Pages

Monday, January 10, 2011

kawin dengan utang boleh ka ??

salam

sape dalam malaysia ni xpenah tgk nona. even lelaki pun pernah menonton Nona kat tv tv3 tiap2 petang Ahad tu.. and kalau anda perasan Nona ni selalu tunjuk perkahwinan. dan perkahwinan yg ditunjukkan normally grand2 punye wedding. yg organized kat 5star hotel la, kat PWTC. but bukan tu yg saya nk cerita dalam blog saya this time..


nk kawin skng bukan murah. even im not married yet tp bende2 mcm ni kene prepared jgk.. bukan bermaksud gatal nk berkahwin. tp prepared la..awak tu lelaki. awak jugak yg banyak perabis duit..so better prepared..

zaman sekarang ni da banyak couple yg kawin dan berhutang..adakah ianya sesuatu yg baik ??

Islam meletakkan peraturan untuk kemaslahatan..mereka boleh meminta hutang untuk melangsungkan perkahwinan mereka. dan di dalam Islam juga membenarkan hutang piutang sekiranya mengikut alur2 yg sepatutnya. ianya jelas didalam firman Allah SWT “Wahai orang yang beriman! Apabila kamu melakukan hutang piutang untuk waktu yang ditentukan, hendaklah kamu menulisnya”. (Surah al-Baqarah ayat 282)




menurut Ibn Kathir ini adalah nasihat Allah SWT kepada hamba2nya yg beriman , sekiranya kamu melakukan muamalah secara tidak tunai maka kamu harus mencatatnya supaya dapt menjaga masa dan jumlah mumalah tesebut.

di negara kita Baitulmal turut sedia memberi perkhidmatan dalam membantu pasangan yg mahu berkahwin namun tidak mempunya jumlah wang yang mencukupi dengan memberi bantuan wang untuk dipinjam.
.


ini bukanlah langkah pertama yang dilakukan di mana2 negara, di Saudi Arabia kerajaan mereka amat mendokong dan membantu pasangan2 yang ingin mendirikan rumah tangga dengan ,memberikan loan kepada mereka. langkah ini secara langsung menggalakan pasangan tersebut berkahwin dan secara tidak langsung dapat mengelakkan berlakunya zina dan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.



sekiranya kita lihat di zaman sekarang majlis perkahwinan dijalankan secara besar2 besaran..saya bercakap bukan bg pihak lelaki sahaja, dan bukanlah sebagai seorang yang mahir dalam perkahwinan namun pada pendapat saya kehidupan selepas pasangan tesebut turun daripada pelamin adalah kehidupan yang sebenar dan penuh dengan cabaran yg semestinya amat2 memerlukan Ringgit Malaysia.

pelamin yang besar tersergam indah, makanan yang bertaraf hotel bukan lah janji bahawa perkahwinan akan bahagia. biar sekalipun duit tinggi menggunung tapi xperlu sehingga membazir.ini adalah untuk peringatan diri ini insan yang lemah juga sama seperti anda di luar sana.semoga kehidupan kita lebih bahagia selepas alam perkahwinan bersama keluaraga tersayang..


sumber gambar: syokkawin.org

1 comment: