Pages

Tuesday, February 22, 2011

siapa mahu kahwin ??


Assalamualaikum

semoga tuan2 dan puan2 sihat2 belaka..baru2 ni saya ade tonton video ceramah yg dipost dalam profile Ustaz Kazim Elias..tajuknya tentang cinta.dan saya amat bersetuju tentang cinta yang dimaksudkan disini yang mana membawa kepada keberkatan dan restu..

Keredhaan Allah SWT itu terletak pada keredhaan ibu bapa..adakah calon isteri or suami pilihan kita itu menjadi pilihan kedua ibu dan bapa kita ?? mari kita fikirkan bersama.

saya berusia 23thn. sudah ramai sahabat2 saya mendirikan rumah tangga.Alhamdulillah syukur.. bagaimana dengan saya ? so far saya xrase perkahwinan itu menjadi sasaran utama setelah menamatkan pengajian thn depan.

perkahwinan itu bagus.terutama pada usia muda atas sebab ingin mengelakkan daripada melakukan maksiat.dan saya pernah post mengenai perkahwinan muda ini..tetapi bagaimana pula bagi keluarga yang berpendapatan rendah mahupun sederhana ?

saya ambil contoh diri saya sendiri yang mana datang daripada kelompok keluarga berpendapatan sederhana.sudah berpuluh tahun pengorbanan ibu dan ayah saya dalam memberikan kasih dan sayang serta memberi peluang melanjutkan pelajaran.takkan saya nak terus melangsungkan perkahwinan sebaik sahaja menamatkan pengajian ??

insyallah selepas tamat pengajian nanti.perkara utama adalah keluarga..May Allah SWT bless our effort :)

3 comments: