Pages

Thursday, February 17, 2011

closed to your enemy !!

Assalamualaikum

ape khabar saudara saudari sekalian...harap2 pada pagi jumaat ini kita semua sentiasa memperoleh hidayah dari Allah SWT..

sebagaimana yang kita ketahui baginda Rasulullah SAW mempunyai keperibadian yang mulia dan memiliki perancangan yang berbeza untuk setiap musuh2 Islam.dan bagaimana Rasulullah SAW mencairkan hati seorang pembenci Islam ini...

ada diriwayatkan salah seorang sahabat baginda Rasulullah SWT datang berjumpa salah seorang isteri Rasulullah SAW lalu bertanyakan soalan "apakah Sunnah Rasulullah SAW yg belum aku lakukan ?" hampir semua sunnah Rasulullah SAW telah dilakukan kecuali satu perkara..lalu isteri baginda menjawap "kamu belum melakukan satu perkara iaitu.kamu belum pergi ke hujung bandar dan memberi seorang seorang fakir dan buta makan"

lalu sahabat ini pun pergi ke hujung kota dengan niat untuk mencari lelaki yg dimaksudkan itu..lalu akhirnya lelaki yang dimaksudkan ini ditemui..lalu lelaki buta ini didekati dan sahabat Rasulullah SAW ini memberi makanan kepada lelaki ini.dan cuba melakukan seperti mana yang Rasulullah SAW lakukan terhadap lelaki buta itu..dan apa yg lebih mengejutkan adalah lelaki ini seorang yang berbangsa Yahudi dan amat2 membenci Rasulullah SAW..kerjanya hanya memaki hamun dan mencaci Rasulullah SAW.

lantas lelaki buta itu bersuara "siapakah kamu ?" sahabat berkata "saya adalah orang yang biasa memberi kamu makanan" lelaki buta itu memberitahu " kamu bukan lelaki itu.lelaki itu lain benar daripada kamu"

lalu sahabat pun bertanya "apa yg membuat kamu rasa saya ini bukan seperti orang yg sebelum ini?" lelaki buta ini memberitahu bahawa peribadi orang yang memberi ia makan sebelum ini amat lembut.lelaki buta itu dapat merasakan peribadi orang itu sungguh mulia biarpun tanpa berkata2. "lelaki itu sering kali datang melawatku dan memberiku makanan.sungguh baik orang itu" sahabat terkejut mendengar kata2 lelaki buta itu.

para sahabat pun memberi makanan kepada lelaki buta itu. "makanan apakah ini ? tidak kah kamu lihat aku tidak mempunyai gigi ?" lelaki buta itu tidak mempunyai gigi dan tidak mampu makan makanan yang keras. sahabat pun terus bertanya "jadi bagaimana anda makan sekiranya lelaki yang sebelum ini datang memberi makanan ?"

"lelaki itu akan mengunyah makanan aku terlebih dahulu sebelum disuapkan kemulut aku" kata lelaki buta tersebut..daripada kisah ini kita dapat lihat bertapa mulia peribadi baginda Rasulullah SAW. dan bagaimana pendekatan Rasulullah SAW terhadap musuh2 baginda..

lalu sahabat pun berkata "tahukah tuan bahawa lelaki yang tuan maksudkan telah pun wafat.dan lelaki yang tuan maksudkan itu adalah lelaki yang sama tuan hina dan tuan keji selama ini" lantas lelaki buta itu terus menangis dan merasa amat kesal dgn segala kesalahannya..kemudian lelaki itu terus memeluk Islam..

No comments:

Post a Comment