Pages

Monday, February 28, 2011

Bergolak dah dunia ni !!

Assalamaulaikum

kita dah banyak dikejutkan dengan banyak protes hampir diseluruh tanah Arab..bagaimana rakyat bangkit memerangi Pemimpin yang zalim.. Libya,Oman,Bahrain dan banyal lagi negara Arab dan Afrika..mari saksikan sedikit situasi disana


Thursday, February 24, 2011

nyawa atau beras lebih berharga ?

Assalamualaikum

ape khabar semua pembaca..semoga anda semua dalam rahmat Allah SWT hendaknya..ade eksiden kat highway Seremban kelmarin..jalan jem sebab ramai orang tolong cuba mnyelamatkan dalam kemalangan ini..

malangnya jalan jem bukan atas sebab menyelamatkan mangsa yang terlibat dalam kemalangan ini..tetapi dorg sibuk menyelamatkan beras tu..

bagus rakyat Malaysia yg bersikap mcm ni...kelindan lori tu meninggal dunia kot..kenapa la ada manusia yang tamak mcm ni..ade bace paper xhari ini ? saya ada terbaca Kosmo hari ini iaitu 24 Feb.. yang mana kita semua tahu kelmarin ada beras bersepah kat Highway Seremban..sebelum tu duit syiling..sekarang ni beras..

apa2 pun mari kita ramai2 sedekahkan Al-Fatihah untuk Arwah Hanafi Mohd. Daud yang maut dalam kemalangan tersebut..semoga Allah SWT menempatkan beliau dikalangan hambanya yang bertakwa, marilah kita bersama mengambil iktibar daripada kes ini..

sumber : http://yakboktam.com, kosmo 24feb 2011

Tuesday, February 22, 2011

siapa mahu kahwin ??


Assalamualaikum

semoga tuan2 dan puan2 sihat2 belaka..baru2 ni saya ade tonton video ceramah yg dipost dalam profile Ustaz Kazim Elias..tajuknya tentang cinta.dan saya amat bersetuju tentang cinta yang dimaksudkan disini yang mana membawa kepada keberkatan dan restu..

Keredhaan Allah SWT itu terletak pada keredhaan ibu bapa..adakah calon isteri or suami pilihan kita itu menjadi pilihan kedua ibu dan bapa kita ?? mari kita fikirkan bersama.

saya berusia 23thn. sudah ramai sahabat2 saya mendirikan rumah tangga.Alhamdulillah syukur.. bagaimana dengan saya ? so far saya xrase perkahwinan itu menjadi sasaran utama setelah menamatkan pengajian thn depan.

perkahwinan itu bagus.terutama pada usia muda atas sebab ingin mengelakkan daripada melakukan maksiat.dan saya pernah post mengenai perkahwinan muda ini..tetapi bagaimana pula bagi keluarga yang berpendapatan rendah mahupun sederhana ?

saya ambil contoh diri saya sendiri yang mana datang daripada kelompok keluarga berpendapatan sederhana.sudah berpuluh tahun pengorbanan ibu dan ayah saya dalam memberikan kasih dan sayang serta memberi peluang melanjutkan pelajaran.takkan saya nak terus melangsungkan perkahwinan sebaik sahaja menamatkan pengajian ??

insyallah selepas tamat pengajian nanti.perkara utama adalah keluarga..May Allah SWT bless our effort :)

Sunday, February 20, 2011

Itu urusan dia dgn Allah SWT


Assalamualaikum...

ape khabar semua..hehe..semoga dalam kedaan yang sihat sejahtera hendaknya...sejak belajar kat Shah Alam hampir setahun setengah ni..macam2 orang dah yang telah saya temui..dan dalam banyak2 orang yang telah saya temui ini saya juz nk ceritakan tentang satu golongan yang saya rase xsepatutnya diperlakukan sebegitu..

golongan ini adalah golongan "Pengemis" . Definisi pengemis adalah orang yang meminta-minta. dan saya tidak menulis untuk mengutuk mahupun mengkritik bahawa sebilangan besar penduduk Shah Alam ini bersikap kurang sopan dalam menangani Pengemis. Masih ada lagi penduduk Shah Alam ini yang saya lihat bersimpati dengan nasib pengemis2 ini dengan menhulurkan sedikit derma ikhlas kepada mereka.


kita semua sedar kadang2 tu..pengemis2 ini adalah orang yang sama sejak 5 or 6 bulan yang lepas.seakan2 ianya merupakan pekerjaan tetap bagi mereka. so disebabkan itu ramai lah orang yang mula merasa geram dengan sang pengemis ini.



