Pages

Wednesday, March 2, 2011

penyakit Tibi !!

Assalamualaikum...

mesti anda pernah dengar tentang peyakit Tibi ini..bukan penyakit TV ok..haha..mari kita berkenalan dengan penyakit ini supaya kita dapat bersama pencegah penyakit ini..

Apakah itu penyakit Tibi ?

ia merupakan sejenis penyakit berjangkit berbahaya yg boleh membawa maut sekiranya tidak mendapat rawatan yg sempurna.Penyakit ini disebabkan oleh kuman Tibi (tubercle Bacili) yg biasanya menjangkiti paru-paru. ia juga boleh menyerang bahagian-bahagian lain badan seperti:
  • otak
  • tulang
  • kelenjar
  • kulit
  • buah pinggang
Tanda dan gejala penyakit Tibi ?
  • batuk berterusan lebih daripada 2minggu
  • kahak yang mengandungi darah
  • demam dan berpeluh lazimnya pada sebelah petang dan malam
  • susut berat badan dan hilang selera makan
  • sakit dada apabila batuk dan menarik nafas panjang
  • mudah letih
Cara jangkitan

kuman Tibi disebarkan melalui udara. Pesakit Tibi akan mengeluarkan kuman Tibi ke udara apabila batuk atau bersin. setiap individu yg menyedut udara tercemar ini terdedah kepada jangkitan kuman Tibi..



Cara mengatasi Tibi

sekiranya anda mempunyai tanda gejala penyakit Tibi anda diminta :
  • melakukan pemeriksaan kahak atau
  • Menjalani pemeriksaan x-ray di klinik kesihatan atau hospital berdekatan
Pencegahan
  • Dapatkan suntikan BCG bagi bayi baru lahir,murid sekolah darjah 1 (7tahun) sekiranya tiada parut di lengan
  • dapatkan pemeriksaan segera sekiranya anda mengalami batuk berterusan lebih daripada 2mggu
  • Kontek, iaitu ahli keluarga atau individu yg rapat dgn pesakit Tibi hendaklah tampil membuat pemeriksaan,


Nasihat Am
  • banyakkan cahaya matahari masuk kedalam rumah anda kerana cahaya matahari akan membunuh kuman Tibi
  • pastikan rumah anda mendapat mengudaraan yang sempurna dgn membukaa pintu dan tingkap
  • amalkan gaya hidup yang sihat dan pemakanan yang seimbang :)
sumber: bahagian pendidikan kesihatan dan bahagian kawalan penyakit kementerian kesihatan Malaysia

No comments:

Post a Comment