Pages

Friday, January 28, 2011

khatam Al-Quran dalam masa 2-3minit !!!

salam

ape khabar saudara saudari yg dirahmati Allah SWT sekalian..terima kasih kerana masih membace coretan saye ini..mesti ramai dikalangan kita berasa hairan dengan tajuk post kali ini..ini adalah benar. tiada yg mustahil didalam dunia ini..

kisah ini saye ketahui dari salah satu ceramah/kuliah yg saye dengari di surau jumaat berhampiran rumah saye..alhamdulillah.dari kuliah tersebut banyak info yg kita ketahui dari ceramah tersebut..



Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya…Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangkamasa dua-tiga minit?? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu cepat.

Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu)tidak tahu apa yang dikatakannya itu.Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.



Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.

Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juzuk kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 juzuk Al-Quran

Nota: Jika sekiranya sahabat2 ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW ‘Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat’.

Sesungguhnya apabila matinya seseorang anakAdam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

1) Sedekah/amal jariahnya

2) Doa anak-anaknya yang soleh

3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Monday, January 24, 2011

penapis air membahayakan kesihatan


salam

dalam usaha kononnya mahu mendapatkan kesihatan yg lebih sihat tapi bertukar sebaliknya.bayangkanlah dengan harga mnyelanggaraan yg mahal lg..FYI penapis air kene selalu selenggara..if xbuat demikian akan mendatangkan mudarat kepada pengguna kerana air yg keluar dari penapis yg tidak deselenggara dengan betul ini tidak bersih dan tidak menepati piawaian dari Kementerian Kesihatan..sekarang ni almost setiap rumah dibandar2 kat Malaysia pakai penapis air ni..huhu..berhati2 la semua k..:)


sekadar gambar hiasan
sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia,Kosmo

maaf dan meminta kemaafan !




salam

sebut pasal mintak maaf mesti ingat raya kn ?? tu adalah salah satu urf ataupun custom dalam masyarakat Melayu..bagi sesetengah orang ni termasuk la penulis blog ni pun,meminta maaf merupakan satu proses yg agak memalukan,kurang senang dan atas sebab ego tidak mahu meminta maaf.

meminta maaf bagi kita juz time raya aidilfitri je..kalau la time zulkaedah dah buat salah or dosa dgn parents kita.xkan nk kene tunggu 11 bulan lg untuk mintak maaf kn..tadi time dalam kelas Philosophy of Islamic Banking, lecturer Encik Effuendy Pforten share something yg agak best and ade kaitan dgn kes maaf memaafi nih..


setelah selesai solat Rasulullah dan para sahabat duduk bersama dan Rasulullah bersabda akan datang seorang lelaki yg mana ahli syurga.jadi para sahabat pun menuggu ketibaan lelaki tersebut..dan apabila lelaki yg dimaksudkan ini tiba. para sahabat merasa hairan kerana lelaki ini tidak menunjukkan apa2 kehebatan mahupun luarbiasa..

lalu pada suatu hari Ibn Umar telah dtg ke rumah lelaki tersebut lalu menyatakan hasrat untuk menjadi tetamu rumah lelaki tesebut..didalam Islam kita harus menerima tetamu sekurang2nya 3hari..tujuan Ibn Umar datang ke rumah lelaki tersebut adalah untuk mencari jawapan kepada persoalan tentang lelaki tersebut.




pada hari pertama: lelaki tersebut masuk tidur awal..dan lelaki tersebut hanya bangkit pada waktu subuh..tiada tanda2 lelaki tersebut bangun pada lewat untuk solat dan tahajut.

pada hari kedua dan ketiga juga begitu juga..lelaki tersebut masuk tidur awal dan hanya bangkit sebelum subuh..lalu pada hari ketiga sebelum Ibn Umar mahu keluar dari rumah lelaki tersebut Ibn Umar akhirnya bertanya kepada lelaki tersebut, bagaimana dan apa yg lelaki tersebut lakukan dan amalan sehinggakan baginda Rasulullah SAW mngatakan bahawa lelaki tersebut dijamin syurga..

