Pages

Sunday, April 24, 2011

ketabahan seorang adik !!

Assalamualaikum wbt...

baru saje call my parents, dan tak lupe jugak call my little sister Anis Syuhada yang sentiasa lucu pada mata saye..hehe.. ape yang saye ingin ceritakan bukanlah untuk menagih simpati sesiapa pun..sekadar ingin berkongsi tentang ketabahan kita dalam menjalani liku2 kehidupan.

saya sulong daripada 5org adik beradik,dimana 4 lelaki dan yang bongsu adalah perempuan..sebelum kelahiran adik bongsu saye ini my parents tak henti2 mendoakan semoga Allah SWT memberi anak perempuan setelah 4org lelaki..dan Alhamdulillah segala doa termakbul jua..

namun setelah beberapa bulan..bayi ini mempunyai masalah kesihatan yang tidak dapat dikesan pada awal kelahirannya.setelah beberapa bulan baru dapat dikesan dimana bayi ini tidak dapat buang air besar seperti manusia normal yang lain. hati ibu mana yg sanggup melihat anaknya sakit..Allah SWT telah mengurniakan kepada keluarga kami ini dgn bayi perempuan namun ada dugaan disebalik kebahagiaan ini..Allah SWT tidak menurunkan dugaan hanya untuk menyusahkan hambanya..setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.hanya Allah SWT yang maha mengetahui diatas segala kejadian dilangit dan bumi.

hari semakin hari dan perbagai usaha telah kami usahakan..namun masih sama.untuk memastikan najis keluar daripada perut adik saya..satu tiub perlu dimasukkan kedalam dubur dan air akan dipam masuk menggunakan picagari melalui tiub tadi sehingga najis menjadi lembut dan akan keluar melalui tiub tersebut.sekurang2 nya ini akan dilakukan 3kali seminggu.dan ibu saya akan melakukannya kerana adik saya ini tidak ingin orang lain selain ibu.

hanya tuhan sahaja yang tahu bagaimana perasaan hati ini apabila mendengar adik perempuan yang disayangi mengeluh kesakitan apabila tiub tersebut dimasukkan kedalam lubang dubur..



adik saya juga pernah menjalani pembedahan kerana adik saya ini tidak pernah merasa sakit perut ataupun dalam bahasa mudahnye terasa nk berak,xde deria untuk buang air..namun turut tidak berjaya..disebabkan penyakit ini jugak adik saya terpaksa memakai pampers ke sekolah tadika dan sekolah rendah..disebabkan oleh itu dia selalu diejek oleh rakan2 dia kerana memakai pampers pada usia yang tidak sepatutnya bagi kanak2 normal. sekiranya saya yang berada ditempatnya mungkin saya tidak setabahnya..menjadi bahan ejekan rakan2.Allah SWT mungkin memberikan kesihatan yang tidak sempurna kepadanya,namun Allah SWT membekalkannya dengan ketabahan yang tinggi.ini benar2 menjadi iktibar buat diri saya..

namun anak kecil ini tetap tabah..beliau tidak pernah mengeluh atas penyakit yang menimpanya..kadang2 saye merasa amat marah apabila sesetengah sahabat kita yang mengeluh ketika sakit perut..bersyukurlah dengan apa yang kita miliki..

bagi saye, saye tetap yakin dengan kata2 Rasulullah SAW tentang penawar. dan saye yakin adik saya akan sembuh satu hari nanti..ade sepotong hadis:
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Bahawa Allah telah menurunkan penyakit dan ubat dan dijadikan kepada setiap penyakit ada ubatnya, berubatlah tetapi jangan berubat dengan benda-benda yang haram.”
(Abu Daud)


dan apa yang memjadi iktibar kepada saya adalah ketabahan adik kesayangan saye ini...sekarang sudah berada di tahun 6 Sekolah rendah dan bakal menduduki peperiksaan UPSR pada hujung tahun ini..semoga Allah SWT memberi kelapangan untuknye menjawap peperiksaannya.. Good Luck ANIS...Abg Long sayang anis, im proud to be your brother and i always pray for your success !!! :)

No comments:

Post a Comment