Pages

Wednesday, April 27, 2011

Hari2 fogging



Assalamualaikum...

bdk bilik saye ngadu yang hari2 kat kawasan flat pkns sek7 Shah Alam ni kene fogging..hehe kesian die..myb die xselesa dgn environment yg beasap2 cmni..xpela.tp bg saye xpela..lgpun free je kan..bkn lps dorg fogging trus dapat bill suh bayar kn hehe..

skng ni siap ade poster besar2 lg nk suruh public aware psk denggi ni..n selaku ahli community saye pun ade pesanan untuk anda hehe..

due to byk denggi cases lately..saye ade terbace tentang tnda2 demam denggi.antara tanda2 tersebut adalah :
  • bintik2 merah pada kulit (bukan cacar air k )
  • sakit kepala yang kuat
  • sakit teruk pada tulang, otot , sendi , biji mata
  • hilang selera makan
  • sakit perut
sekiranya anda memiliki tanda2 berikut sila dapatkan rawatan secepat mungkin..igtlah org tersayang hehe..



kite sume mesti penah dgr "mencegah lebih baik daripada mengubati" so secara jujurnya saye ingin menyatakan bhwa kita sendiri yang membuatkan kawasan persekitaran kita kotor dan menjadi tmpat nyamuk2 ini membiak.so
  • luangkan masa 10 minit hujung minggu anda untuk ,encari dan memusnahkan Aedes di rumah anda.
  • bantu anggota kesihatan semasa fogging dgn cara : buka semua tingkap dan pintu terutama bilik mandi.
haaa and most important thing is bahan kimia yg digunakan untuk fogging adalah berasaskan air dan selamat dan tidak meninggalkan kesan dan bau yg kekal..

semoga hidup kita bebas Denggi :)

reaksi Syaitan !


Assalamualaikum wbt...

ape khabar semua kat sini ade smthng yg saye nk share dgn anda..

1)Ketika anda membawa Al-Quran, respon syaitan ialah biasa-biasa saja…tengok je..

2)Ketika anda membukanya, syaitan mulai curiga.

3)Ketika anda membacanya, dia resah dan gelisah.

4)Ketika anda memahaminya, dia mula terkejang-kejang


5)Ketika anda mengamalkan Al-Quran dlm kehidupan setiap hari. Dia stroke. …………

Teruskan membaca Al-Quran & mengamalkannya agar syaitan terus stroke .

Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya. Syaitan kata “jgn SEBARKAN, kerana ia tidak penting langsung !”

SEBAR2KAN LAH~~ Jangan dengar bisikan syaitan.

Tuesday, April 26, 2011

Memartabatkan Produk Halal Malaysia !!



Assalamualaikum

Warga Kelantan menyambut baik usaha Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menganjurkan Karnival Halal Kelantan yang akan berlangsung selama tiga hari bermula 28 Mei depan - petikan daripada Kosmo 27 April 2011

event paling bagus utk para peniaga di Malaysia ni..Karnival yang akan berlangsung di Kompleks Islam Darul Naim, Kota Bharu itu menyediakan pelbagai aktiviti menarik seperti ruang pameran dan jualan selain beberapa seminar antaranya panduan restoran halal serta pensijilan halal untuk industri perhotelan..

bagi saye karnival ini bukan sahaja membantu usahawan2 Muslim namun turut mempromosikan Barangan Malaysia di mata antarabangsa..negeri2 lain juga harus mencontohi langkah mulia Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) ini dalam memperkukuhkan ekonomi umat Islam..

karnival itu merupakan platform terbaik untuk peniaga dan pengusaha produk memahami pentingnya setiap produk yang dihasilkan bersih dan halal. karnival ini juga membolehkan usahawan2 dapat berkongsi idea dan pelbagai selok belok dalam dunia perniagaa.



