Pages

Tuesday, June 28, 2011

kisah si penjual kotak


assalamualaikum

arini penuh van rusa aku dgn kotak2 utk dihantar ke pusat recycle..dengan harapan nak dapat duit la sket..sampai je kat pusat recycle tu org tu ckp sekilo rm0.40 jer.. punye la penuh van aku tu..dapat rm26.40.. bukan nak ckp xbersyukur tapi ini membuatkan saye terpikir pasal org2 yg selalu kite nampak tepi jln yg kutip tin2 kosong n kotak2 utk sara hidup dorg..bayangkn kalau aku jual kotak yg penuh van aku tu pon dapat rm26.40.. mesti org yg kutip tu dapat sehari berape je...

mcm mane la dorg nk hidup dalam gaji yg sebanyak rm10 or rm20 sehari..lain lah kalau dorg dapat kutip kotak selori..boleh la dapat rm50 sehari...kite ni kene la bersyukur even keje part time pon leh dapat rm30 or 40 sehari kn..

Monday, June 20, 2011

telur mentah !


assalamualaikum

pernah x mkn telur mentah ? mentah dgn muntah dah sinonim dah..saye baru try..sajer jer nak rase ape rasenye dan mmg benar nak muntah..tp dalam nak mntah tu hbs gak la dua bijik..hehe..

Wednesday, June 15, 2011

customers is always right !!


Assalamualaikum..

sudah sebulan saya bekerja as part timers kat fast food restaurant. and almost everyday saye akan dgr pasal "customer is always right" n ade satu cerita tentang customer yang sentiasa betul ini..

ade seorang hamba Allah ini bekerja di sebuah pasaraya terkenal di Malaysia ini. beliau bertugas sebagai cashier disitu. pada suatu hari datang seorang lelaki berlainan bangsa dengannya datang ke kaunter untuk membuat pembayaran. lelaki ini memakai baju t-shirt bergambar khinzir memakai serban.

hamba Allah ini terpandang ke arah baju lelaki itu ketika ia sedang membuat bayaran.lelaki itu pun sedar bahawa hamba Allah ini memandang kearah bajunye. "kenapa u pandang baju i.ni gmbar nabi u pakai serban" disebabkan hamba Allah ini rasa dihina lalu berlaku bergaduhan dan hamba Allah ini dipanggil ke berjumpa boss beliau dan dibuang kerja atas alasan Cusotmer is Always right..

Wednesday, June 8, 2011

adakah kepayahan hidup anda setanding dengan manusia lain ?



Assalamualaikum wbt...

arini bukak2 fb ternmpak smthng from youtube yg one of my fren share.. cerita pasal seorang remaja masuk audition Korean got talent. yang menarik suara die superb giler.. sedar2 je mostly sume yang ade dalam dewan tu menangis dengar.. yang lebih menyedihkan lagi adalah kisah hidup mamat ni..


lepas tgk video ni terpikir gak..dulu time dilanda kesusahan saye rase mcm saye adalah org yang plg malang dalam hidup ni.. takde sape lg malang daripada saye.tp tu la silapnye. kite patut sedar bahawa lebih ramai orang susah dan menderita daripada diri kita ni..


ade sepotong hadis baginda SAW mengenai ujian dalam kehidupan.
Nabi s.a.w bersabda: "Tidak ada seseorang Islam yang ditimpakan sesuatu yang menyakiti, iaitu penyakit atau lainnya, melainkan Allah gugurkan dengan sebab itu dosa-dosanya, sebagaimana pokok menggugurkan daunnya (pada musimnya yang tertentu)." -
Abdullah bin Mas'ud r.a-




mmg sukar kalau ujian melanda kn..lg2 mcm masalah kewangan,masalah tempat kerja, macam2 lg masalah.ataupun ujian Allah SWT yg lebih berat.minta2 dijauhkan kerana rasenya belum mampu untuk menanggung ujian yang terlalu berat..tp tu la ujian2 ini semua membantu menghapuskan dosa2 kecil yang kita lakukan..

semoga diri kita semakin tabah dalam mengharungi hari2 dalam hidup ini dan terhindar daripada malapetaka dan kecelakaan InsyaAllah....Amin Ya Allah...

Tuesday, June 7, 2011

seronok giler dapat gelak kan ??



Assalamualaikum wbt...

ape khabar anda semua..harap2 dalam keadaan sihat2 semuanya.. dah seminggu xonline.bukan sebab bz keje..tp sebab jiran sebelah pegi bercuti..so xde tenet la..maklum la..kongsi wifi org..hehe..bukan curi ek..da mintak permission dah..

setelah lama xonline ni..ade idea nak menulis tentang smthng yg menarik drpd satu rancangan tv menarik yg saya tonton.iaitu motivasi pagi di tv9..kebiasaanya slot xsmpai sejam ni selepas rancangan tanyalah ustaz pkul8 cam tu start la..


ape yang menarik hati saya utk menulis tentang gelak ni sebab saye ni mmg kuat gelak.. seriously .. gelak pulak bukan pelan2..org perak ckp terkekek- kekek la gelak..maksudnya mcm terbahak2 la lbh kurang..bukan nk bukak pekung.tp nk tunjukkan jln cerita entri kali ni... dan setelah dgr ape yg ustaz dalam motivasi pagi tu ckp..saye mule terpikir tentang aktiviti gelak saye ni..

dalam surah At-Taubah ayat 82. " Oleh itu bolehlah mereka ketawa sedikit (didunia ini) dan mereka akan menangis banyak (diakhirat kelak), sebagai balasan bagi apa yang mereka telah usahakan."

setelah ustaz menerangkan maksud ayat ini saye rase bersalah, dan berdosa atas sikap saye itu..saye yakin diri saye dan tuan puan semua tidak mahu menangis di akhirat kelak..ya Allah ampunkan lah dosa hamba mu ini ya Allah.. kite ni duk gelak selalu..tgk maharajalawak la.tgk movie kelakar la..

sebab itu Islam tidak membenarkan umatnya gelak berlebih lebihan..cukuplah sekadar senyuman..itu yang susah nak buat..dah terbiase..IsyaAllah semoga kite same2 cuba utk mengubah diri kita masing2..




ada sepotong hadis baginda SAW tentang kepentingan senyum itu:

Dari Jabir bin Abdullah r.a katanya:”Rasulullah SAW bersabda “Tiap-tiap perkara yang makruf menjadi sedekah. Antara perkara yang makruf itu ialah hendaklah engkau (semasa) bertemu dengan saudaramu (sesama anak Adam) biarlah dengan muka yang manis dan (kalau ada yang meminta air) hendaklah engkau tuangkan timbamu ke dalam bekas air yang dibawanya.”
(Ahmad)

semoga kita dapat bersama2 memelihara diri daripada dosa..InsyaAllah :D