Pages

Thursday, February 10, 2011

mari mengenali beliau !




salam.

apa khabar saudara dan saudari sekalian..kita selalu mendengar nama Imam Al Ghazali..seorang ulama penting dalam pembangunan Islam.siapakah beliau ini..mari secara ringkas mengenali beliau..





Imam al-Ghazali
Riwayat Hidup

a.Imam Al-Ghazali dilahirkan pada tahun 450 Hijrah bersamaan dengan 1058 Masihi di at-
Taabiran/Ghazalah di bandar Tus, Khurasan (Iran).
b.Nama sebenarnya ialah Abu Hamad Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad Al-Ghazali.

c.Beliau digelar "Al-Ghazali" bersempena dengan gelaran bapanya yang bekerja sebagai pemintal bulu kambing (al-Ghazzal). Ada yang mengatakan mengambil sempena kampung kelahirannya, Ghazalah.

d.Beliau berasal dari keluarga yang miskin. Bapanya merupakan seorang ahli Sufi yang sangat warak.Bapanya mempunyai cita-cita yang tinggi iaitu ingin melihat anaknya menjadi orang alim dan soleh.

e.Imam Al-Ghazali adalah seorang ulama, ahli fikir dan ahli falsafah Islam yang terkemuka hingga kini.

f.Beliau meninggal dunia pada hari Isnin 14 Jamadilakhir tahun 505 Hijrah ( 1111M) di Tus dan
jenazahnya dikebumikan di tempat kelahirannya.

Peribadi
a.Imam Al-Ghazali mempunyai daya hafalan dan ingatan yang kuat dan bijak berhujah.
b.Beliau menguasai berbagai-bagai bidang ilmu pengetahuan.
c.Imam Al-Ghazali sangat mencintai ilmu pengetahuan.
d.Beliau juga sanggup meninggalkan segala kemewahan hidup untuk bermusafir demi untuk mencari dan menuntut ilmu pengetahuan.
e.Beliau terkenal sebagai ahli falsafah Islam yang telah mengharumkan nama ulama Islam di Eropahmelalui hasil-hasil karyanya yang bermutu tinggi.
Pendidikan
a.Pada peringkat awalnya beliau mendapat pendidikan secara percuma kerana keluarganya miskin.Beliau mempelajari ilmu fikah pada waktu itu.
b.Beliau seterusnya mempelajari tauhid, mantiq, usul fikah dan falsafah serta menyelidik dan
mengkaji segala pendapat empat mazhab hingga mahir dalam bidang-bidang tersebut.
c.Selepas itu beliau menyambung pelajarannya dengan seorang guru yang bernama Ahmad Al-
Razkani, kemudian berguru pula dengan Abu Nasr Al-Ismail di Jorjan.
d.Oleh sebab Al-Imam Al-Ghazali memiliki ketinggian ilmu beliau telah dilantik
menjadi mahaguru di Madrasah Nizamiah di Baghdad.
e.Beliau juga telah mengembara ke beberapa tempat seperti Makkah, Madinah, Mesir dan Jerusalem
untuk mendalami ilmu falsafah yang dipelajarinya.
f.Sewaktu dalam pengembaraan, beliau telah menulis kitab "Ihya Ulumiddin" yang memberi
sumbangan yang besar kepada masyarakat dan pemikiran Islam dalam semua masalah yang mana masih menjadi rujukan pada masa kini.

Sumbangan
a.Imam Al-Ghazali berpendapat bahawa, untuk mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat,seseorang itu hendaklah mempunyai ilmu dan diamalkan dengan baik dan ikhlas hanya kerana AllahS.W.T.

b.Imam Al-Ghazali adalah seorang merupakan ahli fikir Islam yang telah meninggalkan jasa yangdapat di nilai melalui hasil-hasil karyanya.

c.Beberapa hasil karya Imam Al-Ghazali telah diterjemahkan ke dalam berbagai-bagai bahasa Eropahuntuk dijadikan rujukan kepada penuntut-penuntut di pusat-pusat pengajian tinggi.

d.Hasil karya beliau yang terkenal ialah Ihya Ulumiddin yang merangkumi ilmu akidah, fikah,
falsafah, akhlak dan tasawuf.
e.Segala hasil-hasil tulisan beliau telah mempengaruhi ahli fikir Islam selepasnya, seperti Jalaluddin ar-Rumi, Syeikh Al-Ashraf, Ibnu Rusyd dan Syah Waliyullah.

f.Kebanyakkan hasil-hasil karya Imam Al-Ghazali berbentuk falsafah. Oleh hal yang demikian
pengkaji-pengkaji Barat menganggap, Imam Al-Ghazali adalah seorang ahli falsafah. Antara hasilhasilkarya beliau yang lain termasuklah:

i. Ihya Ulumiddin.
ii. Al-Munqiz Min ad-Dalal
iii. Mizanul-amal.
iii.Tahafut al-Falasifah
iv.Hidayah Al-Salikin
v.Jawahir Al-Quran.
vi. Minhaj al-Abidin
vii. Asma Allah al-Husna
viii. Ayyuha al-Walad
ix. Kimia as-Sa’adah.



No comments:

Post a Comment