Secara jujurnya pada pendapat saya. mungkin benar mereka mengambil kesempatan diatas kelembutan hati kita semua dan menjadikan mengemis ini sebagai karier buat mereka dan mungkin juga benar mereka ini sememangnya meminta DERMA dan bukannya mengemis seperti yang kita semua fikirkan.


Dan secara jujurnya pada pendapat saya.sekiranya kita mampu dan mempunyai kehendak untuk melakukan ibadah , so sedekah kan lah duit anda..kita tidak tahu kebenaran yang terselindung.siapa kita hendak menghakimi mereka.sekiranya tidak mahu memberi apa2 pun tidak perlu sehingga melemparkan wajah angkuh apatah lagi meninggikan suara ketika berhadapan mereka melainkan mereka bersikap kurang sopan tehadap anda..

kalau kain panjang sejengkal

Assalamualaikum

zaman sekarang ni sume penuh dengan perbagai dugaan dalam macam2 perkara.Dunia dikejutkan dengan beberapa negara Arab yang bergolak menuntut kebebasan daripada kerajaanmereka sendiri..saya tiada hak utk mengadili pemerintaha kerajaan mereka sebelum ini..tapi apa yg kita dapat lihat bahawa rakyat sudah buka mata.tidak sanggup lagi ditindas dan mahukan perubahan.



bukan itu yang saya mahu highlight kan dalam ruangan kali ini tetapi adalah sebab dunia ini sudah dipenuhi oleh ramai manusia2 tamak.sepertimana yg telah kita dengar kekecohan telah berlaku dimana2 sekiranya berlakunya kezaliman terhadap sesuatu bangsa mahupun negara tertentu.

Pada satu ceramah yang pernah saya hadiri. Ustaz tersebut mengatakan bahawa Politik telah wujud sejak zaman Rasulullah SAW lagi..kalau zaman sekarang ni ada sesetengah orang yang cakap die xminat dan xambil tahu tentang politik negara ini tidak mengapa tetapi jangan nk bising kalau harga minyak or apa2 harga barang keperluan naik..sebab itu semua berkait rapat dengan Kerajaan yang ditentukan melalui pilihanraya yang sudah semestinya melalui landasan politik.

dengan adanya sokongan daripada rakyat seseorang pemimpin haruslah memimpin dengan seadil adilnya..Saidina Umar ketika menjadi Amirul Mukminin sangat mementingkan pembangunan ummah sehinggakan beliau yang dahulu berbadan sihat dan berisi sebelum menjadi pemimpin negara Islam sehinggakan menjadi kurus kerana menghabiskan wangnya pada rakyatnya.


Sebelum menjadi pemimpin memakai pakaian mahal2 dan memakai wangian yg mahal2 namun setelah menjadi pemimpin belaiau hanya memakai pakaian buruk dan tidak lagi memakai wangian yg mahal2..ini adalah kerana beliau amat mementingkan rakyatnya. inilah baru Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan..

Alhamdulillah Malaysia berasa dalam keadaan aman dan damai dalam menjalani kehidupan berbilang bangsa.. :)

Thursday, February 17, 2011

closed to your enemy !!

