerai nasik lemak 2.muka peniaga tu masam jek..ade 2 org kat situ.. n dua2 masam..ade problem agaknye. tp pagi yang indah bermula dengan senyuman. kadang2 biar kite byk masalah pun, tp bile senyum rse cm kurang sket masalah tu..

ni ade 15 fakta menarik tentang senyum

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan ma

mpu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.





5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.





6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Justeru, tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.



8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa.
Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .






9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).



10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.




14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadipenawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

15. Pujangga menyebut :

"
Senyum itu kelopak. Ketawa itu bunga yang sempurna kembangnya". Jadi rakan taulan sekalian, jangan lupa untuk senyum, sekerat atau meleret tak kisah lah jangan senyum sinis dah lah tu tak baik tau dan kalau ketawa tu jangan keterlaluan plak cukup sekedar nya sahaja ok.

Sumber - majalah MIDI

Thursday, December 16, 2010

sahabat




salam

kawan baik adalah orang yang tiada kaitan dengan anda yang mengambil berat tentang anda, menyokong keputusan anda, sentiasa berada di kala sukar mahupun susah. dan kawan baik adalah seorang yang memahami anda. pernah kah anda memiliki sahabat baik ??

Rasulullah SAW sendiri memiliki sahabat dan kwn baik yang sanggup berjuang bersama baginda. kita tidak perlu mengharapkan sesuatu seperti sahabat baginda. kita tidak akan mampu tetapi cukuplah sekadar sahabat yang memahami,dan menyokong kita. honestly sepanjang hidup saya tidak pernah ada sahabat baik..tetapi sahabat yang sentiasa menyokong dan sahabat untuk mendegar masalah tu always ade..alhamdulillah...

pernah ada orang cakap yang sahabat ni seperti lilin yang membakar diri umtuk menerangi sahabat2nya yang lain. as long kita hidup sebagai manusia kita perlukan sahabat dan kawan.

tapi sahabat macam mane yg kita perlukan ??

we have to admit yang kawan memainkan peranan penting dalam kejayaan hidup seseorang. kalau sekiranya sejak kecil kita berkawan dengan perompak, pencuri, lame kelamaan kita juga akan mengikuti jejak langkah dorang biarpun pada awalnya kita xmahu berkelakuan sedemikian. sebab itu sejak kecil kita di ajar oleh ibu bapa kita supaya mencari sahabat yang baik, sebab itu ibu bapa kita akan bertnyakan kepada kita. dengan siapa kita keluar, dengan siapa kita bermain..namun pada saat itu kita terlalu kecil untuk mengerti apa yang dimaksudkan oleh kedua ibu bapa kita. dan yang ada dalam fikiran kita, ibu dan ayah hanya mengongkong kehidupan kita.



sebab itu kita harus mencari sahabat yang baik, sahabat yang memikirkan kebaikan untuk sahabatnya yang lain.apa yang amat dikesali apabila kita mempunyai sahabat dan kawan yang mudah lupa diri..ini bukanlah kritikan yang tidak berasas !!

ramai kawan2 saya mengadu perkara yang sama. bila sudah berjaya masuk ke universiti dah lupa sahabat di kampung. sedangkan rumah tidaklah begitu jauh sesama kawan. ada juga sahabat yang kononya sudah bekerja dan sentiasa sibuk. kita kena ingat bahawa rezeki yang Allah SWT beri itu bukan lah untuk dikejar kesemuanya...takkan habis rezeki kat muka bumi ni sampai dah lupa diri. kawan ajak berjumpa takde mase untuk membalas panggilan mahupun mesej..jangan nak bohong la xde masa nk reply mesej..kami pun pernah bekerja seperti anda..



bila susah baru lah ingat kawan2 lama.sebab nk pinjam duit or nk mintak tolong.xpe lah semoga mereka berubah menjadi kawan yg lebih baik begitu juga kepada diri saya dan semua pembaca di luar sana. untuk memiliki sahabat yang betul2 memahami diri kita..kita harus memahami sahabat kita. menerima perangai mereka. kadang kala sesetengan perangai itu memang sukar untuk dibuang..contoh ?? seperti kuat kentut..hehe..cakap besar or cakap xserupa bikin..bau badan busuk,kuat kentut n ade jugak yang cerita pasal perempuan je..n mcm2 la lg contoh..hehe tapi bila difikir2kan balik sempurna kah kita untuk menghukum mereka di atas perkara dan perangai buruk mereka.

