Pages

Tuesday, December 7, 2010

ujian untuk kamu semua !!


Salam

Ape khabar semua pembaca sekalian..harap2 anda sekeluarga sihat2 belaka hendaknya.. apa yg hendak sy cerita kn ini sudah pasti anda tahu dan pernah baca ketika kecil.cerita yg amt menarik,tetapi apa yg ingin saya perkatakn adalah moral value dlm cerita ini.

Ada tiga lelaki Bani Israel sudah lama menghidap penyakit sopak,buta dan botak. Allah SWT mahu mguji mereka dgn mengutuskan malaikat menyerupai seorang manusia kepada mereka. Malaikat itu pun bertemu dgn lelaki pertama yg berpenyakit sopak lalu berkata “apakah yg plg kamu suka ?” jawab lelaki itu “saya suka kulit cantik dan bersih, saya suka sekiranya sekiranya penyakit sopak yg menjijikkan ini sembuh” . Lalu malaikat menyapu kulit lelaki tersebut dan terus sembuh serta merta. Kulit yg hodoh menjadi cantik dan sungguh bersih.malaikat bertanya lg. “apakah yg paling kamu suka ?” lalu lelaki tersebut menjawab “unta” lalu seekor unta yg sedang bunting diberikan kepadanya. Lalu malaikat tersebut berkata “semoga Allah SWT memberkatimu pada lembu ini”

Selepas itu malaikat bertemu pula dgn lelaki yg botal dan bertanya “apakah yg paling kamu suka” dan lelaki botak tersebut berkata “rambut yg cantik,saya amat suka sekiranya rambut yg gugur ini sembuh” . malaikat menyapu kepala lelaki itu dan penyakitnya sembuh serta merta dan rambutnya tumbuh cantik dan lebat. Malaikat bertanya lg “apakah harta yg paling kamu suka?” lelaki itu pun berkata”lembu” lalu seekor lembu yg bunting di berikan kepadanya dan berkata “semoga Allah SWT memberkati anda pada lembu ini”

Selepas itu malaikat tersebut berjumpa lelaki ke-3 yg botak dan bertanya apakah yg paling disukai? Lalu jawapnya “saya suka sekiranya Allah mengembalikan penglihatan saya dan saya dapat melihat manusia dan alam ini!” lalu Allah menegembalikan penglihatan lelaki itu.malaikat bertanya lg apakah harta yg plg disukainya ? jawapnya: “kambing” lalu 2 ekor kambing, jantan dan betina diberikan kepadanya.kemudian kambing betina itu melahirkn anak dan terus membiak.

Lelaki pertama mmpunyai satu lembah yg dipenuhi unta, lelaki ke2 mmpunyai satu lembah yg dipenuhi lembu dan lelaki ke3 mmpunyai satu lembah dipenuhi kambing. Yg semuanya tidak terkira byknya.

Setelah sekian lama, malaikat td diutuskn Allah SWT utk berjumpa lelaki2 tersebut . semasa bertemu lelaki pertama malaikat itu menyerupai seorang yg berpenyakit sopak. Lalu malaikat berkata “bekalan saya sudah habis bg meneruskan perjalanan. Saya tiada tempat meminta pertolongan selain Allah SWT utk meneruskan perjalanan utk sampai ke tempat yg dituju. Demi tuhan yg telah mgurniakn kpd tuan kulit yg cantik dan bersih serta harta, saya perlukan seekor unta!”


Lalu lelaki itu berkata “saya mmpunyai tggungan yg byk. Saya tidak memiliki harta yg lebih” lalu malaikat berkata bukankah kamu dahulu mnghidap penyakit sopak dan di pandang kotor oleh masyarakat ? bukankah dahulu kamu fakir, lalu Allah SWT mngurniakan harta yg byk dgn satu lembah unta.”

Lalu lelaki itu berkata “saya mewarisi semua harta ini dr ayah dan datuk saya” malaikat itu berkata lg “apabila kamu berbohong Allah SWT akan mgembalikan kamu ke keadaan asal kamu.”

Kemudian malaikat bertemu dgn lelaki ke2 yg pernah ditimpa pnyakit botak. Malaikat menyerupai seorang botak.malaikat itu meminta sebagaimana seekor lembu . lelaki itu juga menjawap ia mewarisi semua kekayaan beliau dr nenek moyangnya. Dan malaikat mmberikan amaran atas kebohongan lelaki tersebut.

Seterusnya malaikat bertemu lelaki ke3 yg dahulunya buta.dan malaikat dtg dan mnyerupai seorang lelaki yg buta. Dan berkata “saya ini seorang miskin dan dalam perjalanan. Demi tuhan yg telah mngembalikan penglihatan tuan, saya perlukan seekor kambing!” lalu lelaki tersebut menjawap “benar dahulu saya seorang buta, lalu Allah telah memberikan kembali penglihatan saya.terpulanglah kepada tuan hamba,ambillah sebyk mana yg tuan hamba mahu . demi Allah,saya tidak akn menuntut kembali apa yg telah tuan hamba ambil.saya lakukan ini kerana Allah SWT.

Lalu malaikat itu berkata, “jagalah semua harta kamu dan segala ternakan kamu ini.sebenarnya kamu semua sedang diuji oleh Allah SWT dgn segala kenikmatan dunia ini.sesungguhnya Allah SWT meredhai kamu sekiranya kamu redha dgn Allah SWT. Sebaliknya Allah SWT amat murka dan melaknat kedua2 sahabat kamu itu kerana tidak bersyukur dgn nikmat Allah SWT.

Dari kisah di atas kita dpt pgjaran bahawa hidup kita ini sentiasa penuh dgn ujian.adakah kita redha dgn segala apa yg kita miliki ? sudah ada rumah teres mahukan pula rumah banglo, sudah ada moto kapcai mahukan pula moto superbike. Kita masih belum bersyukur dgn apa yg kita miliki sekirany diri di kawal nafsu..segala perigatan utk semua trmasuk diri saya sendiri…semoga kita mnjadi hamba Allah yg bersyukur dan tidak kufur dgn kenikmatan duniawi.


No comments:

Post a Comment