Assalamualaikum

ape khabar saudara saudari sekalian...harap2 pada pagi jumaat ini kita semua sentiasa memperoleh hidayah dari Allah SWT..

sebagaimana yang kita ketahui baginda Rasulullah SAW mempunyai keperibadian yang mulia dan memiliki perancangan yang berbeza untuk setiap musuh2 Islam.dan bagaimana Rasulullah SAW mencairkan hati seorang pembenci Islam ini...

ada diriwayatkan salah seorang sahabat baginda Rasulullah SWT datang berjumpa salah seorang isteri Rasulullah SAW lalu bertanyakan soalan "apakah Sunnah Rasulullah SAW yg belum aku lakukan ?" hampir semua sunnah Rasulullah SAW telah dilakukan kecuali satu perkara..lalu isteri baginda menjawap "kamu belum melakukan satu perkara iaitu.kamu belum pergi ke hujung bandar dan memberi seorang seorang fakir dan buta makan"

lalu sahabat ini pun pergi ke hujung kota dengan niat untuk mencari lelaki yg dimaksudkan itu..lalu akhirnya lelaki yang dimaksudkan ini ditemui..lalu lelaki buta ini didekati dan sahabat Rasulullah SAW ini memberi makanan kepada lelaki ini.dan cuba melakukan seperti mana yang Rasulullah SAW lakukan terhadap lelaki buta itu..dan apa yg lebih mengejutkan adalah lelaki ini seorang yang berbangsa Yahudi dan amat2 membenci Rasulullah SAW..kerjanya hanya memaki hamun dan mencaci Rasulullah SAW.

lantas lelaki buta itu bersuara "siapakah kamu ?" sahabat berkata "saya adalah orang yang biasa memberi kamu makanan" lelaki buta itu memberitahu " kamu bukan lelaki itu.lelaki itu lain benar daripada kamu"

lalu sahabat pun bertanya "apa yg membuat kamu rasa saya ini bukan seperti orang yg sebelum ini?" lelaki buta ini memberitahu bahawa peribadi orang yang memberi ia makan sebelum ini amat lembut.lelaki buta itu dapat merasakan peribadi orang itu sungguh mulia biarpun tanpa berkata2. "lelaki itu sering kali datang melawatku dan memberiku makanan.sungguh baik orang itu" sahabat terkejut mendengar kata2 lelaki buta itu.

para sahabat pun memberi makanan kepada lelaki buta itu. "makanan apakah ini ? tidak kah kamu lihat aku tidak mempunyai gigi ?" lelaki buta itu tidak mempunyai gigi dan tidak mampu makan makanan yang keras. sahabat pun terus bertanya "jadi bagaimana anda makan sekiranya lelaki yang sebelum ini datang memberi makanan ?"

"lelaki itu akan mengunyah makanan aku terlebih dahulu sebelum disuapkan kemulut aku" kata lelaki buta tersebut..daripada kisah ini kita dapat lihat bertapa mulia peribadi baginda Rasulullah SAW. dan bagaimana pendekatan Rasulullah SAW terhadap musuh2 baginda..

lalu sahabat pun berkata "tahukah tuan bahawa lelaki yang tuan maksudkan telah pun wafat.dan lelaki yang tuan maksudkan itu adalah lelaki yang sama tuan hina dan tuan keji selama ini" lantas lelaki buta itu terus menangis dan merasa amat kesal dgn segala kesalahannya..kemudian lelaki itu terus memeluk Islam..

Waktu-Waktu Mustajab untuk Berdoa


Assalamualaikum

doa adalah perkara harian yg kita lakukan untuk memiliki sesuatu yang kita impikan..untuk berdoa kita tidak perlu membayar apa2 bayaran.kita tidak perlu apa2 cost.kita hanya perlu meminta pada yang Maha Esa.tetapi mngapa sesetengah doa tidak termakbul ?? mungkin ada diantara kita yang tidak ikhlas dalam berdoa dan ada juga yang mungkin diantara kita telah melakukan sesuatu yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah SWT..marilah kita bersama2 muhasabah diri kita dan disini ada beberapa tips dari Ustaz Zahazan Mohamed tentang waktu2 mustajab untuk berdoa.