ade orang mengatakan dalam berkawan ni jangan kita menghukum seseorang dengan perangai buruk mereka sahaja. fikirkan jugak perangai baik mereka dan saya pasti sesetengah tu banyak baik daripada buruk.selagi mampu ditegur kita tegur atas kebaikan bersama.semoga anda dan sahabat anda dalam kedaaan baik2 sahaja hendaknya..aminnn =)

Monday, December 13, 2010

jiran yg baik =)

salam

baru2 ni 1of my fren jemput g kenduri tahlil arwah ayah die. so lepas plan dgn kwn2 yg lain kami pun bertolak lepas isyak. sampai2 je kat rumah kwn sy ni..tahlil da start..so masuk umah duk kat penjuru umah tu n join bace same. dalam suara2 bacaan doa n tahlil 2 terdengar bunyi cam xberape sesuai je dgn tahlil tu.

tp xbape jelas. so bile teliti betol2 rupenye ade org pasang lagu..n dtgnye dari rumah sebelah. ai !! rumah sebelah wat kenduri tahlil, jiran sebelah pasang lagu kuat2.lagu genre dangdut ala2 poco-poco gak la..

heran kan..manusia skng ni..xde rase hormat, xde rase tanggungjawab. klu nk berpesta or ape pun tggu la next day ke..

Thursday, December 9, 2010

Some men...

because he thought it was good sport,

because some men aren't looking for anything logical

like money,

they cant be bought, bullied , reasoned,

or negotiated with,

because...

"SOME MEN JUST WANT TO WATCH THE WORLD BURN"

Tuesday, December 7, 2010

baca,faham dan fikir

Semenjak kalah dalam perang salib terakhir, iaitu dalam pemerintahan King entah apa nama ke 6 yang terakhir. Sebelum dia mati, dia telah berwasiat dan wasiatnya ada ditulis dengan emas di London . Dia berkata: 'Kepada semua pemimpim-pemimpin Kristian, kita hari ini telah melakukan kesilapan besar, kita berperang dengan tentera Islam dengan pedang, bukan berperang dengan akidah yang ada pada mereka. Sebab tu Islam menang walaupun 30 ribu tentera mereka dengan 300 ribu tentera kita, merekatetap menang sebab mereka (orang Islam) berperang kerana nak mati. Kita perang untuk hidup. Oleh itu, hendaklah kita tukar strategi. Melancarkan peperangan ideologi, fahaman dan budaya keatas orang Islam.'

Wasiatnya berjaya dilaksanakan setelah King tu mati, 1492, kerajaan Islam Andalusia yang paling agung pada masa itu tumbang di tangan Kristian. 1511 kerajaan Islam Melaka tumbang, tak lama lepas tu, tumbang kerajaan Islam Pattani . Tak lama selepas tu, tumbang kerajaan Islam Kedah . Tak lama lepas tu,tumbang kerajaan Islam Mindanao ..Lepas tu kerajaan Islam Acheh ... semuanya satu demi satu..



Macamana benda ni boleh terjadi?

Sebab gerakan Kristian berdasarkan kepada 3G. GOSPEL,GOAL, GLORY . Pertama kitab dia, kedua kekayaan kita, ketiga menang terhadap Islam. Kalau kita tengok sejarah, Alfonso De Albuqueque bukan datang ke Tanah Melayu bawa tukang masak sebab nak rempah kari kita. Dia bukan makan kari, di a datang bawa mubaligh Kristian Francis Xavier (kalau saya tak silap eja), sebab nak sebarkan ajaran Kristian.

Bagaimana cara dia sebarkan Kristian nih?

Orang kita panggil, gerakan halus.Dia panggil semua mubaligh Kristian yang nak datang ke Asia ni. Dia guna kaedah 'garam dan ragi'. Garam sebagai perasa, ragi untuk penapaian. Contohnya ubi kayu. Waktu siang asalnya ubi kayu kita letak ragi, esoknya masih lagi bentuk ubi kayu tapi sebenarnya tapai. maksudnya, dia kekalkan orang Melayu dengan identiti Islam. Hakikatnyakehidupan kita bukan cara Islam lagi . Cara inilah yang Rasulullah SAW kata macam kepingan hitam di malam gelita. Inilah yang Imam Ghazali kata macam semut hitam atas batu hitam di malam gelita tu.

