Pages

Monday, January 24, 2011

maaf dan meminta kemaafan !




salam

sebut pasal mintak maaf mesti ingat raya kn ?? tu adalah salah satu urf ataupun custom dalam masyarakat Melayu..bagi sesetengah orang ni termasuk la penulis blog ni pun,meminta maaf merupakan satu proses yg agak memalukan,kurang senang dan atas sebab ego tidak mahu meminta maaf.

meminta maaf bagi kita juz time raya aidilfitri je..kalau la time zulkaedah dah buat salah or dosa dgn parents kita.xkan nk kene tunggu 11 bulan lg untuk mintak maaf kn..tadi time dalam kelas Philosophy of Islamic Banking, lecturer Encik Effuendy Pforten share something yg agak best and ade kaitan dgn kes maaf memaafi nih..


setelah selesai solat Rasulullah dan para sahabat duduk bersama dan Rasulullah bersabda akan datang seorang lelaki yg mana ahli syurga.jadi para sahabat pun menuggu ketibaan lelaki tersebut..dan apabila lelaki yg dimaksudkan ini tiba. para sahabat merasa hairan kerana lelaki ini tidak menunjukkan apa2 kehebatan mahupun luarbiasa..

lalu pada suatu hari Ibn Umar telah dtg ke rumah lelaki tersebut lalu menyatakan hasrat untuk menjadi tetamu rumah lelaki tesebut..didalam Islam kita harus menerima tetamu sekurang2nya 3hari..tujuan Ibn Umar datang ke rumah lelaki tersebut adalah untuk mencari jawapan kepada persoalan tentang lelaki tersebut.




pada hari pertama: lelaki tersebut masuk tidur awal..dan lelaki tersebut hanya bangkit pada waktu subuh..tiada tanda2 lelaki tersebut bangun pada lewat untuk solat dan tahajut.

pada hari kedua dan ketiga juga begitu juga..lelaki tersebut masuk tidur awal dan hanya bangkit sebelum subuh..lalu pada hari ketiga sebelum Ibn Umar mahu keluar dari rumah lelaki tersebut Ibn Umar akhirnya bertanya kepada lelaki tersebut, bagaimana dan apa yg lelaki tersebut lakukan dan amalan sehinggakan baginda Rasulullah SAW mngatakan bahawa lelaki tersebut dijamin syurga..

namun sebaliknya lelaki tersebut yang merasa hairan..dia sendiri tidak mengetahui apakah amalannya sehingga dijamin syurga oleh baginda Rasulullah SAW..lalu lelaki tersebut akhirnya memberitahu "sekiranya ada pun amalanku itu adalah kerana setiap hari sebelum aku tidur aku akan memaafkan semua manusia yg pernah melakukan kesalahan terhadapku"




ketika saye mendengar sejarah ini daripada lecturer saye, terasa begitu hina diri ini..dah berapa org yg kita block kat fb kita, dah bape orang yg kite putuskan persahabatan, dan berapa org yg kita masih dendam..memang sukar untuk memaafkan seseorang..namun hakikatnya terselindung ganjaran disebalik semua kemaafan tersebut

segala yg baik datangnya dari tuhan sekalian alam Allah SWT dan segala kekurangan dtg dari kelemahan diri saya sendiri.semoga kehidupan kita bertambah tenteram dalam sinar kemaafan..Insyallah :)

No comments:

Post a Comment