1. Ketika hujan.

2. Hendak memulakan solat dan selepas solat.

3. Ketika menghadapi musuh dalam peperangan.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Berdoalah saat doa itu diperkenankan Allah iaitu pada saat bertemu tentera-tentera (berperang), ketika hendak mendirikan sembahyang dan ketika turunnya hujan.” (Hadis mursal yang diriwayatkan oleh Imam al-Nawawi dalam Kitab al-Azkar)

4. Antara azan dan iqamat.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tidak ditolak doa yang dimohonkan antara azan dan iqamat.” (Riwayat al-Tirmizi)

5. Ketika iktidal yang akhir dalam solat.

6. Ketika sujud dalam solat.

7. Ketika khatam al-Quran (30 juzuk).

8. Sepanjang malam, terutamanya pada sepertiga yang akhir dan pada waktu sahur.

9. Sepanjang hari Jumaat.

Kerana mengharapkan bertemu dengan saat ijabah (saat diperkenankan doa) yang terletak antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat.

10. Antara waktu Zuhur dan Asar dan antara Asar dan Maghrib.

selamat beramal :)

tentera putih

assalamualaikum....

apa khabar semua..baru2 ini saya ada mendengar cerita dari ustaz saye mengenai pengalaman sahabat beliau yg pernah melawati Palestin. dan apa yg diceritakan disini adalh suasana amat berbeza. terutama dalam usaha pembangunan modal insan.

ada cerita menarik yg ustaz saya ceritakan iaitu suatu ketika itu dimana pihak tentera Israel bertempur dengan rakyat Palestin dalam usaha mereka yg tidak sudah2 ingin memusnahkan dan mengecam umat Islam. dalam peperangan kali ini rakyat Palestin yang hanye tinggal bebrapa kerat dan berpakaian serba hitam bagi menyukarkan mereka dilihat oleh tentera Israel. sudah tentunya tentera Israel ini ramai dan lengkap bersenjata dan berteknologi canggih. namun mengikut logik akal mmg pihak Israel boleh menang mudah namun secara tiba2 pihak tentera Israel berundur.

dalam usaha mengundurkan para tentera mereka..rakyat Palestin dapat menangkap beberapa tentera Israel. lalu mereka menyoal mereka dan bertanyakan mengapa mereka berundur secara tiba2..lalu mereka memberitahu bahawa ketika mereka melancar serangan bertalu2 keatas kubu Palestin mereka terlihat tentera Palestin semakin ramai.



lalu rakyat dan tentera Palestin ini merasa hairan kerana pihak Palestine tidak menambah langsung bilangan tentera mereka lalu meminta askar Israel ini memceritakan rupa fizikan tentera tambahan Palestin itu..Tentera Israel memberitahu bahawa tentera tambahan itu memakai baju seraba putih dan memiliki tubuh yang jauh lebih besar berbanding tentera Palestine.


sedangkan tentera Palestin memakai pakaian seraba hitam.. dan ada pendapat mngetakan itu adalah bantuan Malaikat dari Allah SWT..



apa yang saya tahu di Palestin digalakkan anak2 kecil sejak usia 3 or 4 tahun untuk menghafal Al-Quran.. dan ada yang berusia 5tahun sudah menghafal Al-Quran..dan dari mendapat ustaz saya kita terlalu berbeza dengan mereka. lelaki berusia 40 tahun pun belum tentu memiliki keimanan or ketaqwaan seperti mereka yg berusia 10 or 11 tahun di Palestine.


dan dari pandangan saya kita mungkin tidak dapat membantu mereka dalam pembangunan Islam seperti mereka di Palestin. berperang bersama mereka apa yang tinggal untuk kita bangunkan adalah Islamic Economic. Takaful,Islamic Financial , Al.Rahnu dan berbagai lagi dalam usaha membangunkan economy Ummah..

Thursday, February 10, 2011

mari mengenali beliau !




salam.

apa khabar saudara dan saudari sekalian..kita selalu mendengar nama Imam Al Ghazali..seorang ulama penting dalam pembangunan Islam.siapakah beliau ini..mari secara ringkas mengenali beliau..