Pertama, melalui sistem pendidikan. Di Malaysia, macam-macam sekolah dengan nama mubaligh Kristian. Convent itu, Saint ini. Menurut satu petikan seorang mubaligh Kristian pada masa itu yang ditulis semula oleh George Peters dalam sebuah buku tahun 40an. Kepada mubaligh-mubaligh Kristian yang nak datang ke negara kita, berkaitan pendekatan garam dan ragi'. Pendekatan seperti ini tidak memerlukan seorang Muslim Melayu berkenaan meninggalkan system kemasyarakatan yang dituntut oleh agamanya. Sebaliknya orang tersebut hendaklah digalakkan terus tinggal dalam masyarakatnya. Justeru itu, ragi tetap ujud dalam keutuhannya. Dia akan menjadi bagaikan sebuah lampu (Kristian) yang diletakkan dalam gelap. Penyebaran agama Kristian nanti akan terserlah dalam sifat kerohanian, bukannya organisasi. Dirasa kesegarannya, bukan bersikap kalam. Dinamik dan etikal, bukan bersifat formalistik.



Pendekatan begini telah memperlihatkan kebaikannya. Lantaran ia tidak menganjurkan ahli Melayu tadi menjadi ahli baru Kristian yang formal, menyendiri terpisah dari masyarakatnya. Sebaliknya ia memberi laluan agar dapat dimasukkan semangat dan ajaran Jesus bagaikan sebutir ragi yang bertindak dengan proses penapaiannya ke atas seluruh masyarakat Melayu seluruhnya.

Ajaran Kristian akan bertindak melahirkan revolusi , justeru itu nanti,dapatlah dikatakan bahawa kita nanti akan memperolehi satu Kristian muslim Melayu tempatan yang mencerminkan Kristian muslim Melayu sejati.. 'Sebenarnya dia ingin. Akan datang suatu masa nanti, orang Melayu sendiri tanpa dipaksa-paksa akan buat revolusi untuk menjadi Kristian. Cara kebajikan pulak... Hari ni sapa tak kenal kelab rotary yang cuci buah pinggang,kelab lion, bulan sabit merah, Saint John's Ambulans, sapa tak kenal palang merah. Mereka masuk dengan cara menghidupkan sekularisme. Sekularisma adalah satu cara mengasingkan agama daripada kehidupan. Itulah kita hari ni mengasingkan Islam daripada kehidupan dunia. Cara lain adalah dengan menghidupkan maksiat. Kita kena ambil tindakan samada dengan tangan, dengan mulut, atau paling lemah sekali, dengan hati.

Bangun malam buat sembahyang hajat agar kita semua diselamatkan dari fitnah besar ini. Paling kurang pun, fowardkan artikel ni kepada saudara kita yang lain yang tak tahu menahu tu. Kita kena peka. Ini semua tanggung jawab kita semua.

ujian untuk kamu semua !!


Salam

Ape khabar semua pembaca sekalian..harap2 anda sekeluarga sihat2 belaka hendaknya.. apa yg hendak sy cerita kn ini sudah pasti anda tahu dan pernah baca ketika kecil.cerita yg amt menarik,tetapi apa yg ingin saya perkatakn adalah moral value dlm cerita ini.

Ada tiga lelaki Bani Israel sudah lama menghidap penyakit sopak,buta dan botak. Allah SWT mahu mguji mereka dgn mengutuskan malaikat menyerupai seorang manusia kepada mereka. Malaikat itu pun bertemu dgn lelaki pertama yg berpenyakit sopak lalu berkata “apakah yg plg kamu suka ?” jawab lelaki itu “saya suka kulit cantik dan bersih, saya suka sekiranya sekiranya penyakit sopak yg menjijikkan ini sembuh” . Lalu malaikat menyapu kulit lelaki tersebut dan terus sembuh serta merta. Kulit yg hodoh menjadi cantik dan sungguh bersih.malaikat bertanya lg. “apakah yg paling kamu suka ?” lalu lelaki tersebut menjawab “unta” lalu seekor unta yg sedang bunting diberikan kepadanya. Lalu malaikat tersebut berkata “semoga Allah SWT memberkatimu pada lembu ini”

