Pages

Friday, January 28, 2011

khatam Al-Quran dalam masa 2-3minit !!!

salam

ape khabar saudara saudari yg dirahmati Allah SWT sekalian..terima kasih kerana masih membace coretan saye ini..mesti ramai dikalangan kita berasa hairan dengan tajuk post kali ini..ini adalah benar. tiada yg mustahil didalam dunia ini..

kisah ini saye ketahui dari salah satu ceramah/kuliah yg saye dengari di surau jumaat berhampiran rumah saye..alhamdulillah.dari kuliah tersebut banyak info yg kita ketahui dari ceramah tersebut..



Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya…Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangkamasa dua-tiga minit?? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu cepat.

Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu)tidak tahu apa yang dikatakannya itu.Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.



Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.

Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juzuk kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 juzuk Al-Quran

Nota: Jika sekiranya sahabat2 ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW ‘Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat’.

Sesungguhnya apabila matinya seseorang anakAdam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

1) Sedekah/amal jariahnya

2) Doa anak-anaknya yang soleh

3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

No comments:

Post a Comment