Apa yang penting, kita dapat memahami konsep halal yang sebenarnya dan pendedahan yang diberikan pasti sangat berguna kerana ketika ini terlalu banyak produk di pasaran yang diragui status halalnya.

langkah ini harus dilaksanakan di peringkat kebangsaan supaya Industri produk halal Malaysia mendapat tempat dimata dunia selain memperkukuhkan ekonomi umat Islam :D

sumber : kosmo

Monday, April 25, 2011

muka manis !



assalamualaikum wbt...

adakah kita berpuas hati dengan kerja yg kite sedang kita lakukan ini ? mungkin jawapan yang paling sesuai adalah tidak...ini terlihat daripada kemesraan sesetengah kakitangan kerajaan mahupun swasta dalam melayan pelanggan..

sekiranya anda tiba dikaunter2 untuk berurusan sering kali disambut dengan muka masa.adakah lebih baik sekiranya kedatangan kita disambut dengan senyuman..tapi bukan semua yang menyambut dengan muka masam..Alhamdulillah ade juga yang menyambut dengan muka yang manis serta sekuntum senyuman.. cuma bilangan mereka ini tidak ramai...

saya amat bersetuju dengan lagu Malek yang berjudul senyum.."kalau semua orang senyum dunia tiada penyakit" ini tidak pergi kelas pagi2 muka masam.pegi kerja pun muke masam..kadang2 senyuman yang diukirkan itu dapat memadamkan sedikit sebanyak masalah yang sedang kita hadapi..



Islam pun xmenghalangkan kita senyum..ade sepotong hadis :

Dari Jabir bin Abdullah r.a katanya:”Rasulullah SAW bersabda “Tiap-tiap perkara yang makruf menjadi sedekah. Antara perkara yang makruf itu ialah hendaklah engkau (semasa) bertemu dengan saudaramu (sesama anak Adam) biarlah dengan muka yang manis dan (kalau ada yang meminta air) hendaklah engkau tuangkan timbamu ke dalam bekas air yang dibawanya.”
(Ahmad)


so mulai hari ini mari kite ramai2 try senyum selalu..semoga pahala sedekah diperolehi dengan rasa lebih lapang hati :)

Sunday, April 24, 2011

ketabahan seorang adik !!

Assalamualaikum wbt...

baru saje call my parents, dan tak lupe jugak call my little sister Anis Syuhada yang sentiasa lucu pada mata saye..hehe.. ape yang saye ingin ceritakan bukanlah untuk menagih simpati sesiapa pun..sekadar ingin berkongsi tentang ketabahan kita dalam menjalani liku2 kehidupan.

saya sulong daripada 5org adik beradik,dimana 4 lelaki dan yang bongsu adalah perempuan..sebelum kelahiran adik bongsu saye ini my parents tak henti2 mendoakan semoga Allah SWT memberi anak perempuan setelah 4org lelaki..dan Alhamdulillah segala doa termakbul jua..

namun setelah beberapa bulan..bayi ini mempunyai masalah kesihatan yang tidak dapat dikesan pada awal kelahirannya.setelah beberapa bulan baru dapat dikesan dimana bayi ini tidak dapat buang air besar seperti manusia normal yang lain. hati ibu mana yg sanggup melihat anaknya sakit..Allah SWT telah mengurniakan kepada keluarga kami ini dgn bayi perempuan namun ada dugaan disebalik kebahagiaan ini..Allah SWT tidak menurunkan dugaan hanya untuk menyusahkan hambanya..setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.hanya Allah SWT yang maha mengetahui diatas segala kejadian dilangit dan bumi.

hari semakin hari dan perbagai usaha telah kami usahakan..namun masih sama.untuk memastikan najis keluar daripada perut adik saya..satu tiub perlu dimasukkan kedalam dubur dan air akan dipam masuk menggunakan picagari melalui tiub tadi sehingga najis menjadi lembut dan akan keluar melalui tiub tersebut.sekurang2 nya ini akan dilakukan 3kali seminggu.dan ibu saya akan melakukannya kerana adik saya ini tidak ingin orang lain selain ibu.

hanya tuhan sahaja yang tahu bagaimana perasaan hati ini apabila mendengar adik perempuan yang disayangi mengeluh kesakitan apabila tiub tersebut dimasukkan kedalam lubang dubur..