Imam al-Ghazali
Riwayat Hidup

a.Imam Al-Ghazali dilahirkan pada tahun 450 Hijrah bersamaan dengan 1058 Masihi di at-
Taabiran/Ghazalah di bandar Tus, Khurasan (Iran).
b.Nama sebenarnya ialah Abu Hamad Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad Al-Ghazali.

c.Beliau digelar "Al-Ghazali" bersempena dengan gelaran bapanya yang bekerja sebagai pemintal bulu kambing (al-Ghazzal). Ada yang mengatakan mengambil sempena kampung kelahirannya, Ghazalah.

d.Beliau berasal dari keluarga yang miskin. Bapanya merupakan seorang ahli Sufi yang sangat warak.Bapanya mempunyai cita-cita yang tinggi iaitu ingin melihat anaknya menjadi orang alim dan soleh.

e.Imam Al-Ghazali adalah seorang ulama, ahli fikir dan ahli falsafah Islam yang terkemuka hingga kini.

f.Beliau meninggal dunia pada hari Isnin 14 Jamadilakhir tahun 505 Hijrah ( 1111M) di Tus dan
jenazahnya dikebumikan di tempat kelahirannya.

Peribadi
a.Imam Al-Ghazali mempunyai daya hafalan dan ingatan yang kuat dan bijak berhujah.
b.Beliau menguasai berbagai-bagai bidang ilmu pengetahuan.
c.Imam Al-Ghazali sangat mencintai ilmu pengetahuan.
d.Beliau juga sanggup meninggalkan segala kemewahan hidup untuk bermusafir demi untuk mencari dan menuntut ilmu pengetahuan.
e.Beliau terkenal sebagai ahli falsafah Islam yang telah mengharumkan nama ulama Islam di Eropahmelalui hasil-hasil karyanya yang bermutu tinggi.
Pendidikan
a.Pada peringkat awalnya beliau mendapat pendidikan secara percuma kerana keluarganya miskin.Beliau mempelajari ilmu fikah pada waktu itu.
b.Beliau seterusnya mempelajari tauhid, mantiq, usul fikah dan falsafah serta menyelidik dan
mengkaji segala pendapat empat mazhab hingga mahir dalam bidang-bidang tersebut.
c.Selepas itu beliau menyambung pelajarannya dengan seorang guru yang bernama Ahmad Al-
Razkani, kemudian berguru pula dengan Abu Nasr Al-Ismail di Jorjan.
d.Oleh sebab Al-Imam Al-Ghazali memiliki ketinggian ilmu beliau telah dilantik
menjadi mahaguru di Madrasah Nizamiah di Baghdad.
e.Beliau juga telah mengembara ke beberapa tempat seperti Makkah, Madinah, Mesir dan Jerusalem
untuk mendalami ilmu falsafah yang dipelajarinya.
f.Sewaktu dalam pengembaraan, beliau telah menulis kitab "Ihya Ulumiddin" yang memberi
sumbangan yang besar kepada masyarakat dan pemikiran Islam dalam semua masalah yang mana masih menjadi rujukan pada masa kini.

Sumbangan
a.Imam Al-Ghazali berpendapat bahawa, untuk mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat,seseorang itu hendaklah mempunyai ilmu dan diamalkan dengan baik dan ikhlas hanya kerana AllahS.W.T.

b.Imam Al-Ghazali adalah seorang merupakan ahli fikir Islam yang telah meninggalkan jasa yangdapat di nilai melalui hasil-hasil karyanya.

c.Beberapa hasil karya Imam Al-Ghazali telah diterjemahkan ke dalam berbagai-bagai bahasa Eropahuntuk dijadikan rujukan kepada penuntut-penuntut di pusat-pusat pengajian tinggi.

d.Hasil karya beliau yang terkenal ialah Ihya Ulumiddin yang merangkumi ilmu akidah, fikah,
falsafah, akhlak dan tasawuf.
e.Segala hasil-hasil tulisan beliau telah mempengaruhi ahli fikir Islam selepasnya, seperti Jalaluddin ar-Rumi, Syeikh Al-Ashraf, Ibnu Rusyd dan Syah Waliyullah.

