Pages

Thursday, April 21, 2011

konsep bersyukur !

assalamualaikum..



ape khabar anda diluar sane..semoga sihat2 hendaknye..sudah sekian lame xmenulis rase kekok pulak..xpela..ade sedikit isu yg saya ingin perkatakan disini bahawa konsep kesyukuran..

malam tadi saya ade post satu video yg mana menunjukkan kesungguhan seorang lelaki yang mana cacat(tidak mempunyai kedua2 tangan)beliau ini seorang Islam seperti kita juga.

apa yang membuatkan saya kagum adalah kesungguhan beliau dalam menunaikan ibadah dan tanggungjawab terhadap Allah SWT.bayangkan seorang yang tanpa tngan mengambil wuduk dgn gigih.menyapu muka dgn tapak kaki beliau.berusaha membaca Al-Quran..

adakah kita yang sempurna ini cukup solat 5waktu.adakah kita yg cukup anggota ini tanpa sedikit cacat ini cukup ibadah kepada Allah SWT.dan apa yg saya ingin perkatakan disini adalah konsep kesyukuran itu kurang dalam diri kita ini.

bagaimana sekiranya Allah SWT mengambil salah satu daripada nikmat yang dipinjam kan kepada kita selama ini..pasti berbagai kesusahan yang kita akan rasai.sudah menjadi lumrah kita, bila mempunyai sesuatu tidak puas, mahukan yang lain namun setelah ianya kita miliki kita mahukan yang lebih daripada itu, kita tidak akan merasai ketika memiliki.adakah ini yang disarankan didalam Islam ?

ade sepotong hadis yang amat mendalam maknanya tentang kesyukuran ini.
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Sesungguhnya Allah mengurniakan kepada sesuatu kaum itu nikmat yang kekal berada bersama mereka selagi digunakan untuk menunaikan hajat mereka yang memerlukan . Apabila mereka ini berpaling daripada berbuat sedemikian maka Allah akan pindahkan nikmat tersebut kepada kaum yang lain pula.”

Riwayat Tabrani

semoga ini menjadikan kita lebih mensyukuri nikmat yang kita ada ini.kerana ianya semua milik Allah SWT.selamat beramal :)

No comments:

Post a Comment