namun sebaliknya lelaki tersebut yang merasa hairan..dia sendiri tidak mengetahui apakah amalannya sehingga dijamin syurga oleh baginda Rasulullah SAW..lalu lelaki tersebut akhirnya memberitahu "sekiranya ada pun amalanku itu adalah kerana setiap hari sebelum aku tidur aku akan memaafkan semua manusia yg pernah melakukan kesalahan terhadapku"




ketika saye mendengar sejarah ini daripada lecturer saye, terasa begitu hina diri ini..dah berapa org yg kita block kat fb kita, dah bape orang yg kite putuskan persahabatan, dan berapa org yg kita masih dendam..memang sukar untuk memaafkan seseorang..namun hakikatnya terselindung ganjaran disebalik semua kemaafan tersebut

segala yg baik datangnya dari tuhan sekalian alam Allah SWT dan segala kekurangan dtg dari kelemahan diri saya sendiri.semoga kehidupan kita bertambah tenteram dalam sinar kemaafan..Insyallah :)

Sunday, January 23, 2011

The first environmentally friendly city !!

salam

mcm gempak je bunyi bandar ni..baru bace paper kosmo pg td..ade artikel tentang bandar ni kat ruangan dunia.. agak menarik perhatian dalam usaha membangunkan dunia ni ade jugak manusia2 kt luar sane yg still concern bout the environment stuff cmni kn..ok kat cni saye mau cite serba sedikit tentang bandar ni..




dari research2 yg saye buat berdasarkn website2 yg mnjadi sumber saye td..bandar ni terletak Emiriyah Arab Bersatu (UAE) di mana Pentadbiran bandar Abu Dhabi telah berusaha keras dalam memajukan bandar yg diberi nama "Masdar City" projek bandar ni telah bermula since 2006 and still dalam construction process. Bandar ini juga mampu memuatkan 40,000 penduduk dalam satu2 masa.



Bandar yg dibina di pinggir Abu Dhabi ini dikatakan mesra alam kerana byk faktor. antara faktor utama yg menjadikan bandar ini mesra alam adalah kerana bandar ini tidak mengeluarkan gas karbon..dan dijangkakan bandar ini akan menjadi role models untuk menjadi ikutan negara2 lain untuk membangunkan bandar2 mesra alam.




bandar ini telah pun dihuni sejak oktober 2010 oleh sekumpulan pelajar seramai 175org dimana mereka bersama2 membangunkan projek Masdar ini.Buat masa sekarang, apa yg ada hanya kampus institut pengajian yang meliputi satu kluster bangunan dengan bumbungnya dipenuhi dengan panel solar serta sebuah ladang yang memperoleh tenaga solar. bagus jugak la kn..kat Malaysia ade dah sesetengah pemaju perumahan yg gune sistem solar ni..diharap pada masa akan dtg lebih ramai pemaju menggunakan sistem solar sebagai sumber elektrik.Dijangkakan Sebuah kereta tanpa pemandu yang dikendalikan sistem navigasi canggih turut digunakan di kampus dan bandar ini nanti





Menurut Pengarah Masdar Power, Frank Wouters. mereka memiliki sistem fotovolta berkuasa 10 megawatt di tapak yang mampu menjana banyak kuasa elektrik yang perlu disalurkan menerusi grid..ish3 daisyat gak la..bandar ini juga atas kerjasama pihak2 luar UAE seperti syarikat Total dari Perancis dan Abengo Sepanyol. dimana semua syarikat ini memberikan idea dalam pembangunan bandar mesra alam ini dan dalam usaha membangunkan loji kuasa solar berkapasiti 100 megawatt.projek ini menelan belanja hampir 2billion ringgit Malaysia.. belanja yg banyak sebegini mampu ditanggung oleh Abu Dhabi kerana negara arab tersebut antara negara Arab yang memiliki simpanan minyak paling banyak di dunia.



usaha Abu Dhabi ini amat2 lah bagus..ini bukan sahaja membuatkan bandar ini menjadi tarikan pelamcong2 asing malah turut menghargai dan menitikberatkan isu2 alam sekitar.semoga lebih banyak negara2 kaya mencontohi usaha mereka ini..:)

sumber:kosmo,http://www.menainfra.com/news/masdar-city-carbon-neutral-/,http://www.engadget.com/2009/02/04/masdar-citys-driverless-podcars-are-more-shuttle-than-johnny-ca/

ini negara kami atau bukan ?


salam

sekarang ni rase heran la. mane2 tempat saye pergi sure terserempak dengan mamat bangla,nepal,vietnam lg2 indon.. ni adalah situasi yg kita hadapi 3 or 4 tahun yg lepas. tapi hari ni kalu kita keluar rumah jek bukan setakat bangla or indon, tp mat negro pon dah bersepah2 kat merata2 siap kendong mcm2 barang kt tgn dorg utk dijaja..

ada bwk jam,wallet n mcm2 lg la..bila kite tanye ape pasal dtg Malaysia, jawapan yg same je dorg bgtau kite.."im student from !#$@$! college" i need money for my studies..entah betul or tidak 2 xsure la...tp bukan tu yg nk dijadikan cerita..cerita or isu kat sini adalah keberSEPAHan foreigner2 xsah ni kat negara kita.

kadang2 pegi KL time weekend lebih DORANG dari kita..tu ade my kazen la cite..die engineer kat johor yg mne complain sbb sometime weekend pon die kene keje.. " geram la..weekend pon keje.mat bangla pon dapat pg KLCC weekend2" tu pon da menunjukkan yg bertapa ramai org asing dalam negara kita ni..




keberSEPAHan warga foreigner ni ade pro n conz die..standard la kn...dari sudut +ve mmg bagus la..dorg ni membanting tulang 4kerat memajukn negara kita dalam mcm2 sektor..agriculture, manufacture n mcm2 lg la..tp dari sudut -ve nye percent jenayah kat negara kita da mula meningkat..anak remaja kita da malas nk bekerja, bukan nk salahkan dorg jgk.kite same2 pikir nk ke keje ?? same2 kuli kat kilang if sume kuli tu bangla..rase cm bangla la anak Malaysia tu..yelah..mane xnye..ckp negara sendiri n kwn2 keje sume bangla,nepal yg mana lebih ramai kuantiti dari rakyat Malaysia..



ade tu mamat foreigner xsah ni yg bercinta dengan wanita cni n bawak balik negara dorg, kesian la ckit kat wanita negara ni..sume ni bukannye perkara yg baru dalam negara kita..dah beratus remaja perempuan kita yg dilarikan lelaki dari Lombok.. n mamat negro ni pulak bz kikis duit mak datin kat Malaysia ni..

hopefully negara kita mampu maju tanpa campur tgn foreigner xsah ni..sekian :)

sumber gambar: kosmo online

Friday, January 21, 2011

wujudkah syarat untuk berdakwah !!


salam

ape khabar semua..saye ingin bertanyakan soalan kepada anda semua..wujudkah syarat mahupun kriteria untuk seseorang menyampaikan dakwah..terutama dalam sudut berpakaian..sebelum saye mengulas dengan lebih lanjut. izinkan saye meminta maaf. saye tiada apa2 kuasa untuk menghurai tentang apa2 hukum di dalam agama islam..

saye cuma manusia jerdil yg hanya mahu berkongsi ilmu Allah SWT yg maha luas ini untuk kongsian bersama.. dengan cara menulis blog ini saye dpat meluahkan segala isi hati yg terpendam di dalam hati ini..

perlukah manusia yg ingin menyampaikan nasihat dan dakwah mesti memakai jubah dan serban,adakah mesti bergelar ustaz, sedang kan di dalam Islam dakwah adalah amat digalak.
agak terasa bila usaha kita melakukan kebaikan disalaherti..