f.Kebanyakkan hasil-hasil karya Imam Al-Ghazali berbentuk falsafah. Oleh hal yang demikian
pengkaji-pengkaji Barat menganggap, Imam Al-Ghazali adalah seorang ahli falsafah. Antara hasilhasilkarya beliau yang lain termasuklah:

i. Ihya Ulumiddin.
ii. Al-Munqiz Min ad-Dalal
iii. Mizanul-amal.
iii.Tahafut al-Falasifah
iv.Hidayah Al-Salikin
v.Jawahir Al-Quran.
vi. Minhaj al-Abidin
vii. Asma Allah al-Husna
viii. Ayyuha al-Walad
ix. Kimia as-Sa’adah.



Tuesday, February 8, 2011

maaf




salam

sebelum ini saya pernah menulis tentang maaf dan meminta kemaafan..dan ini ada kaitan sedikit sebanyak dengan cerita tersebut..kaitan dimana bertapa pentingnya kemaafan di dalam Islam..cerita ini saya dengar daripada salah seorang ustaz saya di Universiti..

kisah ini diceritakan kepada sebilangan pelajar dan saya pasti ini memberi impak kepada kehidupan kami secara tidak langsung..kisah ini bermula apabila seorang lelaki di Padang Mahsyar kelak, setelah dihitung amalan dan segala dosa..lelaki ini tidak dapat memasuki Syurga.

begitu hampa dan kecewa lelaki tersebut. lantas lelaki tersebut bertanyakan kepada Malaikat. "wahai malaikat,mengapa saya tidak dapat menjadi salah seorang ahli syurga ??" kata lelaki tersebut..

lalu Malaikat menjawab "kamu layak untuk menjadi ahli syurga sekiranya lelaki ini meredhai kamu" lelaki tadi merasa hairan, siapakah lelaki yg dimaksudkan oleh malaikat itu.. lalu malaikat memanggil lelaki yang tidak meredhai itu bertemunya..

lalu lelaki itu bertanya "mengapakah anda tidak merdhai saya,apakah salah saya kepada anda.sekiranya ada saya mohon maaf" namun lelaki tersebut enggan memaafkan..lalu kemudian lelaki ini yg enggan memaafkan ini terpandang sebuah istana yg amat cantik didalam syurga..die melihatnya dari luar dan walaupun dari jauh keindahan istana itu tetap terserlah..lalu lelaki yg enggan memaafkan ini bertanya kepada malaikat.

"siapakah pemilik istana itu wahai malaikat ?" lalu malaikat menjawap "itu adalah istana buat kamu,sekiranya kamu memaafkan lelaki ini" lelaki itu pun terus memaafkan lelaki tadi dan akhirnya kedua2 lelaki ini dapat memasuki syurga yg menjadi idaman seluruh umat Islam.

morale of the story is memaafkan sesama manusia itu mungkin sukar dilakukan,namun disebalik segala kemaafan tersebut terselindung seribu hikmah yang hanya Allah SWT yg mngetahuinya..segal peringatan untuk tuan2 dan puan2 serta diri saya sendiri :)

p/s: gambar sekadar hiasan

Monday, February 7, 2011

rumah murah untuk dijual !!!


salam

ade x sesiapa yang sedang mencari rumah untuk dibeli ?? baru2 ni ade terbace dalam paper yang ade rumah murah untuk dijual..rumah ini terletak di Hasting, Britain..rumah lawa terletak kat tepi pantai..biase la rumah banglo and terletak kat tepi pantai pulak kan..mesti cun punye la..tape mesti ramai hairan kenape la rumah ni dikatakan murah sedangkan ia banglo dan terletak di tepi pantai ??

actually rumah ini dijual murah atas sebab terletak berhampiran..opss silap..bukan berhampiran da..tp terlalu dekat dengan pencawang elektrik..so that why murah ni dijual dengan harga yg amat murah..