adik saya juga pernah menjalani pembedahan kerana adik saya ini tidak pernah merasa sakit perut ataupun dalam bahasa mudahnye terasa nk berak,xde deria untuk buang air..namun turut tidak berjaya..disebabkan penyakit ini jugak adik saya terpaksa memakai pampers ke sekolah tadika dan sekolah rendah..disebabkan oleh itu dia selalu diejek oleh rakan2 dia kerana memakai pampers pada usia yang tidak sepatutnya bagi kanak2 normal. sekiranya saya yang berada ditempatnya mungkin saya tidak setabahnya..menjadi bahan ejekan rakan2.Allah SWT mungkin memberikan kesihatan yang tidak sempurna kepadanya,namun Allah SWT membekalkannya dengan ketabahan yang tinggi.ini benar2 menjadi iktibar buat diri saya..

namun anak kecil ini tetap tabah..beliau tidak pernah mengeluh atas penyakit yang menimpanya..kadang2 saye merasa amat marah apabila sesetengah sahabat kita yang mengeluh ketika sakit perut..bersyukurlah dengan apa yang kita miliki..

bagi saye, saye tetap yakin dengan kata2 Rasulullah SAW tentang penawar. dan saye yakin adik saya akan sembuh satu hari nanti..ade sepotong hadis:
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Bahawa Allah telah menurunkan penyakit dan ubat dan dijadikan kepada setiap penyakit ada ubatnya, berubatlah tetapi jangan berubat dengan benda-benda yang haram.”
(Abu Daud)


dan apa yang memjadi iktibar kepada saya adalah ketabahan adik kesayangan saye ini...sekarang sudah berada di tahun 6 Sekolah rendah dan bakal menduduki peperiksaan UPSR pada hujung tahun ini..semoga Allah SWT memberi kelapangan untuknye menjawap peperiksaannya.. Good Luck ANIS...Abg Long sayang anis, im proud to be your brother and i always pray for your success !!! :)

Saturday, April 23, 2011

peringtan awal tentang Tsunami !



Assalamualaikum....

Sebongkah batu setinggi 1.21 meter didakwa menyelamatkan nyawa penduduk kampung di Aneyoshi ketika bencana tsunami melanda Jepun 11 Mac lalu di timur laut Jepun akibat gempa bumi kuat dalam laut, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Padanya, ditulis amaran yang meminta penduduk jangan membina rumah melepasi batu berkenaan kerana mereka mungkin berdepan dengan bencana banjir akibat tsunami.

Penduduk kampung tersebut mematuhi larangan purba itu.

Hasilnya, komuniti yang hanya melibatkan 11 buah rumah dan 34 orang penduduk terselamat daripada terkena ombak tsunami.

Aneyoshi terletak di kawasan pergunungan wilayah Iwate yang terjejas teruk dalam bencana tsunami baru-baru ini.

Kira-kira 91.4 meter ke bahagian bawah bukit dari batu itu terdapat satu garisan biru dicat di atas jalan.

Garisan itu menandakan paras air banjir tsunami pernah sampai pada takat tertingginya iaitu 38.8 meter.


Sejarah Jepun menghadapi tsunami membawa kepada kewujudan batu-batu amaran itu yang juga menjadi pemandangan biasa di sepanjang pantai negara tersebut.

Generasi terdahulu cuba memberi amaran kepada anak cucu mereka tentang bahaya tsunami. Ada antara batu itu yang berusia 600 tahun.

"Batu-batu tsunami ini menjadi amaran dari satu generasi ke generasi. Ia memberitahu supaya mengelak daripada penderitaan yang dialami oleh nenek moyang mereka," kata pakar bencana alam dari Universiti Ritsumeikan di Kyoto, Itoko Kitahara.

Tsunami yang berlaku pada tahun 1896 dan meragut 22,000 nyawa telah meyakinkan penduduk Aneyoshi untuk berpindah ke kawasan tinggi.

Namun, apabila populasi kian bertambah, mereka berpindah semula ke kaki bukit. Apabila sekali lagi dilanda tsunami pada tahun 1933, hanya empat orang yang terselamat.

Selepas bencana itu, orang kampung menanam batu amaran dan berjaya menyelamatkan nyawa mereka apabila tsunami berlaku pada tahun 1960.

"Mereka tahu betapa dahsyatnya tsunami, jadi batu itu didirikan untuk memberi amaran kepada kami," kata ketua kampung di Aneyoshi, Tamishige Kimura



Di Batu-batu tersebut secara khusus juga memberitahukan tempat yang aman untuk membangun rumah. Selain di Aneyoshi, juga disebutkan nama tempat yang aman dari jangkauan gelombang, seperti Nokoriya, atau Lembah Korban dan Namiwake, atau Edge Wave.

Tokoh lokal mengatakan, warga desa Aneyoshi sangat memperhatikan peringatan tersebut dengan membangun rumah-rumah mereka aman di tempat yang tinggi. Namun, tidak sedikit orang yang mengabaikan batu dan peringatan itu. Terbukti dengan banyak tumbuhnya kota-kota pesisir setelah Perang Dunia II. Bahkan, banyak masyarakat dari dataran tinggi pindah dan berdiam di dekat pantai.

“Dengan berjalannya waktu, orang pasti lupa, sampai tsunami yang lain datang yang membunuh 10.000 orang lebih,” kata Fumio Yamashita, seorang sejarawan di Prefektur Iwate.

Petikan daripada kosmo ini menunjukkan bahawa masyarakat sebelum ini telah cuba memberi peringatan supaya jangan membina rumah melepasi batu tersebut..ini mungkin kerana pengalaman mereka telah membuatkan mereka arif tentang Tsunami ini..Wallahualam

sumber:kosmo

Friday, April 22, 2011

adakah kehormatan diri sudah tidak penting ?


assalamualaikum wbt....

baru2 ni saye ade bace salah sebuah majalah tempatan yang sering mengupas isu2 semasa dikalangan penduduk Malaysia. ade satu artikel yang menyentuh isu menggugurkan bayi dalam kandungan..dan turut menyentuh isu kehormatan seorang gadis..

menurut gadis yg ditemubual..kehormatan@dara tidak lg menjadi isu penting.padahal sekiranya seseorang gadis itu masih dara dianggap kelakar dan kolot dalam dunia serba moden ini..adakah anggapan gadis ini benar bagi anda ? gadis tersebut turut menyatakan bahawa dia sering kali mengadakan hubungan seks dengan pasangannya seminggu sekali.Masyallah..

wartawan turut bertanyakan soalan pernahkah gadis ini mengandung..yang amat menyedihkan bila jawapan yang diberikan gadis itu adalah pernah juga & if mengandung gugur jela..klinik banyak.mahal sikit pon xpe asal xpayah membesarkan anak tu..

ni da masuk kes bunuh dah ni..mmg kalau sekarang polis xdapat detect,tp kat akhirat sane Allah SWT ada balasan sepadan dgn tindakan gadis ni..ape hak untuk membunuh.tahu x die bertapa besar dosa membunuh..ini juga peringatan untuk semua gadis2 kat luar sane termasuk kepada lelaki2 jugak..dan peringatan kepada diri saya sendiri...

ade sepotong hadis baginda Rasulullah SAW:
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:”Jauhilah diri kamu daripada tujuh dosa yang boleh membinasakan.Baginda ditanya:”Apakah dosa itu wahai Rasulullah?” Baginda berkata:" Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan jalan yang benar, memakan harta anak yatim, memakan riba, lari dari medan pertempuran perang dan menuduh perempuan yang suci melakukan zina.”
Riwayat Muslim

biar ape pun orang nk cakap..kite ni kolot,ketinggalan zaman, xikot trend or ape2 pon..asalkan kite xmemasukkan diri kita dalam golongan orang2 yang rugi dan memalukan ibu bapa kita..segala peringatan untuk anda dan tidak lupa diri saya sendiri...

peace dalam diri yang sebenarnya !

Assalamualaikum wbt...

baru2 ini saya ade menyertai Usrah di UiTM..ajakan daripada sahabat. thanks to sahabat kerana menjemput saya sama2 dalam usrah ini.ape yang saya ingin kongsikan disini adalah apa yang saya perolehi daripada usrah pada hari tersebut..

pada hari tersebut saya dan rakan2 usrah yang lain diminta untuk membaca 2ayat setiap seorang daripada surah Ar-Ra'ad..sehingga ke ayat yang ke 28 , kami diminta memberikan pendapat tentang ayat tersebut.ini ini amat mendalam maknanya.maksud ayat tersebut :

(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah.ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram surah Ar-Ra'ad ayat 28
daripada ayat ini saya dapat menyimpulkan bahawa sekiranya kita merasakan hati dan pemikiran kita terganggu dan tidak tenteram maka tingkatkan keingatan dan ketaqwaan kepada Allah SWT.

sebagai manusia biasa tidak lari daripada masalah dan perbagai cabaran dalam kehifupan seharian.namun perbagai cara telah saya lakukan untuk menghilangkan stress tersebut seperti mendengar lagu bersukan namun tidak betul2 tenteram..maka suatu ketiaka ketika terlalu stress..saye mngambil wuduk dan membaca Al-Quran..selepas itu..hati dan pemikiran saya betul2 tenteram dan aman..



bukan niat mahu menunjuk2 bahawa saya membaca Al-Quran..tidak sama sekali namun ape yang saya ingin kongsikan disini adalah Al-Quran ini kitab yang terpelihara sehingga hari kiamat.dan segala isi kandungannya tidak pernah tersalah sama sekali..semuanya benar belaka..ketenangan jiwa dan fikiran hanyalah dengan cara mengingatinya..oleh itu saya menyarankan kepada anda semua.bacalah Al-Quran yang anda ada.

orang kafir sendiri pun mengkaji Al-Quran apakah kita ini sendiri seorang Muslim tidak mahu membacanya langsung..semoga ini menjadi pengajaran kepada anda terutam diri saya sendiri..selamat beramal :)

Thursday, April 21, 2011

final exam datang lagi !


Assalamualaikum kepada pelajar2 UiTM final exam datang lagi..dan sekaligus menunjukkan bahawa semester ini juga bakal berakhir.perbagai suka duka yg kite perolehi dalam semester ini semoga semua ini lebih mematangkan kita. kepada semua pelajar yang sedang bertungkus lumus mengulangkaji pelajaran saya ucapkan selamat mengulankaji pelajaran dan semoga berjaya dalam peperiksaan kali ini. disini saya ada beberapa tips ketika berada didalam dewan peperiksaan :
  1. Berhenti sebentar dan duduk dalam keadaan tegak serta tenangkan fikiran.
  2. Jangan fikirkan kemampuan orang lain dan hanya fikirkan mengenai kemampuan anda untuk melakukan yang terbaik.
  3. Sekiranya gagal menjawab soalan yang dihadapi, jawab soalan lain yang lebih mudah. Ia boleh mengurangkan tekanan anda.
  4. Berdoa kepada Allah SWT supaya anda dikurniakan ketenangan.
belajarlah bersungguh2 dan sentiasa ingat pengorbanan org tua mu yang turut berusaha bersungguh2 memberi kita peluang untuk belajar..selamat beramal dan good luck :)

konsep bersyukur !

assalamualaikum..



ape khabar anda diluar sane..semoga sihat2 hendaknye..sudah sekian lame xmenulis rase kekok pulak..xpela..ade sedikit isu yg saya ingin perkatakan disini bahawa konsep kesyukuran..

malam tadi saya ade post satu video yg mana menunjukkan kesungguhan seorang lelaki yang mana cacat(tidak mempunyai kedua2 tangan)beliau ini seorang Islam seperti kita juga.

apa yang membuatkan saya kagum adalah kesungguhan beliau dalam menunaikan ibadah dan tanggungjawab terhadap Allah SWT.bayangkan seorang yang tanpa tngan mengambil wuduk dgn gigih.menyapu muka dgn tapak kaki beliau.berusaha membaca Al-Quran..

adakah kita yang sempurna ini cukup solat 5waktu.adakah kita yg cukup anggota ini tanpa sedikit cacat ini cukup ibadah kepada Allah SWT.dan apa yg saya ingin perkatakan disini adalah konsep kesyukuran itu kurang dalam diri kita ini.

bagaimana sekiranya Allah SWT mengambil salah satu daripada nikmat yang dipinjam kan kepada kita selama ini..pasti berbagai kesusahan yang kita akan rasai.sudah menjadi lumrah kita, bila mempunyai sesuatu tidak puas, mahukan yang lain namun setelah ianya kita miliki kita mahukan yang lebih daripada itu, kita tidak akan merasai ketika memiliki.adakah ini yang disarankan didalam Islam ?

ade sepotong hadis yang amat mendalam maknanya tentang kesyukuran ini.
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Sesungguhnya Allah mengurniakan kepada sesuatu kaum itu nikmat yang kekal berada bersama mereka selagi digunakan untuk menunaikan hajat mereka yang memerlukan . Apabila mereka ini berpaling daripada berbuat sedemikian maka Allah akan pindahkan nikmat tersebut kepada kaum yang lain pula.”