sedangkan Rasulullah SAW bersabar sekiranya dibaling dgn najis mahupun batu ketika usaha menyampaikan dakwah..insyallah saye tetap berusaha biar sekalipun dicemuh :)

Thursday, January 20, 2011

medicine in the Quran

salam

ape khabar semua..post ni nk cite psl penyakit2 and its cure. mesti semua penah dgr "setiap penyakit ade ubatnya" saye sure ramai yg penah dgr ayat ni..and saye ade satu cerite yg i think dapat support statement td..

pada suatu malam, Imam Abi al-Qasim bermimpi berjumpa Rasulullah SAW lalu mengadu kepada baginda mengenai penyakit yg dihidapi anak lelakinya. dia sudah puas berikhtiar tetapi penyakit anak lelakinya tidak juga sembuh. Rasulullah SAW lalu bersabda kepadanya "apakah kamu tidak pernah membaca ayat-ayat yg menjadi penawar penyakit di dalam Al-Quranul Karim?"

sebaik Rasulullah bertanya soalan itu , Abi al-Qasim terjaga dari tidurnya. beliau lalu mengingatkan kembali ayat2 yg jelas maksudnya menjadi penawar segala penyakit yg pernah dibaca olehnya dalam Al-Quran seperti berikut :



"dan apabila aku sakit, dialah yang menyembuhkan ku." (surah asy-Syu'ara ayat : 80 )

"...dan melegakan hati orang-orang yg beriman." (surah at-Taubah ayat : 14)

"katakanlah "Al-Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang-orang yang beriman..." (surah Al-Fushilat ayat:44 )

"dan kami turunkan dari Al-Quran suatu yg menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al-Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yg zalim selain kerugian." (surah al-Israak ayat:82)

"hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Robbmu dan penyembuhan bagi penyakit-penyakit yang berada dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang beriman" (surah Yunus ayat:57)


"..dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia" (surah an-Nahl ayat:69)

Abi Qasim lalu mnejadikan ayat2 tersebut sebagai amalannya dalam niat untuk menyembuhkan nak lelakinya..Alhamdulillah. penyakit anak lelakinya beransur2 pulih..

gambar2 ini cuma sekadar hiasan

sumber: mastika ogos 2010

anda seorang pencuri !!!

salam

dah lame sebenarnye nk cerita pasal ni.tp myb belum bersedia lg..saya xpasti samada semua org penah mengalammi nasib yg sama..tp saya terus terang. seigt saya dalam hidup ni alhamdulillah baru sekali terlibat dalam cubaan mencuri dan akhirnya membatalkan niat tersebut.

ini bukan niat untuk membuka pekung di dada mahupun riak2..namun sejadar untuk berkongsi dgn anda semua pengalaman saya.

if xsilap saye la..kes ni jadi dalam tahun 2008 or 2009 that time saya ade beli phone 2nd hand from one of my friends sbb phone yg saye pakai b4 that rosak..nk beli yg ni pon phone biase jek..mule2 tu deal Rm300 tp saye pandai2 assume setakat Rm50 boleh la dapat less coz kawan kn..xkan xdapat nk less langsung..lepas dapat loan pt saye pon g la jumpe kawan saye ni..

konon nye nk beli phone ni kn. g la jumpe die kat rumah die..dah nk beli mntak less xdapat langsung.geram pon ade.kawan da lame xkn xdapat less even sket pon kn..dengan hati yang berat saye bayar RM300..then balik la ke rumah.



lepas keluar daripada rumah kawan saye ni. saye terpandang kasut die..at that time kasut ni oleh tahan femes gak la..ntah mcm mane disampuk syaitan agaknya..saye terus capai kasut die ni n letak dalam bakul moto.atas sebab bengang xdapat less mencuri kasut.. bodoh betul time tu..