ia dijual pada harga £99,950 (RM488,779) walaupun harga sebenar rumah banglo itu di pasaran ialah £250,000 (RM759,000). rm488,779 kire murah la gak bg banglo..time sekolah menengah dulu cikgu fizik(Cikgu Norseha@SMK rawang) mengatakan mengikut research yg dijalankan menunjukkan bahawa sesiapa yang tinggal berhampiran dengan pencawang elektrik mempunyai potensi untuk memiliki anak sindrom.

so ade betulnya sebab itu rumah ini dijual pada harga murah kn..orang zaman sekarang ni ramai da mempunyai kesedaran terhadap kesihatan diri n family.. :)

sumber: kosmo 8Feb2011

nk jadi penoreh getah la cmni

salam

sekarang ni harga getah melambung tinggi. memang kaya la sape2 kat Malaysia ni yg ade ladang getah..mane tak getah RM8 sekilo n ade samapai RM15 sekilo. baru2 ni kuar paper penoreh getah dapat income RM3500 sebulan dan ade yg boleh cecah sampai RM8000 sebulan.



income yg boleh melebihi gaji seorang penjawat awam di negara kita.di tambah pula dengan keadaan cuaca yg begitu baik sejak akhir2 ini.tu yg ade pemilik ladang getah menjaga sendiri ladang mereka demi menjaga keselamatan pokok2 dan hasil getah mereka daro dikebas orang2 yg tidak bertanggungjawab..



bagus la kan..zaman opah saye menoreh dulu2 mmg sedih kehidupan penoreh getah..mane taknye bak kate pepatah kais pagi makan pagi,kais ptg mkn petang..economi menunjukkan bahawa permintaan terhadap getah semakin melambung..so harap2 penoreh2 getah Malaysia menggunakan peluang ini sebaiknya untung mencari rezeki halal :)

sebagaimana yang telah kita lakukan



salam

arini pergila ke kedai potostet nk kene potostet byk bende ni..terpandang kat wall kedai tu pasal dosa2 besar..dan lebih menakutkan ade 70 kesemuanya dosa2 besar yg disenaraikan..
bila saye teliti satu persatu rase mcm byk jek yg terbuat..masyallah..kadang2 kite xsedar pon yg kite buat perkara2 dalam list ini..

bse la kn..kite manusia lemah yg sentiasa bergelumang dgn dosa..bukan setakat anda je..penulis ni pon same gak..kdg2 terkasar dgn ibu n ayah dgn xsengaje..masyallah..lepas ni try la ubah diri ni sket..mari kite hayati list dosa2 besar dibawah ni..



1. Syirik
2. Membunuh Manusia
3. Sihir
4. Tinggal Sembahyang
5. Tidak Mengeluarkan Zakat
6. Tidak Berpuasa
7. Tidak Mengerjakan Haji Walaupun Berkemampuan

8. Derhaka Kepada Ibu Bapa
9. Memutuskan Silatulraham
10.Berzina
11.Homosex
12.Memakan Riba
13.Memakan Harta Anak Yatim
14.Mendustakan Allah S.W.T dan Rasul
15.Lari dari Medan Perang
16.Sombong



