Pages

Sunday, January 23, 2011

The first environmentally friendly city !!

salam

mcm gempak je bunyi bandar ni..baru bace paper kosmo pg td..ade artikel tentang bandar ni kat ruangan dunia.. agak menarik perhatian dalam usaha membangunkan dunia ni ade jugak manusia2 kt luar sane yg still concern bout the environment stuff cmni kn..ok kat cni saye mau cite serba sedikit tentang bandar ni..




dari research2 yg saye buat berdasarkn website2 yg mnjadi sumber saye td..bandar ni terletak Emiriyah Arab Bersatu (UAE) di mana Pentadbiran bandar Abu Dhabi telah berusaha keras dalam memajukan bandar yg diberi nama "Masdar City" projek bandar ni telah bermula since 2006 and still dalam construction process. Bandar ini juga mampu memuatkan 40,000 penduduk dalam satu2 masa.



Bandar yg dibina di pinggir Abu Dhabi ini dikatakan mesra alam kerana byk faktor. antara faktor utama yg menjadikan bandar ini mesra alam adalah kerana bandar ini tidak mengeluarkan gas karbon..dan dijangkakan bandar ini akan menjadi role models untuk menjadi ikutan negara2 lain untuk membangunkan bandar2 mesra alam.




bandar ini telah pun dihuni sejak oktober 2010 oleh sekumpulan pelajar seramai 175org dimana mereka bersama2 membangunkan projek Masdar ini.Buat masa sekarang, apa yg ada hanya kampus institut pengajian yang meliputi satu kluster bangunan dengan bumbungnya dipenuhi dengan panel solar serta sebuah ladang yang memperoleh tenaga solar. bagus jugak la kn..kat Malaysia ade dah sesetengah pemaju perumahan yg gune sistem solar ni..diharap pada masa akan dtg lebih ramai pemaju menggunakan sistem solar sebagai sumber elektrik.Dijangkakan Sebuah kereta tanpa pemandu yang dikendalikan sistem navigasi canggih turut digunakan di kampus dan bandar ini nanti





Menurut Pengarah Masdar Power, Frank Wouters. mereka memiliki sistem fotovolta berkuasa 10 megawatt di tapak yang mampu menjana banyak kuasa elektrik yang perlu disalurkan menerusi grid..ish3 daisyat gak la..bandar ini juga atas kerjasama pihak2 luar UAE seperti syarikat Total dari Perancis dan Abengo Sepanyol. dimana semua syarikat ini memberikan idea dalam pembangunan bandar mesra alam ini dan dalam usaha membangunkan loji kuasa solar berkapasiti 100 megawatt.projek ini menelan belanja hampir 2billion ringgit Malaysia.. belanja yg banyak sebegini mampu ditanggung oleh Abu Dhabi kerana negara arab tersebut antara negara Arab yang memiliki simpanan minyak paling banyak di dunia.



usaha Abu Dhabi ini amat2 lah bagus..ini bukan sahaja membuatkan bandar ini menjadi tarikan pelamcong2 asing malah turut menghargai dan menitikberatkan isu2 alam sekitar.semoga lebih banyak negara2 kaya mencontohi usaha mereka ini..:)

sumber:kosmo,http://www.menainfra.com/news/masdar-city-carbon-neutral-/,http://www.engadget.com/2009/02/04/masdar-citys-driverless-podcars-are-more-shuttle-than-johnny-ca/

2 comments: