Pages

Thursday, February 17, 2011

Waktu-Waktu Mustajab untuk Berdoa


Assalamualaikum

doa adalah perkara harian yg kita lakukan untuk memiliki sesuatu yang kita impikan..untuk berdoa kita tidak perlu membayar apa2 bayaran.kita tidak perlu apa2 cost.kita hanya perlu meminta pada yang Maha Esa.tetapi mngapa sesetengah doa tidak termakbul ?? mungkin ada diantara kita yang tidak ikhlas dalam berdoa dan ada juga yang mungkin diantara kita telah melakukan sesuatu yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah SWT..marilah kita bersama2 muhasabah diri kita dan disini ada beberapa tips dari Ustaz Zahazan Mohamed tentang waktu2 mustajab untuk berdoa.

1. Ketika hujan.

2. Hendak memulakan solat dan selepas solat.

3. Ketika menghadapi musuh dalam peperangan.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Berdoalah saat doa itu diperkenankan Allah iaitu pada saat bertemu tentera-tentera (berperang), ketika hendak mendirikan sembahyang dan ketika turunnya hujan.” (Hadis mursal yang diriwayatkan oleh Imam al-Nawawi dalam Kitab al-Azkar)

4. Antara azan dan iqamat.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tidak ditolak doa yang dimohonkan antara azan dan iqamat.” (Riwayat al-Tirmizi)

5. Ketika iktidal yang akhir dalam solat.

6. Ketika sujud dalam solat.

7. Ketika khatam al-Quran (30 juzuk).

8. Sepanjang malam, terutamanya pada sepertiga yang akhir dan pada waktu sahur.

9. Sepanjang hari Jumaat.

Kerana mengharapkan bertemu dengan saat ijabah (saat diperkenankan doa) yang terletak antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat.

10. Antara waktu Zuhur dan Asar dan antara Asar dan Maghrib.

selamat beramal :)

No comments:

Post a Comment