Pages

Wednesday, January 5, 2011

manusia semakin kejam


salam

perasan x yg lately byk kes pembunuhan berlaku. ade yg potong kepala ayah sendiri, ade yg lapah bdn isteri depan anak sendiri, ade yg kerat badan mangsa n letak dalam tangki najis...macam2 la lagi.. agak2 la..kenape ini sume berlaku ?? kita semua xboleh nk blame polis 100 % . pihak polis xboleh nk awasi 100% segenap penjuru bumi Malaysia ni nk benteras jenayah.

tgk jela berapa ramai rakyat negara kita yg di bunuh kejam oleh manusia yg tidak berhati perut iaitu rakyat negara ini juga. Islam amat melarang sekeras2nya kita mengambil nyawa seseorang sesuka hati, apatah lagi membakar, memotong, mahupun menyeksa mayat tersebut. sabda Rasulullah SAW
  • Jauhilah diri kamu daripada tujuh dosa yang boleh membinasakan.Baginda ditanya: Apakah dosa itu wahai Rasulullah? Baginda berkata:" Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan jalan yang benar, memakan harta anak yatim, memakan riba, lari dari medan pertempuran perang dan menuduh perempuan yang suci melakukan zina.” - Riwayat Muslim
daripada hadith ini kita dapat mengatahui bahawa membunuh adalah di tegah sama sekali. siapa mereka untuk membunuh sesama manusia. semakin lama kita hidup di atas muka bumi ini semakin banyak lah wujud manusia yg dahagakn darah saudaranya sendiri.

kalau nk diceritakan tentang pembunuhan kejam mmg terlalu banyak berlaku dalam masyarakat kita hari ini. selain daripada membunuh ade juga kekejaman lain yg manusia tidak serik2 lakukan, merogol , merompak , meragut dan lain2.


tgk kosmo arini jela ade kes perbicaraan seorang bekas tentera g merogol dan mencabul anak tirinya 2thn lepas. mintak sgt kita semua di jauhkn daripada kejadian2 begini.semoga diri kita,anak2 kita nnt dan keturunan kita jauh daripada gejala2 dan kekjaman ini. tetapi kes pembunuhanlah yang paling menyedihkan kerana angkanya semakin menigkat saban hari.

Kes penemuan mayat dikerat

  • 10 Ogos 2007: Mayat seorang ahli perniagaan Singapura ditemui pemilik sebuah kondominium di Mont Kiara dalam keadaan dikerat 11 selepas terhidu bau busuk dari peti sejuk ketika mengemas rumah yang dikosongkan penyewa. Mayat mangsa dibungkus menggunakan beg plastik hitam serta disumbat dalam peti sejuk yang dilekat dengan pita pelekat.

  • 30 September 1997: Seorang lelaki menemui mayat yang dikerat empat diasing dengan anggota badan dalam satu bungkusan plastik, manakala kaki, tangan dan kepala pada bungkusan lain yang disimpan dalam beg pakaian di perdu pokok di Batu 6, Jalan Ipoh.

  • 26 Julai 1997: Mayat wanita warga emas ditemui dalam enam beg plastik berasingan dikerat secara melintang sebanyak lima kali menjadi lapan bahagian dibuang dalam semak di Batu 6, Kampung Lubuk Jong, berhampiran Lebuhraya Pasir Mas-Rantau Panjang. Mayat ditemui seorang lelaki pemotong rumput.

  • 3 Julai 1996: Mayat gadis berusia antara 14 dan 19 tahun yang tidak berkepala, tangan dan kaki yang diisi dalam beg plastik ditemui dalam longkang sebuah pasar raya di Taman Ipoh Selatan oleh seorang pekerja Majlis Bandaraya Ipoh.

  • 22 Julai 1993: Misteri kehilangan Adun Batu Talam, Pahang, Datuk Mazlan Idris, terjawab apabila mayatnya ditemui dipotong 18 bahagian dan ditanam dalam lubang sedalam 1.8 meter dan permukaannya disimen di kawasan kebun rumahnya di Kampung Pamah Dong, Ulu Dong, kira-kira 45 kilometer dari Raub.

  • 8 Julai 1993: Penari dan penyanyi, Lily Chua dipotong menjadi 11 bahagian dan dimasukkan dalam sebuah beg beli-belah sebelum dicampak ke dalam parit di Kuala Lumpur.

  • hampir setiap tahun kita digemparkan dengan kes pembunuhan yang kejam dan menyayat hati.sampai bilakah manusia tidak berdosa diperlakukan sebegini. semoga kita dan keluarga kita terlindung daripada musibah dan kekejaman manusia tidak berhati perut ini.

    sumber : berita harian online

    No comments:

    Post a Comment