Selepas itu malaikat bertemu pula dgn lelaki yg botal dan bertanya “apakah yg paling kamu suka” dan lelaki botak tersebut berkata “rambut yg cantik,saya amat suka sekiranya rambut yg gugur ini sembuh” . malaikat menyapu kepala lelaki itu dan penyakitnya sembuh serta merta dan rambutnya tumbuh cantik dan lebat. Malaikat bertanya lg “apakah harta yg paling kamu suka?” lelaki itu pun berkata”lembu” lalu seekor lembu yg bunting di berikan kepadanya dan berkata “semoga Allah SWT memberkati anda pada lembu ini”

Selepas itu malaikat tersebut berjumpa lelaki ke-3 yg botak dan bertanya apakah yg paling disukai? Lalu jawapnya “saya suka sekiranya Allah mengembalikan penglihatan saya dan saya dapat melihat manusia dan alam ini!” lalu Allah menegembalikan penglihatan lelaki itu.malaikat bertanya lg apakah harta yg plg disukainya ? jawapnya: “kambing” lalu 2 ekor kambing, jantan dan betina diberikan kepadanya.kemudian kambing betina itu melahirkn anak dan terus membiak.

Lelaki pertama mmpunyai satu lembah yg dipenuhi unta, lelaki ke2 mmpunyai satu lembah yg dipenuhi lembu dan lelaki ke3 mmpunyai satu lembah dipenuhi kambing. Yg semuanya tidak terkira byknya.

Setelah sekian lama, malaikat td diutuskn Allah SWT utk berjumpa lelaki2 tersebut . semasa bertemu lelaki pertama malaikat itu menyerupai seorang yg berpenyakit sopak. Lalu malaikat berkata “bekalan saya sudah habis bg meneruskan perjalanan. Saya tiada tempat meminta pertolongan selain Allah SWT utk meneruskan perjalanan utk sampai ke tempat yg dituju. Demi tuhan yg telah mgurniakn kpd tuan kulit yg cantik dan bersih serta harta, saya perlukan seekor unta!”


Lalu lelaki itu berkata “saya mmpunyai tggungan yg byk. Saya tidak memiliki harta yg lebih” lalu malaikat berkata bukankah kamu dahulu mnghidap penyakit sopak dan di pandang kotor oleh masyarakat ? bukankah dahulu kamu fakir, lalu Allah SWT mngurniakan harta yg byk dgn satu lembah unta.”

Lalu lelaki itu berkata “saya mewarisi semua harta ini dr ayah dan datuk saya” malaikat itu berkata lg “apabila kamu berbohong Allah SWT akan mgembalikan kamu ke keadaan asal kamu.”

Kemudian malaikat bertemu dgn lelaki ke2 yg pernah ditimpa pnyakit botak. Malaikat menyerupai seorang botak.malaikat itu meminta sebagaimana seekor lembu . lelaki itu juga menjawap ia mewarisi semua kekayaan beliau dr nenek moyangnya. Dan malaikat mmberikan amaran atas kebohongan lelaki tersebut.

Seterusnya malaikat bertemu lelaki ke3 yg dahulunya buta.dan malaikat dtg dan mnyerupai seorang lelaki yg buta. Dan berkata “saya ini seorang miskin dan dalam perjalanan. Demi tuhan yg telah mngembalikan penglihatan tuan, saya perlukan seekor kambing!” lalu lelaki tersebut menjawap “benar dahulu saya seorang buta, lalu Allah telah memberikan kembali penglihatan saya.terpulanglah kepada tuan hamba,ambillah sebyk mana yg tuan hamba mahu . demi Allah,saya tidak akn menuntut kembali apa yg telah tuan hamba ambil.saya lakukan ini kerana Allah SWT.

