Pages

Tuesday, April 26, 2011

Memartabatkan Produk Halal Malaysia !!



Assalamualaikum

Warga Kelantan menyambut baik usaha Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menganjurkan Karnival Halal Kelantan yang akan berlangsung selama tiga hari bermula 28 Mei depan - petikan daripada Kosmo 27 April 2011

event paling bagus utk para peniaga di Malaysia ni..Karnival yang akan berlangsung di Kompleks Islam Darul Naim, Kota Bharu itu menyediakan pelbagai aktiviti menarik seperti ruang pameran dan jualan selain beberapa seminar antaranya panduan restoran halal serta pensijilan halal untuk industri perhotelan..

bagi saye karnival ini bukan sahaja membantu usahawan2 Muslim namun turut mempromosikan Barangan Malaysia di mata antarabangsa..negeri2 lain juga harus mencontohi langkah mulia Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) ini dalam memperkukuhkan ekonomi umat Islam..

karnival itu merupakan platform terbaik untuk peniaga dan pengusaha produk memahami pentingnya setiap produk yang dihasilkan bersih dan halal. karnival ini juga membolehkan usahawan2 dapat berkongsi idea dan pelbagai selok belok dalam dunia perniagaa.



Apa yang penting, kita dapat memahami konsep halal yang sebenarnya dan pendedahan yang diberikan pasti sangat berguna kerana ketika ini terlalu banyak produk di pasaran yang diragui status halalnya.

langkah ini harus dilaksanakan di peringkat kebangsaan supaya Industri produk halal Malaysia mendapat tempat dimata dunia selain memperkukuhkan ekonomi umat Islam :D

sumber : kosmo

No comments:

Post a Comment