Pages

Monday, March 21, 2011

semoga Allah SWT melindungi Jepun dan isi kandungannya..



Assalamualaikum...

apa khabar saudara saudari sekalian..diharap anda dalam keadaan sihat dan sejahtera hendaknya..sekarang ni masih lagi heboh diperkatakan tentang kemusnahan Jepun dan yang paling membimbangkan adalah kesan dari loji nuklear Fukushima yang mana berada didalam proses pemulihan...

keadaan ekonomi jepun pun dalam keadaan membimbangkan apabila kerajaan pusat telah kerugian sejumlah AS$200 billion (RM610.7 billion) dalam krisis ini..seperti post saya yg sebelum ini iaitu sikap segilintir masyarakat kita yang masih lagi memperlekehkan Jepun dengan mengulangi ayat "Doremon,Ultraman tidak membantu dalam krisis ini.."



jangan lah kita senang2 memperlekehkan mereka..biar sekalipun kebanyakan mereka adalah org bkn Islam namun Islam adalah agama yang mulia..dan kita tidak disuruh memperlekehkan mereka biarpun berlainan agama dan bangsa.



usaha perbagai pihak dalam membantu negara matahari terbit ini amat dipuji..semoga lebih ramai individu dan badan2 NGO tampil dalam menghulurkan bantuan..

semoga Allah SWT melindungi Jepun dan segala isi kandungannya..amin :)



Monday, March 14, 2011

hormat sikit la saudara

Assalamualaikum



lama dah rasanya xmenulis kat dalam ni..sebagaimana yang telah kita ketahui baru2 ni Jepun dilanda gempa bumi. dalam banyak video dalam youtube memang ngeri la tgk...lebih kurang sama seperti Tsunami yang melanda Acheh..Masyallah..semua atas kuasa Allah SWT..kita hanya mampu menadah tangan berdoa agar mereka diselamatkan dan kita sendiri Malaysia terlindung daripada malapetaka sedemikian.



tetapi bukan itu yang menjadi isu sekarang..apa yang ingin saya perkatakan adalah sikap rakyat Malaysia sendiri. ade ke patut ckp ultraman mane time saat2 genting Tsunami kat Jepun cm ni..Mane Power Ranger or Doremon.. xkira la sapa2 pon yang post kat FB itu..rakyat biasa or artist sekalipun sedarlah bahawa anda tidak ada hak untuk menhina sesiapa seperti itu..bagaimana perasaan kita sekiranya ada sanak saudara kita disana..so tolong hormati mereka yang sedang berduka dan kehilangan...

Thursday, March 3, 2011

siapa yang tidak sayang pada kedua ibu bapa mereka ?


Assalamualaikum

apa khabar semua..pagi tadi Encik Saedon Hassan@ayahku mesej..tanye duit cukup ke x ? terharu bila ada yang menanyakan sedemikian.. rasa kasih dan sayang itu begitu jelas walau sekadar satu mesej...

pada zaman sekarang ni banyak betul rumah2 org tua kat mane2 dalam Malaysia ni..betul la ade pepatah Melayu mengatakan bahawa "seorang ibu mungkin mampu menjaga,mendidik,menyayangi 9orang anak,tetapi 9orang anak belum tentu seorang mampu melakukan perkara yg sama seperti ibu mereka"

baru2 ini 1of my frenz baru saje kehilangan bapanya..Al-Fatihah..bayangkan seorang insan yang kita amat kasihi meninggalkan kita buat selamanya..

Dalam Islam turut menyatakan bahawa bertapa penting mentaati dan menghormati kedua ibu bapa

diriwayatkan oleh al-hakim

Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: “ Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”

Riwayat al-Hakim
Pengajaran hadis:
i) Tanggungjawab anak terhadap kedua-dua ibu bapa terbahagi kepada dua iaitu tanggungjawab semasa mereka masih hidup dan tanggungjawab selepas mereka meninggal dunia.

