Pages

Sunday, January 9, 2011

gemOOK !!!




salam

ada suatu hari saya dan family pergi bersarapan di Mapley(panggilan bg kedai mamak) dan di sana saya dapati ramai family lain turut bersarapan di kedai tersebut. seperti entri2 yg lepas saya ada menyatakan tentang amalan masyarakt kita dalam pemakanan. dan hari ini saya dapat melihatnya dengan mata sendiri.

ade seorang budak lelaki yg gemuk berusia dalam 11 - 13 tahun. dan saya perasan sekarang ni terdapat ramai budak2 obesiti di Malaysia. ini adalah amat merbahaya kerana obesiti turut membawa penyakit lain seperti lemah jantung, darah tinggi, diabetis , kanser dan sebagainya.
yang lebih membimbangkan ada kanak2 seawal 5-6 tahun yg sudah pon obesiti. ini boleh dianggap serius dan langkah2 pencegahan perlu diambil oleh ibu bapa mereka bg membendung masalah ini.



apakah itu obesiti ?
Obesiti didefinisikan sebagai lebihan lemak tubuh yang boleh menyebabkan masalah kepada kesihatan. Obesiti berlaku apabila saiz atau bilangan sel lemak di dalam tubuh meningkat (Myers, 2004).
Menurut satu kajian, (Kelishadi, WHO 2007), kes obesity semakin menular di kalangan kanak kanak dan remaja di negara- negara membangun. Penyakit obesiti merupakan satu faktor utama yang akan membawa kepada rintangan terhadap insulin dan sindrom metabolik. Sindrom metabolik juga adalah tinggi di kalangan penduduk dewasa di Asia.


Di Malaysia, sehingga tahun 2006, 29% penduduk dewasa mempunyai berat badan yang lebih dan 14% mengalami obesiti. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan bahawa pada tahun 2015, secara kasar 2.3 bilion penduduk di dunia akan mempunyai berat badan yang lebih dan 700 juta penduduk dunia akan mengalami obesity

Kanak-kanak yang mengalami masalah kegemukan adalah berisiko untuk menjadi obes apabila dewasa dan keadaaan ini akan menjurus kepada kewujudan masalah kronik yang lain pada masa hadapan (Chee et al, 2008)

terdapat banyak faktor2 yg menyebabkan obesiti ada diantaranya adalah
  • keturunan
  • tiada senamanyg mencukupi
  • hormon
  • tiada nutrisi yg seimbang
  • virus
oleh itu rakyat Makaysia seharusnya lebih prihatin terhadap makanan yg diambil, utamakan kesihata anda berbanding nafsu makan. banyakkn senaman dan riadah. dan pengambilan air masak yg mencukupi.semoga kita semua di jauhkan daripada penyakit2 yg membahaya dan mengancam nyawa orang2 yang kita sayang..INSYALLAH....

sumber: http://www.konsumerkini.net.my

No comments:

Post a Comment