lepas letak dalam rage@bakul moto trus start enjin moto n trus balik rumah..FYI jalan ke rumah saye mmg gelap..tetiba guruh kuat giler.mcm nk ribut.. bukan sekali dua..tp byk kali gak la..langit pon mcm nk runtuh je..mmg seram la..padahal sebelum bertolak balik dari rumah kawan saye td xde la tunjuk sign2 nk ribut..



tetibe saye terfikir ni mgkin sign bahawa saye xpatut mencuri..sebab ianya menganiya orang lain..terutama sesama Muslim..saye pon patah balik n terus pegi rumah kawan saye td..n sampai kat sane saye letak balik kat tempat asal kasut tu ade td..n dalam hati berdoa pada Allah SWT.."ya Allah...ampun kn dosa ku ya Allah" n trus balik..

the best part is time odw balik rumah tu xde langsung guruh..langit cerah di terangi cahaya bulan..itu adalah kali pertama dan terakhir saye melakukan perkara bodh itu..dan dgn harapan tidak lg mengulangi perbuatan tersebut...

morale of the story jgn ambil smthing yg bukan milik anda..segala yg buruk datag dari kelemahan diri saye sendiri n yg baik dtg daripada tuhan mencipta alam semesta in Allah SWT..n selamat beramal :)

Tuesday, January 18, 2011

peninggalan manusia agung

salam

setiap manusia yg pernah mendengar bagaimana rasul junjungan besar Nabi Muhamad SAW wafat menyebut2 nama "ummati2" pastinya akan menitiskan air mata..biar hati sekeras mana pun pasti akan tersentuh dengan kisah manusia mulia ini Rasulullah SAW.

pada pagi td saya search peninggalan2 Rasulullah yg masih kita boleh lihat dan saya menjumpai dari website dupahang weblog - ulamat warisan ambiak..yg mana memaparkan gambar2 peniggalan Rasulullah SAW yg masih tersimpan di dalam Muzium dan di jaga rapi..

(Foto-foto ini kebanyakan adalah koleksi yang tersimpan dari berbagai tempat di beberapa negara: Museum Topkapy di Istambul Turki, Yordania, Irak dan negara-negara Timur Tengah lainnya. Semakin byk yg kite lihat semakin memuncak kerinduan terhadap kekasih Allah ini..)



ini adalah baju gamis Rasulullah yg telah lusuh dan ber robek2..lihat lah bagaimana sederhananya kehidupan Manusia palingmulia ini..



sebahagian daripada baju Rasulullah yg sudah pun sobek@robek


The Blessed Seal of Rasulullah SAW (Cap surat Nabi SAW)




jubah Rasulullah SAW




mangkuk yg Rasulullah SAW gunakan untuk minum..




pintu emas makam Rasulullah SAW




Kotak milik putri tercinta Rasulullah SAW, Sayyidah Fatimah Az-Zahra R.A.




Surat Nabi SAW kepada Raja Muqauqas, Mesir




surat baginda Rasulullah SAW kepada Raja Heraclius.



Surat Nabi SAW kepada Kaisar Romawi abad ke- 7




Surat Nabi SAW kepada rakyat Oman, Arab Selatan..



Surat Nabi SAW kepada Raja Nijashi, Raja Habsyah









selipar@sepatu yang menjadi kegunaan Rasulullah SAW



baju2 dan barang2 peninggalan Rasulullah SAW



topi besi milik Rasulullah SAW.



serban2 milik Baginda SAW



busur panah Nabi Muhamad SAW



Gagang Pedang “Hatf” Nabi SAW tampak lebih jelas





ini lah makam manusia mulia ini..kita akan dapat dapat melihat lebih banyak lg peninggalan baginda Rasulullah SAW di muzium tersebut..dalam byk2 peninggalan yg saya cuba search sejak td adalah peninggalan biasa Rasulullah SAW tanpa saya sedari bahawa Rasulullah SAW telah pun meninggalkan sesuatu yg lebih berharga, lebih berguna buat kita semua iaitu..














Rasulullah SAW telah meninggalkan kita dengan kitab suci Al Quran yg mana lengkap dgn panduan untuk kehidupan sepanjang zaman..kita seharusnya membacanya juga..ini ingatan untuk diri saya juga insan yg lemah dan dalam usaha memperbaiki diri ini ke jalan yg lebih diredhai Allah SWT..

foto2 dari web http://dupahang.wordpress.com/2010/02/25/foto-foto-eksklusif-peninggalan-rasulullah-saw-menggetarkan-menyentuh-qalbu-menambah-cinta/

guna internet untuk muamalat !




salam

dalam kelas advance fiqh muamalat baru2 ni ...ustaz saya ade cerita tentang ibadat dan muamalat....dari segi konteks nya kita same2 kira berapa masa yg kte semua peruntukkan untuk beribadah dalam masa sehari ??

each solat fardhu yg kita bse wat tp2 hari ada la dalam 5minit setiap solat..darab dgn 5kali solat (tu pon kalau cukup la) ade la dalam 25minit sehari kita solat...puasa sunat mmg haram la kita ni nk buat kn..zakat or sedekah plak bukan tp2 hari jumaat kite sumbat kertas dalam tabung masjid 2..
so dalam 24hours kite spend mase untuk our creator Allah SWT juz 25minit...

dari ape yg ustaz ckp 25minit dari 24jam adalah terlalu kurang dalam ibadat harian kita sebagai seorang Muslim yg mana kita da tau objektif hidup kita ni cuma satu..mengabdikan diri kepada Allah SWT yg maha esa..tp dalam sehari juz 25minit jek..

maka timbul pula soalan yg menyatakan mcm mane kita nk beribadat lebih lama dari 25minit sehari sedangkan kita masih mempunyai tggjwb lain sebagai makhluk yg hidup di atas muka bumi ini..ada yg student, ada yg bekerja.. 8 - 9 jam dah spend pada keje..bukankah begitu ??

pada awal tulisan saya kali ini ada saya sebutkan bahawa ibadah dan muamalat berkaitan..muamalat itu juga ibadah..contoh ?? setiap pekerjaan, dan perbuatan kita yg mana berniatkan untuk mendapat keredhaan Allah SWT adalah suatu ibadah.

sebagai contoh student pg kelas dgn niat untuk mendapat keredhaan Allah SWT pun da kira ibadat. fb yg digunakan untuk menyampaikan dakwah pun ibadah. blog2 yg ditulis untuk menyampaikan dakwah pun di anggap ibadah..

so saya amat bersetuju dgn sesiapa menulis blog untuk kepentingan umat islam sejagat..semoga kita semua sama2 menggunakan saluran internet ini untuk melakukan kebaikan dan berdakwah..segala kekurangan dtg dari diri saya sendiri dan segala yg baik dtg dari Allah SWT..

hantu di Malaysia !!!



salam

ape khabar semua pembaca even xramai pon...thanks coz still lg membace bebelan saye ni haha...
baru2 ni kite dapat lihat banyak rancangan TV mahupun movie2 Melayu yg di tayangkan di panggung2 sekitar kita ni di warnai dengan movie2 alaa2 hantu..damping senja la,kulapat la mcm2 lg la...drama TV pon xkirang byknye...saka jentuyu , jgn pandang sebelah la n mcm2 la lg..

pada pendapat saya kita xperlulah nk tunjukkan sgt pada generasi skng ni pasal hantu2 ni..bukan ape secara tidak langsung kita memberi pengaruh negatif pada mereka. semua producer boleh claim yg dorg nk tonjolkan filem yg memberi pengajaran. pada budak2 la kan dorg nk sgt ke cari pengajaran..as we all know yg budak2 ni receive info dari ape2 cerita yg dorg tgk dgn penglihatan..