Lalu malaikat itu berkata, “jagalah semua harta kamu dan segala ternakan kamu ini.sebenarnya kamu semua sedang diuji oleh Allah SWT dgn segala kenikmatan dunia ini.sesungguhnya Allah SWT meredhai kamu sekiranya kamu redha dgn Allah SWT. Sebaliknya Allah SWT amat murka dan melaknat kedua2 sahabat kamu itu kerana tidak bersyukur dgn nikmat Allah SWT.

Dari kisah di atas kita dpt pgjaran bahawa hidup kita ini sentiasa penuh dgn ujian.adakah kita redha dgn segala apa yg kita miliki ? sudah ada rumah teres mahukan pula rumah banglo, sudah ada moto kapcai mahukan pula moto superbike. Kita masih belum bersyukur dgn apa yg kita miliki sekirany diri di kawal nafsu..segala perigatan utk semua trmasuk diri saya sendiri…semoga kita mnjadi hamba Allah yg bersyukur dan tidak kufur dgn kenikmatan duniawi.


Thursday, December 2, 2010

fakta merokok !!


salam

kepada sahabat2 saya yg meroko di luar sane..here some fact bout smoking..

  • lebih 10 000 kematian di Malaysia setiap tahun di rekodkan berpunca dari merokok. dan bilangan jumlah ini melebihi mereke yang mati akibat AIDS saban tahun.
  • Malaysia di anggarkan rugi sebanyak RM20 bilion setahun hanya kerana menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti pesakit akibat merokok dan menghidu asap rokok.
  • rokok jugak menyumbang 25% kes kebakaran di dunia
  • bahan kimia dlm asap rokok merangsang salur pernafasan dan menyebabkan asma.
  • karbon monoksida dlm rokok mengurangkan oksigen dalam dlm darah dan menyebabkan sakit jantung.
  • sekiranya seseorg merokok lebih 20 btg rokok sehari di RUMAH , maka risiko ahli family yg lain utk mndapat kanser 2x ganda .
  • kemujaraban dan keberkesanan sesuatu ubat merawat sesuatu penyakit berkurangan sekiranya seseorang itu menghisap rokok.
byk lg fact2 psl rokok anda boleh bace di mjlah dan internet.sy hrp anda yg merokok berhenti la beransur2..Islam melarang kita merosakan ciptaan Allah swt itu sendiri (tubuh kita) dan Islam juga melarang kita membunuh diri..dan merokok adalah langkah pertama membunuh diri anda..

Wednesday, December 1, 2010

jodoh


salam

jodoh ni satu perkara yg subjektif. sbg khalifah atas muka bumi Allah SWT ni..kita xmampu memilih siapa jodoh kita sekiranya tidak deberi peluang oleh Allah SWT..dan apa yg saya harap sekiranya anda belum memiliki calon utk di jadikan jodoh. cari lah yg beriman. beriman yg mcm mana x bermaksud yg solatnya 24jam shj. maksud saya beriman dr segi agama. ckup solat nyA. mampu membimbing ke arah kebahagiann bg lelaki dan mampu meceriakan dan mententeramkn suami mereka bagi wanita. saya bukan lah doktor cinta utk berbicara pjg lepar tentang cinta dan rumah tangga. apa yg saya terangkan adalah rumah tangga dari sudut Islam

kepada wanita di luar sana . jgn lah mengharap Prince Charming anda akn dtg melutut sambil mnghulur sejambak bunga utk anda, mahupun mencari2 Mr.Right .. Mr Almost right pon da kira ok la..nobody perfect in this world kn. yg plg penting bukan lah paras rupa dan harta. tetapi beriman,berpendidikan dan beriman.

ini juga pedoman dan nasihat buat diri saya sendiri dan anda di luar sane..semoga kita tidak jadi seperti kisah di bawah ini..

ayat2 ketika berkahwin

teruna:akhirnya inilah saat yg aku tunggu selama ini..
dara: adakah engkau rela sekiranya aku pergi ?

teruna:tentu tidak..jgn sekali engkau berfikir begitu !!
dara: adakah engkau mncintaiku ??

teruna: sudah tentu..selamya akan tetap begitu..
dara:adakah engkau pernah curang kpd ku ?

teruna :tidak..ak tidak akan melakukan hal seburuk itu
dara:mahukah engkau menciumku ?

teruna: ya
dara: sayangku !!

selepas 20thun berkahwin baca dari bawah ke atas..