ii) Semasa kedua-dua ibu bapa masih hidup anak-anak hendaklah berbakti dan berbuat baik kepada mereka kerana ibu bapa adalah orang yang paling banyak berjasa kepada anak. Di antara adab yang mesti dipraktikkan sentiasa ialah berlemah lembut dan berbudi bahasa apabila berkomunikasi dengan mereka, berbelanja untuk keperluan ibu bapa dan menjaga mereka dengan sebaik-baiknya.

iii) Manakala apabila kedua-dua ibu bapa telah meninggal dunia adalah menjadi tanggungjawab anak-anak untuk mendoakan kesejahteraan ibu bapa mereka, menzirahi pusara mereka, melaksanakan nazar mereka yang belum tertunai, menghubungkan silaturahim dengan sahabat handai ibu bapa, mengqadakan puasa yang terhutang, menunaikan haji sekiranya mampu, membaca al-Quran dan melunaskan hutang ibu bapa yang belum langsai semasa hayat mereka.

iv) Sesungguhnya bagi setiap anak, meskipun telah mempunyai keluarga sendiri mereka wajib mentaati dan menghormati kedua-dua ibu bapa. Anak yang tidak mentaati kedua-dua ibu bapa dianggap sebagai anak yang derhaka sedangkan kesalahan menderhaka termasuk di kalangan dosa-dosa besar.

v) Setiap anak yang derhaka akan dilaknat oleh Allah S.W.T, amalan dan ibadah mereka tidak diterima dan tidak akan mendapat ganjaran yang memungkinkan perbuatan baik yang dilakukan sepanjang hayatnya akan sia-sia. Oleh itu Islam menitikberatkan keredaan kedua-dua ibu bapa agar hidup sentiasa diberkati Allah.

Wednesday, March 2, 2011

penyakit Tibi !!

Assalamualaikum...

mesti anda pernah dengar tentang peyakit Tibi ini..bukan penyakit TV ok..haha..mari kita berkenalan dengan penyakit ini supaya kita dapat bersama pencegah penyakit ini..

Apakah itu penyakit Tibi ?

ia merupakan sejenis penyakit berjangkit berbahaya yg boleh membawa maut sekiranya tidak mendapat rawatan yg sempurna.Penyakit ini disebabkan oleh kuman Tibi (tubercle Bacili) yg biasanya menjangkiti paru-paru. ia juga boleh menyerang bahagian-bahagian lain badan seperti:
  • otak
  • tulang
  • kelenjar
  • kulit
  • buah pinggang
Tanda dan gejala penyakit Tibi ?
  • batuk berterusan lebih daripada 2minggu
  • kahak yang mengandungi darah
  • demam dan berpeluh lazimnya pada sebelah petang dan malam
  • susut berat badan dan hilang selera makan
  • sakit dada apabila batuk dan menarik nafas panjang
  • mudah letih
Cara jangkitan

kuman Tibi disebarkan melalui udara. Pesakit Tibi akan mengeluarkan kuman Tibi ke udara apabila batuk atau bersin. setiap individu yg menyedut udara tercemar ini terdedah kepada jangkitan kuman Tibi..



Cara mengatasi Tibi

sekiranya anda mempunyai tanda gejala penyakit Tibi anda diminta :
  • melakukan pemeriksaan kahak atau
  • Menjalani pemeriksaan x-ray di klinik kesihatan atau hospital berdekatan
Pencegahan
  • Dapatkan suntikan BCG bagi bayi baru lahir,murid sekolah darjah 1 (7tahun) sekiranya tiada parut di lengan
  • dapatkan pemeriksaan segera sekiranya anda mengalami batuk berterusan lebih daripada 2mggu
  • Kontek, iaitu ahli keluarga atau individu yg rapat dgn pesakit Tibi hendaklah tampil membuat pemeriksaan,


Nasihat Am
  • banyakkan cahaya matahari masuk kedalam rumah anda kerana cahaya matahari akan membunuh kuman Tibi
  • pastikan rumah anda mendapat mengudaraan yang sempurna dgn membukaa pintu dan tingkap
  • amalkan gaya hidup yang sihat dan pemakanan yang seimbang :)
sumber: bahagian pendidikan kesihatan dan bahagian kawalan penyakit kementerian kesihatan Malaysia