tu yg ade budak2 yg takut nk g toilet mlm2, takut nk tido bilik berlainan dgn parents dorg. n takut nk pg mengaji..zaman mak ayah kita dulu dah sah2 toilet jauh dari rumah. dah sah2 kene bagun pg2 buta nk tolong nenek kita menoreh getah..ade pulak dorg takut..

kalau anda semua tgk The Arrival ade paprkan yg dunia kita masa kini dah terlalu byk menerima propaganda dari media massa. terutama TV n movie yg kita dah tonton selama ni..
hantu2 dan hantu..kadang2 tu da naik jemu tgk cite2 ni berlambak..producer juz tau nk kaut keuntungan daripada cara yg kurang tepat..

kurangkan lah kuar cite2 ni..bagunkan industri perfileman negara kita dengan cerita2 berkualiti tanpa pengaruh Khurafat2 ni...

gambar2 hanya hiasan dan tiada kaitan dgn sesiapa pun...

Monday, January 10, 2011

kawin dengan utang boleh ka ??

salam

sape dalam malaysia ni xpenah tgk nona. even lelaki pun pernah menonton Nona kat tv tv3 tiap2 petang Ahad tu.. and kalau anda perasan Nona ni selalu tunjuk perkahwinan. dan perkahwinan yg ditunjukkan normally grand2 punye wedding. yg organized kat 5star hotel la, kat PWTC. but bukan tu yg saya nk cerita dalam blog saya this time..


nk kawin skng bukan murah. even im not married yet tp bende2 mcm ni kene prepared jgk.. bukan bermaksud gatal nk berkahwin. tp prepared la..awak tu lelaki. awak jugak yg banyak perabis duit..so better prepared..

zaman sekarang ni da banyak couple yg kawin dan berhutang..adakah ianya sesuatu yg baik ??

Islam meletakkan peraturan untuk kemaslahatan..mereka boleh meminta hutang untuk melangsungkan perkahwinan mereka. dan di dalam Islam juga membenarkan hutang piutang sekiranya mengikut alur2 yg sepatutnya. ianya jelas didalam firman Allah SWT “Wahai orang yang beriman! Apabila kamu melakukan hutang piutang untuk waktu yang ditentukan, hendaklah kamu menulisnya”. (Surah al-Baqarah ayat 282)




menurut Ibn Kathir ini adalah nasihat Allah SWT kepada hamba2nya yg beriman , sekiranya kamu melakukan muamalah secara tidak tunai maka kamu harus mencatatnya supaya dapt menjaga masa dan jumlah mumalah tesebut.

di negara kita Baitulmal turut sedia memberi perkhidmatan dalam membantu pasangan yg mahu berkahwin namun tidak mempunya jumlah wang yang mencukupi dengan memberi bantuan wang untuk dipinjam.
.


ini bukanlah langkah pertama yang dilakukan di mana2 negara, di Saudi Arabia kerajaan mereka amat mendokong dan membantu pasangan2 yang ingin mendirikan rumah tangga dengan ,memberikan loan kepada mereka. langkah ini secara langsung menggalakan pasangan tersebut berkahwin dan secara tidak langsung dapat mengelakkan berlakunya zina dan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.



sekiranya kita lihat di zaman sekarang majlis perkahwinan dijalankan secara besar2 besaran..saya bercakap bukan bg pihak lelaki sahaja, dan bukanlah sebagai seorang yang mahir dalam perkahwinan namun pada pendapat saya kehidupan selepas pasangan tesebut turun daripada pelamin adalah kehidupan yang sebenar dan penuh dengan cabaran yg semestinya amat2 memerlukan Ringgit Malaysia.

pelamin yang besar tersergam indah, makanan yang bertaraf hotel bukan lah janji bahawa perkahwinan akan bahagia. biar sekalipun duit tinggi menggunung tapi xperlu sehingga membazir.ini adalah untuk peringatan diri ini insan yang lemah juga sama seperti anda di luar sana.semoga kehidupan kita lebih bahagia selepas alam perkahwinan bersama keluaraga tersayang..


sumber gambar: syokkawin.org