Riwayat Tabrani

semoga ini menjadikan kita lebih mensyukuri nikmat yang kita ada ini.kerana ianya semua milik Allah SWT.selamat beramal :)

Monday, April 4, 2011

KENAPE BACE AL-QURAN..SEDANGKAN KITA XPAHAM KALAU XDE TERJEMAHAN ??

KENAPE BACE AL-QURAN..SEDANGKAN KITA XPAHAM KALAU XDE TERJEMAHAN ??

Ini adalah satu kisah yang sangat menarik. Semoga dengan cerita ini hati anda akan terbuka tentang membaca Al-Quran. Kisah ini dipetik daripada kisah yang ditulis dalam Bahasa Inggeris.



Mengapa Kita Membaca Al-Quran, sedangkan kita tidak memahami sepenuhnya apa yang di baca?.

Ada seorang Atuk tua tinggal bersama cucu lelakinya di sebuah bukit di pendalaman. Setiap pagi Atuk bangun awal pagi duduk di meja makan dan membaca Al-Quran. Cucunya ingin menjadi seperti Atuk dan meniru seberapa boleh akan bacaan yang dibaca oleh Atuknya.





Pada suatu hari cucunya bertanya, ‘Atuk! saya cuba membaca Al-Quran macam Atuk baca tapi saya tak faham pun, dan jika saya faham sekali pun saya akan lupa sebaik sahaja saya menutupinya. Apa bagusnya bila kita membaca Al-Quran?’ Sedang orang tua itu meletakkan arang batu ke dalam dapur pemanas badan, dengan perlahan dia menoleh kepada cucunya sambil berkata, ‘ Bawa guni arang batu ini ke sungai dan bawakan saya seguni air.’



Budak lelaki itu buat seperti apa yang disuruh, tetapi semua air itu membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Orang tua itu ketawa dan berkata. ‘ Awak hendaklah berjalan lebih cepat untuk yang akan datang,’ dan meminta cucunya ke sungai bersama dengan guni arang batu untuk cuba sekali lagi. Kali ini budak lelaki itu berjalan lebih laju, sekali lagi guni itu kosong sebelum dia tiba ke rumah. Terlalu letih, dia memberitahu Atuknya bahawa mana mungkin untuk membawa air di dalam guni, dan dia pergi untuk mengambil baldi. Orang tua itu berkata, ‘ saya tidak mahu sebaldi air, saya mahu seguni air. Anda tidak cukup kuat mencubanya.’ dan dia menuju ke pintu melihat cucunya mencuba lagi.



Pada katika itu, budak lelaki itu sudah tahu bahawa tidak mungkin dapat membawa air di dalam guni hingga ke rumah, tetapi untuk tidak menunjukkan apa-apa reaksi kepada Atuknya dia berlari seberapa laju yang dia boleh, semua air yang di bawa masih membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Budak lelaki itu sekali lagi pergi ke sungai dan berlari secepat mungkin dengan seguni air, tetapi apabila sampai kepada Atuknya, guni tersebut sekali lagi kosong. Meletihkan, katanya,’ tengok Atuk, tak guna!’ ‘ Jadi anda fikir ianya tidak berguna?’ Orang tua itu berkata,’ tengok guni itu.’



Budak lelaki itu melihat akan guni tersebut dan buat kali pertamanya dia sedar bahawa guni tersebut sudah berubah. Ia telah bertukar daripada guni lama yang kotor bekas arang batu menjadi begitu bersih, luar dan dalam.



‘Cucuku, itulah yang akan berlaku jika anda membaca Al-Quran. Anda mungkin tidak faham ataupun ingat kesemuanya, tetapi apabila anda membacanya, anda akan berubah dengan sedirinya, dalaman dan luaran. Itulah kurniaan Allah s.w.t. dalam kehidupan kita.’