Pages

Monday, March 21, 2011

semoga Allah SWT melindungi Jepun dan isi kandungannya..



Assalamualaikum...

apa khabar saudara saudari sekalian..diharap anda dalam keadaan sihat dan sejahtera hendaknya..sekarang ni masih lagi heboh diperkatakan tentang kemusnahan Jepun dan yang paling membimbangkan adalah kesan dari loji nuklear Fukushima yang mana berada didalam proses pemulihan...

keadaan ekonomi jepun pun dalam keadaan membimbangkan apabila kerajaan pusat telah kerugian sejumlah AS$200 billion (RM610.7 billion) dalam krisis ini..seperti post saya yg sebelum ini iaitu sikap segilintir masyarakat kita yang masih lagi memperlekehkan Jepun dengan mengulangi ayat "Doremon,Ultraman tidak membantu dalam krisis ini.."



jangan lah kita senang2 memperlekehkan mereka..biar sekalipun kebanyakan mereka adalah org bkn Islam namun Islam adalah agama yang mulia..dan kita tidak disuruh memperlekehkan mereka biarpun berlainan agama dan bangsa.



usaha perbagai pihak dalam membantu negara matahari terbit ini amat dipuji..semoga lebih ramai individu dan badan2 NGO tampil dalam menghulurkan bantuan..

semoga Allah SWT melindungi Jepun dan segala isi kandungannya..amin :)



No comments:

Post a Comment