17.Saksi Palsu
18.Meminum Arak
19.Pemimpin Yang Penipu dan Kejam
20.Berjudi
21.Menuduh orang baik melakukan Zina
22.Menipu harta rampasan Perang
23.Mencuri
24.Merompak
25.Sumpah Palsu
26.Berlaku Zalim
27.Pemungut cukai yang Zalim
28.Makan dari kekayaan yang Haram
29.Bunuh Diri
30.Berbohong
31.Hakim yang Tidak adil
32.Rasuah
33.Wanita yang menyerupai Lelaki
34.Tidak Cemburu
35.Cina Buta
36.Tidak Suci Hadas kecil
37.RIAK Mempamerkan Diri
38.Ulamak Dunia (jahat)
39.Khianat
40.Mengungkit-Ungkit Pemberian
41.Mangingkari Takdir
42.Mencari Kesalahan Orang lain
43.Menabur Fitnah
44.Mengutuk Umat Islam
45.Mengingkari Janji
46.Percaya Kepada Sihir dan Nujum
47.Derhaka kepada Suami
48.Gambar pada Baju
49.Menamparkan pipi dan meratap jika terkena bala
50.Menggangu Orang lain
51.Berbuat Zalim terhadap yg lemah
52.Menggangu Tetangga
53.Menyakiti dan Memaki Orang Islam
54.Derhaka kepada Hamba Allah S.W.T dan menggangap dirinya baik
55.Melabuhkan Pakaian
56.Lelaki yang memakai Sutera dan Emas
57.Hamba Lari dari Tuan
58.Sembelihan Untuk Selain Dari Allah S.W.T
59.Menjadi Pak Sanggup
60.Berdebat dan Bermusuh
61.Enggan Memberi Kelebihan Air
62.Mengurangkan Timbangan
63.Merasa Aman Dari Kemurkaan Allah S.W.T
64.Putus Asa Dari Rahmat Allah S.W.T
65.Meninggalkan Sembahyang Berjemaah
66.Meninggalkan Sembahyang Jumaat
67.Menguragi Wasiat
68.Menipu
69.Mengintip Rahsia dan Membuka Rahsia Orang Lain
70.Mencela Nabi dan Sahabat


semoga ini menjadi peringatan untuk kite semua yer..berusaha ke arah kebaikan xsalah kan..berusaha lebih baik dari melihat dan hanya tahu mengkritik..selamat beramal :)

Sunday, February 6, 2011

jangan politikkan semua perkara !!

salam

sejak seminggu lebih ni dunia digemparkan dengan pergolakan di Mesir. dan seramai 11ribu pelajar kita terpaksa dipindahkan secara beransur2dari Mesir ke Jeddah dan kemudiannya dihantar pulang ke Malaysia.
segala usaha ini amat bermakna buat mereka yang tinggal disana yang diibaratkan seperti berada dimedan perang dimana orang awam membawa senjata dijalanan, seperti yg diberitahu ada banduan yang berjaya melepaskan diri daripada
penjara, rumah2 penduduk decerobohi oleh rakyat negara itu sendiri.Segala usaha menyelamat itu dilakukan dengan usaha kerajaan Malaysia, syarikat2 penerbangan ,individu2, kerajaan Mesir dan negara2 jiran mesir seperti Arab Saudi
dan Jordan.




Dalam pelbagai usaha menyelamatkan ini terdapat bebrapa suara2 kurang enak untuk kita dengari seperti ada khabar angin di laman sosial Facebook yg mana mengatakan bahawa pelajar ini dikena bayaran untuk pulang ke tanah air,
segala tomahan dan kata2 kurang enak ini sudah biasa dalam kehidupan masyarakat kita kan.kenapa tidak bersama memberi buah fikiran bagaimana mahu menyelamatkan rakyat Malaysia dan pelajar3 Malaysia disana.
sebaiknya semua rakyat tanpa mengira fahaman politik bersama2 memikirkan jalan terbaik untuk membawa pelajar2 kita pulang dengan selamat.



fahaman politik yang berbeza menyebabkan timbul dan wujudnya khabar2 angin ini sedangkan semua ibu bapa pelajar tanpa mengira fahaman politik mahupun berbeza pendirian dengan kerajaan negara ini amat menyokong usaha kerajaan kita dalam membantu mengeluarkan
pelajar kita dari negara yang sedang bergolak ini.berfikiran matang dalam mengkritik sesuatu usaha. take part sekali dalam usaha ini bukan hanya berpeluk tubuh dan hanya menyuarakan kritikan sahaja.biar apa pun fahaman politik namun sekiranya usaha yang dijalankan itu
mendatangkan manfaat bersama dan selagi tidak bertentangan dengan syariat Islam mengapa kita tidak menyokong..

secara jujur saya amat memuji usaha pihak2 ini dalam usaha mengeluarkan pelajar kita dari Mesir. :)