Pages

Thursday, December 16, 2010

sahabat




salam

kawan baik adalah orang yang tiada kaitan dengan anda yang mengambil berat tentang anda, menyokong keputusan anda, sentiasa berada di kala sukar mahupun susah. dan kawan baik adalah seorang yang memahami anda. pernah kah anda memiliki sahabat baik ??

Rasulullah SAW sendiri memiliki sahabat dan kwn baik yang sanggup berjuang bersama baginda. kita tidak perlu mengharapkan sesuatu seperti sahabat baginda. kita tidak akan mampu tetapi cukuplah sekadar sahabat yang memahami,dan menyokong kita. honestly sepanjang hidup saya tidak pernah ada sahabat baik..tetapi sahabat yang sentiasa menyokong dan sahabat untuk mendegar masalah tu always ade..alhamdulillah...

pernah ada orang cakap yang sahabat ni seperti lilin yang membakar diri umtuk menerangi sahabat2nya yang lain. as long kita hidup sebagai manusia kita perlukan sahabat dan kawan.

tapi sahabat macam mane yg kita perlukan ??

we have to admit yang kawan memainkan peranan penting dalam kejayaan hidup seseorang. kalau sekiranya sejak kecil kita berkawan dengan perompak, pencuri, lame kelamaan kita juga akan mengikuti jejak langkah dorang biarpun pada awalnya kita xmahu berkelakuan sedemikian. sebab itu sejak kecil kita di ajar oleh ibu bapa kita supaya mencari sahabat yang baik, sebab itu ibu bapa kita akan bertnyakan kepada kita. dengan siapa kita keluar, dengan siapa kita bermain..namun pada saat itu kita terlalu kecil untuk mengerti apa yang dimaksudkan oleh kedua ibu bapa kita. dan yang ada dalam fikiran kita, ibu dan ayah hanya mengongkong kehidupan kita.



sebab itu kita harus mencari sahabat yang baik, sahabat yang memikirkan kebaikan untuk sahabatnya yang lain.apa yang amat dikesali apabila kita mempunyai sahabat dan kawan yang mudah lupa diri..ini bukanlah kritikan yang tidak berasas !!

ramai kawan2 saya mengadu perkara yang sama. bila sudah berjaya masuk ke universiti dah lupa sahabat di kampung. sedangkan rumah tidaklah begitu jauh sesama kawan. ada juga sahabat yang kononya sudah bekerja dan sentiasa sibuk. kita kena ingat bahawa rezeki yang Allah SWT beri itu bukan lah untuk dikejar kesemuanya...takkan habis rezeki kat muka bumi ni sampai dah lupa diri. kawan ajak berjumpa takde mase untuk membalas panggilan mahupun mesej..jangan nak bohong la xde masa nk reply mesej..kami pun pernah bekerja seperti anda..



bila susah baru lah ingat kawan2 lama.sebab nk pinjam duit or nk mintak tolong.xpe lah semoga mereka berubah menjadi kawan yg lebih baik begitu juga kepada diri saya dan semua pembaca di luar sana. untuk memiliki sahabat yang betul2 memahami diri kita..kita harus memahami sahabat kita. menerima perangai mereka. kadang kala sesetengan perangai itu memang sukar untuk dibuang..contoh ?? seperti kuat kentut..hehe..cakap besar or cakap xserupa bikin..bau badan busuk,kuat kentut n ade jugak yang cerita pasal perempuan je..n mcm2 la lg contoh..hehe tapi bila difikir2kan balik sempurna kah kita untuk menghukum mereka di atas perkara dan perangai buruk mereka.

ade orang mengatakan dalam berkawan ni jangan kita menghukum seseorang dengan perangai buruk mereka sahaja. fikirkan jugak perangai baik mereka dan saya pasti sesetengah tu banyak baik daripada buruk.selagi mampu ditegur kita tegur atas kebaikan bersama.semoga anda dan sahabat anda dalam kedaaan baik2 sahaja hendaknya..aminnn =)

5 comments:

  1. i like part susah baru carik kawan..hahaha

    ReplyDelete
  2. haha..weh..ko tulis jgk pasal dajjal kn haha..style dowh

    ReplyDelete
  3. aq sgt b'syukur sbb sejauh dan setinggi mne pon belajar, sahabat dari kecil tetap no.1... ssh sng bersama. saling menegur bila buat silap, bkn menjaja perihal org sane sini. Alhamdulillah~

    p/s: plan bercuti bersama sahabat! 3 yrs from now. yippeeeee~

    ReplyDelete
  4. seminggu nk tulis tu..bape kali save dlm draft da..ahaha
    dapat semngat dari citer ko dlam bas..

    ReplyDelete
  5. hurm setuju bab pinjam duit...erhh kawan aku pinjam duit .Mintak bayar balik liyat..nk ugut or ckp bukan2 x sampai hati..dia kawan kita.n dia pun bukan orang senang..tapi setidak tidaknya sebagai kawan cubalah uasaha nak bayar balik...aku pun nak pakai duit.macam ditipu oleh kawan tapi dalm diri kita rasa kesian yang amat......someone help me.

    ReplyDelete